Selasa, 13 Mac 2012
GUAN ENG JANGAN CAMPUR URUSAN UMNO
Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengatakan bahawa pengunduran Shahrizat Jalil sebagai Mneteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat hanyalah sekadar drama. Setiausaha Agung DAP itu berkata didalam artikel yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini semalam.
Apa yang Sangkakala ingin katakan disini, Shahrizat telah menunjukkan semangat beliau dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walau pun beliau tidak bersalah dalam kes NFCorp dan beliau langsung tidak disentuh oleh mana-mana badan kerajaan yang menyiasat kes tersebut.
Bagi Sangkakala, yang lebih perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng sendiri apabila beliau serta bapa beliau Lim Kit Siang dikatakan pernah terlibat dalam penyelewengan wang derma bagi membebaskan Bukit Cina Melaka pada satu ketika dulu hingga kedua-dua mereka tidak lagi berani bertanding di negeri Hang Tuah tersebut.
Ibarat kata pepatah Melayu, 'satu jari menunjuk orang< tiga jari menunjuk diri' itulah perumpamaan yang paling sesuai di letakkan kepada dua beranak ini yang telah menipu secara terang-terangan kaum cina di Melaka.
Jadi Sangkakala nasihatkan kepada Lim Guan Eng supaya tidak perlu sangat campur hal dalaman UMNO atau Barisan Nasional tetapi perlu membuat persediaan tentang kebangkitan rakyat Pulau Pinang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan