Rabu, 27 April 2011

PAKATAN HARAM TAKUTKAN BLOGGER

Nampak sangat  pembangkang takut pada para penulis blog atau blogger yang begitu hebat mengkritik mereka sejak akhir-akhir ni. Mana taknya, selepas sahaja majlis perbincangan blogger-blogger di hotel continental yang lepas blog Tun M telah di hantar dengan sejenis virus Cyber hinggakan blog tersebut tidak dapat di layari.
Adakah ini petanda yang Anwar dan kuncu-kuncu pakatan haram amat menakuti suara atau penulisan blogger seperti Tun M? Kita semua sedia maklum bahawa Tun M memang banyak mengetahui akan rahsia Anwar yang mungkin akan menjurus kepada kejatuhan pakatan haram dan Anwar.
Agak-agaknya berapa banyak pula anwar bayar kepada orang yang bertanggungjawab dalam kes ni. Sangkakala merasakan apa yang dikatakan oleh pakatan haram tentang kebebasan bersuara oleh semua rakyat Malaysia adalah satu penipuan yang amat ketara. Masakan tidak, sedangkan Tun M yang telah bersara dari menjawat jawatan Perdana Menteri pun dinafikan haknya untuk bersuara.
Inikah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh pakatan haram selama ni. Mungkin juga pakatan haram merasakan Tun M atau blogger-blogger yang menyokong kerajaan sama seperti virus yang tiada ubatnya pada pakatan haram.
Amaran kepada pakatan haram, kami akan terus membongkar kepincangan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Tiada ulasan: