Sabtu, 4 Februari 2012

KONVENSION MEDIA SOSIAL KELANTAN PINCANG

Hari ini berlangsung konvension media sosial negeri kelantan yang tidak di ketahui siapa penganjurnya. konvension ini dengarnya telah di adaptasikan atau di tiru secara total oleh individu melalui konvension media sosial yang memperlihatkan Perdana Menteri sendiri telah merasmikan laman web MyVoice.

Tidak seperti di PWTC tempoh hari, dengar kata konvension di Kelantan turut di selinap masuk oleh cybertrooper pembangkang, sangkakala dapat merasakan bahawa penganjur program ini tidak peka dan tidak mengenali mana satu cybertrooper BN dan pembangkang.

Ini lah yang aan terjadi apa bila ada pihak yang cuba untuk mencari keuntungan dengan berpaksikan kepada prjuangan, ibarat kata pepatah 'Ada Cahaya Ada Bayang'.

Kepada cybertrooper yg berkenaan,bawa-bawa le bertaubat, perjuangan ini murni, perjuangan itu suci, jangan cemari nama perjuangan kerana poket sendiri. Kelak nanti merana diri.

Sangkakala cuma memberi nasihat dan pandangan, supaya nanti tak hilang kawan, jangan nanti hidup kesaorangan, ada nama tapi tiada penghormatan.

Apa yang sangkakala dengar juga, salah seorang pengajur ni adalah orang lama yang satu masa dulu turut terlibat di dalam konvension di PWTC. Sayang seribu sayang, hidup dah lama akal pulak hilang. Ada kawan-kawan yang nak membantu terus hilang keyakinan lagi.

Jadi tepuk dada tanyalah Iman.

Tiada ulasan: