Kalau kita biasanya dengar UMNO dan BN ada puak dalam parti, rupanya Pakatan Rapuh lagi kuat perpecahannya. Cuba kita lihat di PRN Sarawak ada pertembungan sesama mereka di satu-satu kawasan. Apa yang menyedihkan parti SNAP yang begitu lama bertapak di Sarawak diperlekehkan oleh PKR selaku peneraju Pakatan Rapuh.
Sangkakala juga ada dengar, dalam pengagihan kerusi DUN di Sarawak PKR ternyata mahu memonopoli DUN supaya cita-cita pemimpin PKR tercapai.
Tapi tidak seperti BN yang di terajui oleh UMNO, UMNO memberi ruang dan peluang kepada parti-parti yang ada di Sarawak untuk bertanding. Ini lah yang dikatakan demokrasi dalam pemilihan.
Seperti yang kita lihat juga, BN bertanding di kesemua 71 kerusi DUN, BN juga meletakkan pelbagai parti komponen serta meletakkan calon pebagai kaum bagi membolehkan semua kaum di Sarawak terbela dengan adanya wakil-wakil mereka di dalam Dewan Undangan Negeri.
Kini terpulang pada rakyat Sarawak untuk memilih mana parti untuk menjadi kerajaan. Bagi sangkakala hanya BN yang mampu membela nasib semua kaum di Sarawak. Ini juga telah dinyatakan dalam Gagasan 1 Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri.
Sangkakala amat yakin dan percaya rakyat Sarawak bijak dalam memilih siapa kerajaan. Sangkakala juga memohon kepada semua rakyat negeri Sarawak agar tidak menjadikan pilihanraya ini sebagai tempat untuk melakukan eksperimen seperti mana yang terjadi di beberapa buah negeri di Semenanjung pada Pilihanraya Umum yang lalu. Akibatnya ramai yang mengeluh dan resah setelah segala manifesto yang diberikan oleh pembangkang tidak terlaksana sehingga kini.
Semoga rakyat Sarawak tidak menggadaikan bumi Kenyalang ke tangan Pembangkang yang hanya berpolitik untuk kepentingan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan