Kes kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari bangunan SPRM telah menggemparkan Negara kita tak lama dulu, begitu heboh di perkatakan diseluruh tanah air dan tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa beliau mati di bunuh. Parti Pembangkang tampil ke hadapan dengan mngatakan kes ini perlu disiasat dengan terperinci kerana mereka percaya bahawa mendiang Teoh yang juga Pegawai Khas kepada salah seorang EXCO kerajaan Negeri Selangor itu mati disebabkan oleh penderaan yang dilakukan oleh pihak SPRM.
Setelah beberapa desakan di buat oleh pihak pembangkang hingga kes ini dimasukkan ke dalam sidang Parlimen dan pembangkang juga meminta supaya satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan, maka kerajaan mengarahkan supaya suruhanjaya tersebut ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian mendiang.
Tujuan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja tersebut adalah untuk mencari kebenaran dan bukti serta punca kematian Teoh bagi memberi keadilan kepada mendiang dan keluarga mendiang.
Itu baru satu suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan oleh kerajaan atas desakan pembangkang, ada banyak kes-kes yang sebegini yang mana parti pembangkang memohon supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja.
Tapi sangkakala berasa pelik, kenapa bila kes rakaman video sex yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada langsung suara-suara dari pembangkang yang meminta supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan video tersebut. Agaknya pembangkang dapat mengagak, siapa sebenarnya dalam video tersebut.Wan azizah pula menafikan sekeras-kerasnya bahawa individu di dalam gambar tersebut adalah Anwar Ibrahim.
Sama juga masa kes liwat yang melibatkan Saiful dengan Anwar, Nik Aziz mendesak sekiranya benar apa yang didakwa oleh Saiful maka Saiful di minta untuk melakukan sumpah laknat dan Saiful dengan penuh yakin menyahut saranan dari Nik Aziz tersebut, dan Saiful telah melakukan sumpah laknat di hadapan beberapa orang saksi termasuk bapa beliau sendiri.
Nik Aziz juga menyarankan supaya Anwar juga melakukan sumpah laknat sekiranya betul apa yang dikatakan seperti di dakwa oleh Saiful bahawa Anwar telah meliwat beliau adalah satu pembohongan semata-mata. Tapi hingga sekarang Anwar masih belum lagi berani untuk melakukan sumpah laknat bagi membuktikan bahawa dakwaan saiful itu adalah tidak benar.
Bukan itu sahaja, apabila pihak mahkamah memerintahkan supaya Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau untuk mengesahkan bahawa kesan air mani yang terdapat di dubur saiful bukan milik beliau juga tidak diberikan. Anwar mengatakan itu semua konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan beliau dalam politik tanah air.
Kesimpulan dari kes-kes yang tersebut diatas,terbukti Anwar cuba mengelak dari membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
Ada kah ini pemimpin yang di agung-agungkan oleh pengikut pembangkang? Adakah ini orang yang nak diangkat oleh parti pembangkang sebagai Perdana Menteri? Sedangkan orang ini cukup takut untuk membuktikan beliau tidak bersalah dalam banyak kes? Hentikanlah dari menyokong orang yang macam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan