Isnin, 13 Februari 2012

MALAYSIAN MEDIA SOCIAL WEEK BUKAN HIJACK

Minggu Media Sosial Malaysia bukanlah meniru atau mengikuti mana-mana himpunan media sosial sebelum ini.

Ini diakui sendiri oleh President Malaysia Media Social Chambers saudara Shahul Hameed bin Shaik Dawood.

"Kita tidak pernah meniru atau mengadaptasi dari mana-mana himpunan penggiat media sosial sebelum ini" kata beliau semasa Sangkakala menemuramah beliau dalam program SUMMIT MSMW di PWTC hari ini.

Menurut beliau lagi Malaysian Media Social Chambers (MMSC) menjayakan aktiviti ini adalah semata-mata untuk mengumpulkan penggiat media sosial dalam dan luar negara bagi mendedahkan penggiat media di semua peringkat.

"Kita tidak menuju kearah media sosial berbentuk politik, kita kearah untuk menyatukan semua penggiat media dalam dan luar negara. Kita juga tidak sama sekali meniru atau mengadaptasi program daripada Konvension Media Sosial 1Malaysia seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebelum ini" kata beliau lagi.

Pun begitu, MSMC turut disertai oleh ahli politik sebagai jurucakap antaranya YB Saudara Khairy Jamaluddin yang merupakan Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO/BN Malaysia dan YB Saudara Nik Nazmi yang merupakan ADUN negeri Selangor dan merangkap Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.

Sangkakala yang juga dijemput untuk sama-sama menghadiri program ini di PWTC juga amat yakin bahawa program ini bukanlah rentetan Konvension Media Sosial sebelum ini, ini kerana dari pandangan Sangkakala, program ini amat berlainan kerana himpunan ini telah berjaya mengumpulkan penggiat media sosial bertaraf antarabangsa yang meliputi pelbagai negara untuk menjadi jurucakap sempena program ini antaranya dari India, Singapura, Amerika, Australia, United Kingdom dan banyak lagi menjadikan program ini berlainan.

"Program MSMW juga sebenarnya adalah untuk menjalinkan rangkaian bagi semua penggiat media sosial" kata saudara Ned Mohd salah seorang ahli MSMC.

Beliau yang terlibat secara langsung sebagai salah seorang urusetia Konvension Media Sosial 1Malaysia juga menyangkal bahawa program ini adalah adaptasi dari Konvension seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak.

Program yang berlangsung selama dua hari ini turut mempunyai pengisian berbentuk perniagaan melalui media sosial.

Dalam program ini juga diselitkan dengan beberapa modul antaranya sessi soal jawab bersama panel antarabangsa yang tidak lain dan tidak bukan mendedahkan lagi pengetahuan serta pengalaman penggiat media.

Tiada ulasan: