Ahad, 24 April 2011

PEMBANGKANG DAH KELAM KABUT DENGAN GAGASAN 1 MALAYSIA

SAYANG SEKALI PEMIMPIN  PAS TAK TAU BAHASA MELAYU
Dalam Harakah terbitan PAS edisi 25-28 April 2011 jelas menunjukkan pemimpin PAS tidak memahami bahasa melayu yang menjadi bahasa rasmi Negara ini.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat yang mengatakan Gagasan 1 Malaysia kini  gagal adalah tidak berasas dan langsung tidak menepati dengan apa yang dikatakan dlam Gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Gagasan 1 Malaysia yang di ilhamkan hamper setahun lalu telah membuktikan bahawa kerajaan BN pada hari ini lebih perihatin terhadap semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan agama.
Apa yang menghairankan, apa bila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa ‘Anak Cina Anak saya, Anak India Anak saya’ langsung tidak ada suara-suara dari pemimpin PAS yang mempertikaikan kenyataan tersebut. Mungkin mereka tahu yang Anwar ni suka dengan wanita berbilang bangsa agaknya dan tidak menjadi satu kehairanan jika Anwar ada anak dengan kaum cina atau india.
Pemimpin pembangkang juga menggesa supaya Perdana Menteri supaya segera menamatkan slogan Gagasan 1 Malaysia yang kini mula diterima oleh setiap bangsa dan kaum di Negara ini. Pembangkang dah tersepit di tengah-tengah kemelut kerisauan. Tambahan pula apabila akhbar Utusan Malaysia mengeluarkan rencana yang bertajuk ‘1 Melayu, 1 Bumi’. Ini menambahkan lagi kerisauan pembangkang yang kini di monopoli oleh DAP yang memang anti Melayu dan Islam.
Hari ini Gagasan 1 Malaysia telah diterima oleh setiap lapisan masyarakat hinggakan kanak-kanak yang bukan berbangsa melayu sudah mula hafal dengan lagu 1 Malaysia.
Perkara yang sama juga terjadi apa bila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad melancarkan Wawasan 2020 dan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Islam Hadhari, pemimpin pembangkang juga merasa tergugat. Tapi pada hari ini wawasan 2020 telah menampakkan hasil dengan terbinanya Putrajaya, Cyberjaya, KLCC, Menara Kuala Lumpur dan sebagainya yang menjadikan Negara ini mendapat tempat sebagai Negara membangun dan insyaallah akan mendapat status Negara maju tidak lama lagi.
Jadi kepada pemimpin pembangkang, sangkakala sarankan supaya bersiap sedia dengan kekalahan dalam PRU 13 nanti.. wassalam..   

Tiada ulasan: