Sabtu, 19 Mei 2012

MUZAKARAH - TANDA UMNO LEBIH TERBUKA

Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbezan ideologi.

"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.

Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata, pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.

Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.

"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.

"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.

Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.

"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya

Jumaat, 18 Mei 2012

TERIMA KASIH PVTM AMBIGA SUDAH KEGELISAHAN

Sekumpulan pesara tentera yang mencetuskan kontroversi "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga berkata, rakyat Malaysia sepatutnya berterima kasih dan bukan mengkritik mereka atas tindakan itu.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mendakwa, tindakan mereka menyebabkan Ambiga mengumumkan tidak akan mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 buat masa ini.

NONE"Ambiga kata tidak akan ada BERSIH 4.0. Jadi sepatutnya orang ramai perlu berterima kasih pada kami sebab berniat baik kepada rakyat Malaysia...

"Terima kasih pada Ambiga kerana dengar keluhan dan suara veteran," katanya ketika dihubungi semalam.

PVTM Selasa lalu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" - dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga di Bukit Damansara dengan ibu negara.

Selain itu, Mohd Ali terus mempertahankan tindakan mereka walaupun dikritik banyak pihak dan menegaskan kehadiran mereka tidak lebih daripada sekadar membuat senaman dan tindakan

"Setiap senaman akan ada tonggek punggung. Jadi kami lakukan dengan cara yang betul.

"Kami datang secara aman... Ini adalah senaman untuk menjaga punggung," katanya sambil mencabar Ambiga mendakwanya di mahkamah jika tidak berpuas hati.

'Kalau tak suka kenapa buka pagar?'
Ketika ditanya mengenai dakwaan Ambiga yang menyifatkan 'senaman' yang dilakukan mereka sebagai gangguan seksual, Ali turut menafikannya.

NONEMalah, Mohd Ali mempersoal kembali, jika benar Ambiga tidak suka dengan kehadiran mereka, mengapa pagar rumah dibuka.

"Itu luahan hati dia... Jika dia betul-betul tak mahu saya ada di depan rumahnya kenapa dia buka pagar, bagi air 100 Plus? Kalau tak mahu saya di depan rumahnya, sepatutnya dia tak buka pagar.

"Bukan saya yang pergi buka pintu pagar tu. Lagi pun kami di luar kawasan, bukan dalam kawasan rumah....

"Sebenarnya senaman itu adalah simbolik untuk jaga kesihatan punggung... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya," kata Ali.

MAZLAN ALIMAN TERIMA TAMPARAN HEBAT

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mendapat tamparan hebat apabila peneroka yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) mengambil 'durian runtuh' yang diberikan.

Semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.

NONEWang 'durian runtuh' itu diterima oleh semua peneroka- peneroka Felda.

Dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan peneroka Jengka 14 Abdullah Mohd dan peneroka Jengka 15 Idris Mat Sah menerima cek durian runtuh fasa pertama bernilai RM5,000.

Dilaporkan, modus operandi mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke pejabat pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan segera meninggalkan pejabat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.

Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.

Permohonan injunksi yang dikendalikan oleh peguam ANAK, Haris Abdullah, bertujuan menghalang FGVH dan bank terbabit daripada meneruskan rancangan penyenaraiannya, sehingga tuduhan serius peneroka mengenai penipuan disiasat namun kini di dapati gagal kerana semua peneroka kembali bersetuju dengan cara mengambil "wang durian runtuh tersebut"

Rabu, 16 Mei 2012

BAJET UNTUK BELIA TIDAK DIHANTAR KE KBS

Sangkakala merasa pelik setelah mendengar rungutan dari pelbagai pihak tentang bajet belia yang di bentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 10/7/2011 didalam parlimen yang mengatakan bahawa bajet untuk Program Strategik Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) -Peruntukan RM200 Juta tidak diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, Bajet tersebut dihantar ke kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan Belia.

Susah juga kalau nak fikir semua ni, adakah kerajaan terlepas pandang atau ada ulasan-ulasan lain dari pihak Kementerian Kewangan.

Walau bagaimana pun, Sangkakala berharap agar kemnetrian kewangan menimbang semula pemberian bajet tersebut dan biarlah ianya pergi ke kementrian yang sepatutnya.

Kementerian Belia sepatutnya menerima bajet tersebut untuk membangunkan para belia masa kini dan bukan di hantar kepada mana-mana kementerian yang tidak berkenaan dengan belia.

MAJLIS PEGUAM MULA GOYANG



Majlis Peguam kini dilihat seperti cacing kepanasan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyokong tindakan segelintir peguam yang mahu kerajaan membentuk satu lagi badan profesional guaman sebagai alternatif kepada Majlis Peguam sedia ada.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung cadangan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" dan Majlis Peguam patut terbubar sendiri.

Kenapa perlu takut? Kan ke badan guaman seperti Majlis Peguam mempunyai kekuatan dan keahlian yang ramai?

Sangkakala teringat dengan kata seorang rakan, bahawa Majlis Peguam sebenarnya adalah alat kepada pembangkang dalam bidang perundangan, itu sebab mereka takut jika ada sebuah lagi badan seperti itu diwujudkan oleh kerajaan.

Sangkakala amat menyokong penuh kenyataan serta sokongan Datuk Seri Nazri tersebut, patut ada satu lagi badan yang boleh menyaingi kekuatan Majlis Peguam.

KENAPA A SAMAD SAID MARAH


A. Samad Said dikatakan marah dengan gangguan demi gangguan yang dilakukan di hadapan rumah Ambiga oleh segelintir golongan yang tidak berpuas hati dengan tindakan Pengerusi Bersama himpunan BERSIH tersebut.

Kelmarin dikhabarkan satu demonstrasi bantahan telah diadakan dihadapan rumah Ambiga yang dihadiri oleh bekas-bekas anggota tentera yang mana mereka menradsakan bahawa Ambiga cuba mencetuskan huru-hara didalam negara.

Kehadiran bekas-bekas anggota tentera tersebut turut menjadi liputan hebat apabila mereka melakukan senaman tonggeng dihadapan rumah Ambiga seterusnya menyerahkan nota bantahan. Mereka juga memberi amaran supaya Ambiga tidak lagi mengulangi perkara tersebut.

Selasa, 15 Mei 2012

JANGAN BERTANDING ADUN KALAU TAK MAMPU UNTUK JAGA KAWASAN

Apa dah jadi ni? Sangkakala dengar ada Ketua Bahagian UMNO yang merangkap ADUN dan juga Setiausaha Politik seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak berkuasa di bahagian beliau sendiri.

Menurut maklumat yang Sangkakala perolehi, kawasan yang di maksudkan ialah Bahagian Tasik Gelugur di Pulau Pinang.

Kenapa jadi macam ni? Apa guna jadi ADUN dan Setiausaha Politik Menteri kalau untuk membantu rakyat dikawasan pun susah?

Menurut pemberitahu maklumat, kawasan Tasik Gelugur kini di terajui oleh Setiausaha Bahagian tersebut hingga ramai rang ketinggalan.

Kalau betul cerita yang Sangkakala dengar ni, lebih baik ADUN tersebut menarik diri dari menjadi calon pada PRU ke 13.

Takut nanti menang sorak kampung tergadai, ada peluang boleh menang terus kalah, sebab dengar cerita pengundi kawasan Tasik Gelugur dah menyampah dengan ADUN ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BUKTI BN ZALIMI RAKYAT

Ini adalah penulisan seorang pelajar yang Sangkakala terima., agak-agaknya berapa ramai yang mampu berfikir seperti beliau

Bukti kezaliman 42 tahun UMNO dari tahun 1970 sehingga 2012!
Di bawah ini merupakan nukilan seorang pelajar perempuan dari Universiti Utara Malaysia yang terlalu kesal dengan kerajaan Malaysia.


Saya akan senarai kan satu per satu. Mesti baca!
-Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion.
-Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225.
-Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8%
-Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
-Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah
-Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah
-Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
-Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
-Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
-Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
-Jumlah subsidi setahun RM33 billion.

Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang, tua muda dan pelbagai kaum.
Itu belum masuk BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat, whoaaa...letih tangan mahu taip.

NKRA..7 bidang keberhasilan wa tak mahu tulis. Terlalu banyak... lu orang cari sendiri. 
Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf. GLC spt Tabung Haji , Felda , Felcra , PNB, , PERKIM , KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway , Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui UMNO.

Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah , Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM,
Wujudkan sekolah khas untuk anak yatim , Rumah anak2 yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin , subsidi baja kepada petani , subsidi diesel kepada nelayan woooo ...jahat sungguh kerajaan !
Ahli tetap OIC , Salurkan bantuan kepada Mujahideen Bosnia , Mujahideen Afghanistan , beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ]  ,

wooooooo ... kejamnya kerajaan ! pehh,kezaliman bertimpa2 :)
Itu pasai satu dunia sudah cakap. BN kerajaan paling berjaya didalam dunia..

Kami tidak akan menghina org yang buruk.. kita hina org yang bagus... kita makan burger 2 bijik setiap sorang sampai kenyang, kita salahkan umno... kenapa kalo makan mesti kenyang... cubala kalo lepas makan kita kesejukan ke?? kita dah boring asal makan kenyang.

Ya Allah kejamnyeeee........ takutnya aku, badan aku ni sampai kering kontang la UMNO tak bg makan.... duduk pun x bebumbung, x skolah anak2 aku, UMNO tak pernah buat skolah, yang ade pun untuk anak2 UMNO aje, yang dapat Bonus pun geng2 UMNO aje, yang dapat durian runtuh pun UMNO2 aje, yang dapat kerjapun orang2 UMNO jer… mmg kroni betul la.... kenapa KEJAM sangat nihhh.....!!!! semua salah umno kejam sangaat kerajaan ni….

Ini utk orang UMNO. Boleh guna masa kempen. Cai PR memang tak faham...sebab dia orang punya otak banyak kecik. Kalau motor itu CC banyak kecik serupa itu Honda C70. 
 
Intan Delina
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Bersih 3 Suku a
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

VIDEO BERSIH BIADAP DI LONDON

Mari kita lihat betapa biadapnya pengikut-pengikut BERSIH di London yang mengganggu ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adakah ini budaya rakyat Malaysia yang penuh dengan sifat-sifat hormat menghormati sesama kita apatah lagi pemimpin bila berada di luar negara.

Sangkakala rasa, orang yang memekik-mekik seperti BERUK di London ini sepatutnya dilucutkan kerakyatan mereka dan biar mereka berada di London untuk selamanya.

Ahad, 13 Mei 2012

KEBENARAN TENTANG DAP

Mohamed Razali bekas ADUN DAP yg keluar drp parti DAP, sebab-sebab beliau keluar dari parti tersebut ialah kerana rancangan besar DAP seperti berikut:

1. Kristian menjadi agama rasmi.

2. Malaysia akan ditukarkan kepada negara Repulik. Guan Eng mmpunyai pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew dan DAP mendapat dana kewangan yg kukuh.

3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada bangsa cina.

4. Sistem Raja Berperlembagaan akan dibubarkan, kerana keturanan raja asal usul lanun mengikut kata Lim Kit Siang.

5. Isu azan hanya test market kesensetifan masyarakat Islam.

6. Pertandingan tilawah Al-Quran akan dihapuskan.

7. NGO melayu akan dihapuskan contohnya seperti PEKIDA dan PERKASA.

8. Perkahwinan campur digalakan, nsentif RM 5 ribu akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik melayu).

9. Bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

11. Chin Peng ketua parti Komunis Malaya akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh bangsa cina.

14. Di Hotel Palma Penang, Lagu Negaraku yang baru telah dimainkan. Dimana lagu tersebut tiada menyebut tentang raja.

15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan atas sebab membunuh bangsa cina (komunis) sebelum ini.

16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada bangsa cina.

17. Kakitangan kerajaan keturunan melayu akan dikurangkan.

18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.

19. Kedutaan Israel akan dibuka di M'sia.

20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

21. Masjlis antara agama akan mengantikan Majlis Agama Islam.

22. Wang zakat akan digunakan oleh org bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB bonika. Ngeh pernah minta utk guna wang zakat tetapi dihalang oleh mufti.

23. DEB akan dimansuhkan.

24. Parti berteras agama akan dibubarkan termasuk PAS.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SAH KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM

Dakwaan yang mengatakan bahawa kapal selam milik Malaysia tidak boleh tenggelam adalah benar sama sekali.

Ini dapat Sangkakala sahkan setelah melihat sendiri kapal selam tersebut dari dekat.

Rata-rata orang ramai yang Sangkakala tanya di sekitar kawasan kapal selam ini disimpan juga mengesahkan bahawa kapal selam ini memang tidak mampu untuk menyelam.

Kapal yang dimaksudkan ialah kapal selam jenis Agosta 70 yang berada di muzium Klebang Melaka.

Kapal selam yang kini berada di kawasan pantai klebang ini telah diangkat ke daratan pada 17 november 2011 pada jam 7.00 pagi.

Jadi dakwaan oleh Lim Guan Eng berkenaan dengan kapal selam yang tidak mampu tenggelam itu adalah benar, tetapi bukanlah seperti yang didakwa, Scorpene mampu menyelam tetapi yang tidak mungkin akan menyelam lagi ialah kapal selam yang berada di pantai klebang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NIK AZIZ TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN RATUSAN RIBU AHLI UMNO DI BUKIT JALIL




Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah mengeluarkan kenyataan di kediaman Menteri Besar Kelantan pagi ini bahawa PAS mengumumkan bahawa parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat.

Berita ini yang telah heboh diperkatakan didalam laman-laman sosial seperti FB dan Twitter amat mengejutkan pihak pengikut PAS. Ada yang mengatakan bahawa kenyataan Nik Aziz tersebut ada berhubungkait dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden DAP semalam.

Maklumat yang Sangkakala terima pula mengatakan bahawa Nik Aziz sebenarnya telah muak dengan permainan DAP yang dilihat semakin memperkotak-katikkan agama Islam yang selama ini menjadi pegangan PAS.

Bagi Sangkakala pula, kemungkinan besar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan ini adalah kerana beliau merasa terkejut dengan kehadiran orang-orang UMNO semasa himpunan sambutan 66 tahun UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kehadiran ratusan ribu orang UMNO di stadium tersebut mungkin juga telah membuatkan Nik Aziz merasakan bahawa tidak perlu lagi PAS bersama-sama dengan DAP yang dilihat tidak menghormati pendiriran PAS dan kesucian agama Islam.

Nik Aziz juga merasakan bahawa Pakatan Rakyat tidak mungkin akan memenangi parlimen Malaysia seterusnya menakluki PutraJaya dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat dalam menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.

CERIA SUNGGUH WAJAH NIK AZIZ


Cuba kita lihat betapa ceria wajah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima borang keahlian penyanyi Aishah ni, bukn main berseri-seri lagi kan? Ada apa-apa ke Tuan Guru?

Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu menyertai PAS semalam dengan menyerahkan borang keahlian kepada Nik Aziz, kenapa tak berikan saja pada ketua muslimat PAS agaknya? Atau Aishah pun teringin untuk mendapat kaunseling daripada ustaz-ustaz PAS lepas ni?

Dalam gambar diatas juga Sangkakala tengok Nik Aziz sampai terangkat cermin mata, agaknya sebab tengok betapa montelnya Aishah yang berada didepn mata beliau, nasib baik serban tak gugur kan.

Kemungkinan besar juga Aishah menyertai PAS kerana diberi jaminan oleh Nik Aziz bahawa beliau akan ditempatkan di syurga tanpa hisab dihari pengadilan nanti kerana beliau telah menjadi ahli PAS, lagi pun Nik Aziz terkenal sebagai ulamak yang boleh membawa pengikutnya ke syurga melalui excalator yang dicipta oleh PAS di akhirat nanti.

HEBAT MAINAN PEMBANGKANG DENGAN MAJLIS PEGUAM




Majlis Peguam yang melakukan mesyuarat agung luar biasa pada hari jumaat lepas seolah-olah membuktikan bahawa majlis yang mendokong sistem perundangan tersebut lebih memihak kepada pembangkang serta menyokong kepada keganasan.


Ini dapat dilihat apabila presiden majlis tersebut,Lim Chee Wee telah membuat satu usul tergempar mengutuk keganasan polis semasa himpunan bersih 3.0 pada 28 april lalu. Kenapa majlis peguam mengutuk tindakan polis hingga itu dianggap sebagai satu keganasan, bukankah pihak polis sebenarnya menjaga keamanan setelah dataran merdeka diserbu oleh peserta himpunan?


Menurut Lim (kenyataan didalam Malaysiakini), majlis peguam mengutuk tindakan polis yang menggunakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air kepada peserta himpunan. Ini juga satu kenyataan bodoh dari seorang peguam yang menjadi presiden kepada peguam-peguam lain di seluruh negara, polis hanya akan melakukan tindakan-tindakan tersebut setelah mengeluarkan amaran terlebih dahulu, dan jika amaran tersebut tidak diendahkan maka tindakan yang seperti itu boleh diambil.

Agaknya Lim minta pihak polis belai kepala peserta-peserta tu macam anak kecil tak dapat AIS KRIM kot.

Satu lagi yang Sangkakala ingin tahu ialah tentang kehadiran mesyuarat agung luar biasa ini, adakah usul itu boleh dilkukan dengan kehadiran seramai 1,270 orang ahli sedangkan dalam Malaysiakini juga ada disebut bahawa keanggotaan majlis peguam ialah 14,000 orang. Angka ini menunjukkan bahawa tidak sampai 10% kehadiran daripada keahlian keseluruhan majlis peguam yang hadir.

Menurut Lim lagi, usul ini dibuat setelah majlis peguam menerima laporan dari 78 orang pemerhati yang dihantar oleh majlis peguam. Satu lagi persoalan dari Sangkakala, adakah majlis peguam memberitahu pada awalnya sebelum himpunan bahawa mereka akan menghantar wakil bagi melakukan pemerhatian sepanjang himpunan tersebut dan adakah majlis peguam menunjukkan kepada rakyat siapa wakil-wakil mereka ini? Adakah benar wakil-wakil mereka ini bebas atau wakil mereka ini sememangnya menyertai himpuanan tersebut? Kenapa sebelum himpunan dijalankan tidak ada mesyuarat tergempar supaya usul untuk menghantar wakil dibentangkan?

Minta majlis peguam jawab dengan jujur dan ikhlas, kerana ini akan menjejaskan reputasi peguam-peguam diseluruh negara.

Dalam artikel yang sama juga ada menyatakan bahawa majlis peguam meminta supaya semua anggota polis ini dikenal pasti serta didakwa. Nampaknya semua anggota polis lepas ni tidak lagi boleh menggari penjenayah kerana ianya juga nanti akan dianggap sebagai kekerasan terhadap manusia.

Apa yang Sangkakala nampak ialah, semua ini adalah mainan diantara pembangkang serta majlis peguam, kerana Sangkakala berpendapat majlis peguam mengikut telunjuk Ambiga serta Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan telah memberi isyarat kepada Azmin Ali untuk memulakan tindakan merempuh penghadang yang dibuat oleh pihak polis, dan tidak mungkin pihak majlis peguam tidak tahu tentang undang-undang negara dimana mahkamah majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan notis pengharaman berkumpul di Dataran Merdeka pada hari tersebut. 

Jumaat, 11 Mei 2012

PESERTA BERSIH KETAKUTAN SAMPAI MINTA JAMINAN KESELAMATAN

Dalam kenyataan Presiden PAS didalam Malaysiakini hari ini jelas menunjukkan bahawa peserta BERSIH yang membuat kekacauan dan keganasan dalam insiden pada 28 april yang lalu rupanya penakut.

Adakah mereka ini hanya berani apabila mereka didalam kelompok yang ramai dan apabila keseorangan mereka akan menjadi penakut serta tidak berani menghadapi apa yang mereka telah lakukan?

Hadi berkata bahawa PAS memerlukan jaminan dari pihak polis tentang keselamatan mereka yang dikehendaki menyerah diri kepada pihak polis.

Hadi juga menjelaskan bahawa "Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan?" soalnya.
Setakat 9 Mei, polis menyiarkan 141 wajah, tanpa nama, peserta BERSIH yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Sangkakala nasihatkan kepada semua yang dikehendaki oleh polis supaya menyerah diri, Pakatan Pembangkang hanya akan meminta jaminan, tetapi mereka tidak akan menjamin anda semua keluar dari penjara atau dikenakan tindakan undang-undang.

Berani buat berani lah tanggung, jangan hanya jadi ayam tambatan.

PENIAGA HILANG SABAR DENGAN AMBIGA

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini membuat protes dihadapan rumah pengerusi bersama BERSIH  klik gambar dibawah untuk menonton klip video himpunan yang dilakukan oleh IKHLAS dihadapan rumah Ambiga



Dalam himpunan yang sama, Ambiga dilihat berada dalam keadaan serba salah setelah peniaga-peniaga ini berhimpun dihadapan rumah beliau, sila klik gambar dibawah untuk mengikuti video Ambiga

Khamis, 10 Mei 2012

RAZALI IBRAHIM KECEWA

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata penglibatan mahasiswa Malaysia tajaan kerajaan Arab Saudi dlm demonstrasi Bersih 3.0 di beberapa Masjid di Mekah & Madinah baru2 ini akan menjejaskan masa depan mereka jika negara itu bertindak menghantar pulang atau menarik semula biasiswa.

Jelasnya mahasiswa berkenaan sepatutnya menghargai peluang itu kerana sepanjang 10 tahun, bermula 2002 sehingga kini, hanya kira-kira 200 penuntut Malaysia yg ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keamanan Untuk Negara: Suara Mahasiswa 1Malaysia anjuran Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) di Putrajaya hari ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

IKUTI KENYATAAN DALAM DUA BAHASA KETUA PEMUDA MIC KEBANGSAAN



KENYATAAN DALAM BAHASA MELAYU




KENYATAAN DALAM BAHASA TAMIL

Rabu, 9 Mei 2012

KHALID ISMATH TERSALAH LANGKAH




Khalid Ismath, mahasiswa yang dikatakan telah menendang seorang anggota polis trafik semasa himpunan BERSIH di Kuala Lumpur berhasrat untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo kerana kedua-dua akhbar tersebut dikatakan mengeluarkan gambar beliau semasa kejadian berkenaan.

Khalid kini dikatakan berbincang dengan peguam beliau bagi menyaman akhbar tersebut, beliau mendakwa dengan pendedahan gambar tersebut reputasi beliau sebagai seorang pelajar  dan maruah keluarga beliau tercemar.

Beliau juga mendakwa dengan tersebarnya gambar beliau di dada akhbar keluarga beliau yang sememangnya di kenali sebagai keluarga baik-baik telah menerima tekanan dari masyarakat.

Sangkakala berpendapat bahawa anak muda ini sekarang merasa amat terkilan kerana telah mengikuti telunjuk pembangkang dengan mengadakan demonstrasi aman yang bertukar ganas pada hari tersebut.

Gambar beliau yang secara terang dan jelas ditunjukkan di dalam akhbar tersebut boleh menjadi bukti untuk pihak polis mengambil tindakan terhadap beliau.

MCA MENYOKONG ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Presiden MCA hari ini menempelak Presiden PAS dalam mempersoalkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

MCA menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, apabila parti itu memperoleh kuasa memerintah kelak.
   
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, parti itu berkata status Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah mencukupi dan memadai kerana ia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

"Minoriti bukan Islam tidak akan dapat melindungi diri mereka daripada 'cara hidup Islam' masyarakat yang lebih besar. Walaupun hak-hak mereka dibatasi dengan jelas dalam masyarakat sedemikian, mereka masih merasai tekanan untuk mematuhi beberapa tuntutan sosio-budaya Addin.

"Selain itu, memberi kelebihan kepada cara hidup majoriti akan membawa kepada subordinasi psikologi agama-agama minoriti," menurut kenyataan parti itu.

Menurut MCA, apabila cara hidup masyarakat majoriti dinyatakan dalam Perlembagaan sebagai satu cara hidup sesebuah negara, satu halangan telah diwujudkan bagi memisahkan satu kumpulan dengan masyarakat yang lain dan ini menjelaskan bahawa pindaan Perlembagaan bagi tujuan mengiktiraf Islam sebagai addin persekutuan adalah satu tindakan tidak bijak.

Parti terbesar yang mewakili masyarakat Cina itu menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana tempat dalam persekutuan' adalah memadai kerana peruntukan sedia ada berhubung agama itu adalah yang terbaik bagi negara ini.

MCA mengulangi pendirian menyokong semangat Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang perubahan yang dilakukan sewenang-wenangnya mahupun cadangan untuk memindanya kerana ia menjejaskan kebebasan dan kehidupan rakyat Malaysia.

"Kami mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hak umat Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan hukum Syariah, dan bukannya kenyataan retorik PAS," menurut kenyataan parti itu lagi.   
Haji Hadi pelu melihat kini perpaduan yang dibawa oleh kepimpinan UMNO dalam menjadi parti tunggak Barisan Nasional. Bukan seperti PAS yang menjadi parti tunggangan DAP untuk mendapat kuasa memerintah.