Bantuan banjir sebanyak RM 300'000.00 yang di nyatakan oleh kerajaan Selangor kepada mangsa bencana alam itu adalah retorik semata-mata. Ini jelas apabila bantuan tersebut hanyalah angka dan tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Sangkakala berkata begitu kerana mengalami sendiri pengalaman dalam membantu mangsa di Kg Lembah Jaya Ampang baru-baru ini. Bayangkan petugas-petugas banjir bertindak dengan mengusir mangsa dari surau Al-Insaniah yang menjadi penempatan sementara mangsa banjir pada 12 Mac dengan alasan semua kediaman sudah boleh diduduki semula oleh mangsa.
Beberapa mangsa yang Sangkakala temui menyatakan kekesalan mereka di atas tindakan petugas-petugas tersebut yang mengatakan bahawa bilik gerakan mangsa banjir akan ditutup dan semua mangsa dikehendaki mengosongkan rumah ibadat tersebut menjelang malam.
Seorang sukarelawan PAS yang Sangkakala temui berkata mereka harus keluar dari surau berkenaan kerana anak-anak kecil mereka mengganggu jemaah untuk menunaikan solat kerana berbuat bising. Bagi Sangkakala, apalah yang di ketahui oleh anak-anak berusia 4 ke 5 tahun selain dari bermain-main sedangkan ibu bapa mereka sibuk mengemas rumah dan sebagainya.
UMNO Selangor telah menyumbangkan barangan serta bantuan melebihi dari RM500'000.00 dalam usaha membantu mangsa yang terlibat, ini tidak termasuk bantuan yang zakat yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat berjumlah RM 900'000.00 yang diagih-agihkan kepada mangsa.
Begitu juga dengan beberapa institusi kerajaan seperti FAMA dan sebagainya yang turut sama memberi bantuan dari awal lagi. Sukarelawan-sukarelawan yang dikerah melalui pertubuhan belia dan Badan Bukan kerajaan lain juga turut sama membantu.
Jika pada hari ini setelah 10 hari kejadian tersebut menimpa mangsa baru kerajaan hendak memberikan bantuan rasanya sudah terlambat, dan bantuan sebanyak RM 300 seorang tidak memadai dengan jumlah kerosakan yang dialami oleh mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan