Ahad, 5 Februari 2012

MAMPUKAH PR MEMBELA RAKYAT?

Tidak berapa lama lagi kita akan menempuh pilihanraya umum yang ke 13 dan semua orang tahu bahawa di masa kini pelbagai menifesto dan janji yang dihidangkan leh PR kepada para pengundi serta pengikut mereka. Antara yang di laung-laungkan ialah kebajikan rakyat.

Cuba kita perhatikan laungan-laungan ini adakah akan menampakkan kebenarannya.

PAS melaungkan negara berkebajikan, dengan erti kata lain PAS meletakkan bahawa negara berkebajikan itu berpandukan dari agama Islam, tidak di nafikan dengan wujudnya sebuah negara  berteraskan agama islam maka kebajikan rakyat tidak akan ketinggalan.

Tetapi yang menjadi persoalannya disini adakah perancangan PAS ini mendapat restu dari komponen PR iaitu DAP dan PKR?

DAP pula mensasarkan bahawa negara ini perlu di urus tadbir oleh mereka yang mana kebanyakan dari kita ketahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang mengikut cara dan rentak PAP, yang mana ianya sebuah parti yang tidak mmentingkan agama apatah lagi mereka seakan memusuhi agama islam, di tambah pula dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh presiden DAP sendiri dengan meminta PAS melangkah mayat mereka dahulu jika mahu menubuhkan negara islam.

PKR pula lebih kepada pembelaan individu yang bernama DS Anwar Ibrahim dalam kes-kes liwat beliau.

Sangkakala ingin menanyakan soalan denga cara ketiga-tiga parti tersebut yang mempunyai agenda masing-masing, mampukah mereka membela rakyat seperti yang  war-warkan?

Kita berbalik kepada PAS, bangsa apakah yang akan di bela oleh PAS jika mereka memerintah? sudah pastinya tidak mengira bangsa tetapi hanyalah orang-orang islam dan bagai mana pula dengan bukan islam? Kemana mereka akan pergi untuk mengadu nasib jika terjadi sesuatu?

DAP pula dilihat lebih cenderung ke arah kaum cina, dan baru-baru ini lah kelihatan mereka begitu ligat mencari ahli di kalangan orang-orang melayu tetapi untuk apa? Hanya semata-mata untuk di jadikan kambing hitam dalam menjawat jawatan menteri besar kerana itu telah termaktub di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri?

PKR pula Sangkakala lihat lebih kepada membalas dendam pemimpin mereka terhadap kerajaan yang di katakan telah membongkar rahsia beliau meliwat beberapa orang.

Seperti artikel Sangkakala sebelum ini, Sangkakala ada menyatakan bahawa Karpal Singh pernah melambaikan dokumen yang di dakwa adalah bukti bahawa Ketua Umum PKR mempunyai kes liwat.

Sangkakala amat yakin dan percaya bahawa sekiranya PR menang dalam pilihanraya dan di angkat sebagai kerajaan, maka ugut mengugut pula akan terjadi. Dimana ugutan terhadap kes liwat ini akan kembali aktif hingga membuatkan ketua pembangkang yang pastinya akan menjadi Perdana Menteri pada ketika itu tergamam tidak dapat berbuat apa-apa. Pertelagahan demi pertelagahan akan terjadi hingga kebajikan rakyat tadi tidak dapat di laksanakan dengan sempurna.

Berbeza pula dengan UMNO serta komponen Barisan Nasional yang mempunyai parti-parti komponen sendiri yang telah di wajibkan untuk menjaga kaum-kaum sendiri, sebagai contoh MCA untuk menjaga kebajikan kaum Cina an MIC di tugaskan untuk menjaga kaum India.

Sebagai sebuah kerajaan yang adil dan saksama, baru-baru ini kerajaan telah memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, dimana semua rakyat yang berpendapatan bawah RM 3000 masing-masing membawa pulang wang bantuan berjumlah RM 500 setiap keluarga, tidak mengira bangsa atau agama yang dianuti.

Begitu juga dengan bantuan voucer buku 1 Malaysia, setiap pelajar menerima voucer berjumlah RM 200 setiap seorang untuk membeli buku pelajaran dan ini dapat meringankan beban keluarga dalam membeli buku-buku pelajaran.

Ini belum dikira lagi subsidi kerajaan yang berjumlah hampir RM 20 billion setahun demi untuk membantu rakyat dalam kehidupan sehari-hari. Rakyat hari ini perlu mengkaji semula sudah berapa banyak wang dari kerajaan yang di salurkan kepada rakyat setiap tahun. Bukan hanya omong kosong bercakap tapi tidak melaksana.

Kita juga kena melihat, bila wujudnya PAS? Bila wujudnya DAP dan bila wujudnya PKR? adakah selepas UMNO/BN atau sebelum itu dikenali sebagai parti Perikatan atau mereka ini wujud sebelum itu?

Kita dilahirkan dengan akal dan fikiran, boleh memikir yang mana baik dan yang mana buruk, jangan hanya mendengar guruh di langit air tempayan di curah habis, yang keringnya kita, yang susahnya nanti anak cucu cicit kita, fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan: