Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Selasa depan berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membabitkan peruntukan RM600 juta yang diberikan kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah air di negeri ini.
Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, siasatan menyeluruh perlu dijalankan ekoran banyak projek yang dirancang AKSB membabitkan perbelanjaan 'luar biasa' dan banyak daripadanya gagal.
Azmi sebelum itu menyertai lebih 300 orang mengadakan demonstrasi secara aman di berhampiran bulatan Pasir Pekan dekat sini, bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz bertanggungjawab menyelesaikan itu tersebut.
Demonstrasi itu juga diadakan bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan memecat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md. Ainizam Abd. Rahman yang didakwa terlibat dalam banyak penyelewengan terbabit.
Dalam demonstrasi aman itu, Azmi turut mendedahkan beberapa penyelewengan dalam AKSB melalui satu dokumen biru bertajuk 'Fakta Kelemahan Pengurusan AKSB Sekarang (2008 Hingga 2011)' yang menunjukkan hampir RM200 juta wang yang diperuntukkan itu dilaburkan ke dalam projek yang gagal membawa manfaat kepada rakyat.
"Projek Air Tidak Berhasil (NRW) yang membabitkan kos RM130 juta bermula Julai 2008 hingga )gos 2011 gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air di negeri ini secara menyeluruh.
"Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng yang menelan belanja RM58 juta sedangkan difahamkan perbelanjaannya cuma sekitar RM35 juta dan pada masa sama bekalan air masih tetap dengan kualiti yang rendah," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut di sini, hari ini. - Utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan