Semua kita telah maklum bahawa PAS,DAP dan PKR hanya bergabung selepas PRU12, apa yang menjadi pertanyaan kini ialah sejauh mana keakraban hubungan ketiga-tiga parti ini sebelum itu?
PAS selama ini begitu melaung-laungkan keislaman di dalam parti tersebut hingga sanggup mengeluarkan begitu banyak fatwa yang boleh mengelirukan pengikut-pengikut dan rakyat Malaysia.
Kerana fatwa-fatwa ini juga, sudah berapa ramai yang menjadi mangsa? Ibu bapa tak mengaku anak, keluarga hilang kerana parti, suami isteri bercerai berai, hanya semata-mata kerana mmpertahankan parti serta fatwa songsang yang di keluarkan oleh pemimpin PAS.
Lain pula halnya dengan DAP, selama ini DAP hanya berjuang untuk orang-orang cina yang mnjadi pengikut mereka, DAP hanya menginginkan sebuah negara yang di perintah oleh kaum cina seperti Singapura.
DAP secara terang-terangan telah cuba untuk menghapuskan kuasa orang-orang melayu yang selama ini menjadi 'tuan' di negara ini, ini semua kerana orang melayu atau bumiputera adalah penduduk asal atau orang yang membuka tanah melayu suatu msa yang lalu.
DAP juga kurang senang dengan kesultanan melayu kerana bagi mereka, selagi wujudnya kesultanan ini maka hak serta kepentingan orang melayu tidak dapat digoncang serta di gugat.
Bagi PKR pula, kita semua maklum bahawa parti ini wujud setelah DS Anwar Ibrahim di penjarakan kerana tuduhan meliwat Sukma Darmawan dan Azizan yg juga merupakan pmandu peribadi beliau.
Perkara ini di kemukakan sendiri oleh Karpal Singh di dalam parlimen satu ketika dulu. Sambil beliau melambaikan kertas yang di dakwa adalah bukti di mana
DS Anwar adalah peliwat.
Tapi kini ketiga-tiga parti tersebut di lihat begitu akrab seperti aur dengan tebing, ibarat kuku dengan isi.
PAS yang dulunya menegakkan islam dan memperjuangkan Hudud sanggup melempar ketepi segala fatwa dan fahaman mereka, DAP yang begitu lantang mengatakan bahawa DS Anwar adalah peliwat kini menjadi pembela beliau di mahkama dan PKR yang ulunya memperjuangkan DS Anwar kini berubah hala dengan pelbagai masalah.
Adakah mereka ini mampu ntuk mengurus tadbir negara ini sekiranya mereka memerintah negara ini?
Fahaman mna yang akan mereka ikut? negara IslamN negara tidak beraja atau negara yang mengamalkan kebebasan dalam semua bentuk dan rupa?
Adakah PAS akan menyokong kebebasan seksual seperti yang di perjuangkan oleh PKR? Adakah DAP akan bersetuju untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam?
Kita perlu renungkan bersama perkara-perkara ini agar anak cucu kita nanti tidak terkeliru dengan parti yang bergabung hanya kerana kuasa dan bukan kerana kebajikan rakyat seperti yang telah di lakukan oleh UMNO dan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan