Sangkakala terkejut apabila peraktoday membuat kenyataan menghentam pemimpin UMNO. Adakah peraktoday ini menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang, atau mungkin juga penulis telah dibayar oleh sesiapa untuk menjatuhkan pemimpin UMNO?
Kepada penulis Portal peraktoday, sangkakala ingin memberi nasihat supaya banyakkan menulis tentang kebenaran, jangan hanya kerana untuk menaikkan nama portal maka kita akan menulis sesuka hati kita.
Jika kita ingin tahu tentang kebenaran, kita perlu bersemuka dengan individu yang kita cuba nak kritik dan bukan hanya dengan mendengar atau membuat rumusan tersendiri. Adalah amat memalukan jika portal kerajaan sendiri menghentam pemimpin dalam kerajaan.
Ini mungkin juga ada unsur-unsur untuk menaikkan seseorang dengan cara menjatuhkan seseorang hingga sanggup melempiaskan apa juga tohmahan dan kritikkan. Bagi sangkakala, ini adalah sesuatu yang kurang baik dan tidak bermoral. Tidak juga menjadi kesalahan untuk menegur seseorang, tapi biarlah kena pada tempatnya dan bukan hanya membabi-buta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan