Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS- Dr Siti Mariah Mahmud semalam mempertikaikan duit yang digunakan oleh Perdana Menteri bagi membuat lawatan ke seluruh negara.
Ini kerana menurut beliau Perdana Menteri juga adalah Presiden Parti UMNO serta Barisan Nasional.
Soalan yang juga kurang cerdik bagi seorang doktor macam Dr Mariah ni. Perdana Menteri Malaysia dipilih dari parti UMNO dan kerajaan Malaysia hari ini adalah Barisan Nasional. Kenapa soalan-soalan sperti ini yang agak-agak kurang akal dipersoalkan?
Baik, Sangkakala pula ingin mengajukan soalan kepada beliau dan ini adalah untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk berfikir supaya pemikiran kita tidak menjadi sempit seprti Doktor kurang akal ni.
Soalannya berbentuk begini, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua pembangkang dan juga merupakan ketua umum PKR, adakah beliau menggunakan duit yang diberikan oleh ketiga-tiga parti gabungan haram itu atau beliau menggunakan hanya duit PKR setiap kali beliau pergi keluar negara?
Adakah beliau pergi atas urusan ketua pembangkang atau ketua umum PKR? Jika beliau pergi ke luar negara atau kemana saja sekali pun, adakah beliau memberitahu duit dariman yang beliau gunakan, sama ada duit sendiri, PKR atau gabungan haram ketiga-tiga parti tersebut.
Untuk makluman Doktor bengong ni, UMNO dan Barisan Nasional mempunyai kewangan yang kukuh, tidak seperti PAS yang mengutip duit dalam tong milo kemudian digunakan oleh pemimpin bagi melakukan kerja-kerja yang tiada langsung faedah.
UMNO masih mampu untuk menanggung kos Presiden untuk kemana-mana tanpa perlu untuk mengambil semula atau meminta semula duit BR1M seperti yang dilakukan oleh PAS Taiping baru-baru ini untuk mencari dana dan diserahkan kepada pemimpin-peminpin mereka untuk pergi kauseling isteri orang pada jam 3 pagi di bilik hotel.
Jadi Sangkakala nasihatkan disini kepada Doktor Masitah agar lebihkan menjaga suami kerana menjaga suami itu lebih besar pahalanya daripada melalak taktentu kira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan