Rabu, 15 Februari 2012

PAS SAMAKAN BUKU JINGGA DENGAN SURAT RASULULLAH

Tindakan Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia memasukkan buku jingga kedalam tong sampah telah membangkitkan kemarahan pemimpin-pemimpin PAS dan komponen Pakatan Rakyat.

Tindakan Ahmad Maslan itu juga telah membuatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menyamakan buku jingga dengan surat Rasulullah yang dihantar kepada Maharaja Rom.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri itu berkata dalam portal HarakahDaily hari ini.

Bagi Sangkakala pula, tindakan Ahmad Maslan itu adalah tepat setelah Pakatan Rakyat melakukan konvension mereka bagi kali yang ketiga. Ini disebabkan buku jingga tidak lagi boleh diterima pakai. Kerana tidak lagi diiktiraf sebagai menifesto Pakatan Rakyat.

Ini kerana, pengerusi pelaksanaan buku jingga PR telah mengatakan bahawa menifesto Pakatan Rakyat akan dibuat setelah parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri nanti.

Jadi Sangkakala rasa tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menyamakan buku jingga dengan surat Rasulullah adalah tidak berasas sama sekali dan tindakan Ahmad Maslan pula adalah tepat kerana buku jingga sudah tidak diterima pakai lagi sebagai menifesto.

Pssttt..selamat tinggal buku jingga, silakan ke tong sampah.

 

Tiada ulasan: