Sabtu, 23 Jun 2012
KEBANGGAAN PAS DALAM MENYOKONG MAHASEWEL DATARAN
Bukankah wanita ini satu masa dulu sebelum kejadian keganasan BERSIH telah muncul di dalam himpunan mahasiswa yang menuntut supaya PTPTN dimansuhkan?
Takkan begitu mudah melupakan perempuan botak ini bukan?
Kita bukan sahaja dikejutkan dengan gambar wanita ini, tetapi semasa himpunan tersebut berlangsung, kita juga dikejutkan dengan hubungan bebas diantara pelajar lelaki dan perempuan.
Ada dikalangan mereka yang tidur bersama-sama dalam sebuah khemah dan ianya hanya dilihat oleh pihak yang bersuara lantang menyokong mereka serta menegakkan agama Islam iaitu PAS.
Sangkakala lihat, jika ini rupa orang yang juga disokong oleh PAS, makan segala apa yang diperkatakan tentang kedaulatan Islam hanya sia-sia, lebih baik PAS mengambil keputusan untuk tidak menjadi parti politik tetapi menjadi parti yang menjaga agama islam sahaja.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 22 Jun 2012
PERKASA PULA TAMPIL MENDESAK
|
Katanya, siasatan secara mendalam perlu dilakukan dan tidak boleh mengharapkan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata memandangkan ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar.
"Pendedahan terbaru ini amat mengejutkan. Ia juga merupakan bukti akuan bersumpah menyatakan kes berkenaan telah selesai sebenarnya dibuat atas permintaan Anwar.
"Saya cadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat perkara itu. Kita mahu tahu dari mana datangnya wang RM3 bilion itu dan ke manakah duit itu disalurkan, kepada kroni atau siapa?" katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Abdul Razak, bahawa beliau telah diminta oleh Anwar untuk membuat akuan bersumpah bagi membersihkan nama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.
Dalam pada itu, Ibrahim menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan supaya memantau 'fatwa-fatwa' yang dibuat oleh individu-individu kononnya bergelar ulama demi kepentingan politik semata-mata.
Katanya, fatwa-fatwa berkenaan hanya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan boleh menyebabkan perpecahan.
"Saya gesa Majlis Fatwa Kebangsaan supaya bukan sahaja memberi perhatian kepada individu-individu atau kumpulan sesat seperti Ayah Pin dan sebagainya tetapi turut melihat ahli-ahli politik yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa demi kepentingan politik serta parti mereka.
"Majlis Fatwa Kebangsaan jangan takut dan perlu bertegas. Ini tidak, apabila ada pihak seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menimbulkan tentang perkara itu (fatwa politik), beliau pula dibidas. Ini tidak betul, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak segera," jelasnya.
FAEKAH HUSIN JADI KAMBING HITAM
Kemelut yang melanda Negeri Selangor pada ketika ini dilihat semakin buruk dengan terjadinya pecat memecat dan tolak menolak didalam kepimpinan kerajaan yang di terajui oleh PKR.
Semua ini gara-gara rasa tidak puas hati antara satu sama lian setelah parti itu mendapat mandat dari rakyat dalam menerajui negeri terkaya di Malaysia tersebut.
Apa yang membuatkan mereka jadi begini? Tapi mungkin juga kerana mereka melaungkan bahawa pakatan ketiga-tiga parti PAS DAP dan PKR adalah Pakatan Rakyat dan bukanlah partiyang berpakat sesama mereka.
Dari pada mulanya kita melihat pemecatan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hinggalah kini kita melihat pula Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pula menjadi mangsa.
Adakah Faekah mempunyai masalah dengan sesiapa? Kenapa perlu beliau diminta untuk melepaskan jawatan dan yang paling penting disini, kenapa perlu Azmin Ali yang dikatakan mendesak supaya beliau dibuang.
Semua ini terjadi mungkin kerana kuasa yang dilihat mampu untuk mengubah segala-galanya.
Baru sepenggal PKR memerintah sudah berbagai kejadian berlaku dan yang paling ironiknya ialah ketidakpuasan hati sesama pemimpin dalam PKR dan ini memperlihatkan mereka ingin meenjatuhkan diantara satu sama lain.
Jika parti ini masih lagi memerintah di Selangor, maka kemajuan negeri tidak akan tercapai kerana mereka lebih sibuk dengan percakaran sesama sendiri demi untuk merebut kuasa hingga mereka terlupa atau melupakan pembangunan yang perlu dibuat untuk rakyat.
Khamis, 21 Jun 2012
RAFIZI LETAK JAWATAN KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
Apa punca utama hingga beliau meletakkan jawatan yang boleh dikatakan amat penting dalam PKR tersebut? Adakah beliau ingin memberi perhatian untuk menjadi calon setelah dikhabarkan akan diletakkan di kawasan Pandan?
Tapi secara teorinya Sangkakala merasakan bahawa beliau mungkin dinasihatkan supaya meletakkan jawatan setelah gagal untuk membuktikan tentang semua tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh beliau gagal dalam mempengaruhi rakyat.
Ada satu lagi kemungkinan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau dan kini didapati orang yang beliau lindungi selama ini mempunyai kes yang lebih besar dalam menyeleweng wang rakyat yang dikatakan bernilai 3 billion ringgit.
Walau apa pun, yang pastinya kebenaran sudah kelihatan apabila Rafizi meletakkan jawatan tanpa diberitahu sebab-sebab yang munasabah dan masuk akal.
MUSANG BERBULU AYAM DALAM KEMENTERIAN SERTA JABATAN
Sangkakala dapat merasakan bahawa situasi ini amat merbahaya kepada keselamatan dan keharmonian tanah air yang mana ianya dapat memporak perandakan keamanan serta kemakmuran negara ini.
Sangkakala juga merasakan bahawa apa yang terjadi hari ini tidak sepatutnya terjadi, apatah lagi jika ianya melibatkan kakitangan kerajaan itu sendiri.
Persoalannya ialah, siapa yang membongkar rahsia-rahsia tersebut hingga dapat ke tangan pihak yang tidak sepatutnya?
Kenapa situasi ini boleh terjadi hinggakan minit mesyuarat serta kehadiran ahli lembaga mesyuarat juga di bocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Mungkinkah ada musang berbulu ayam di dalam kementerian atau Jabatan-jabatan yang terlibat?
Jika ianya melibatkan kakitangan kerajaan, sudah pastilah mereka ini berjawatan agak besar dalam kementerian atau jabatan tersebut hingga dapat membocorkan segala macam maklumat termasuk minit serta kehadiran, ini bermakna mereka juga turut sama hadir dalam mrsyuarat tersebut.
Sangkakala tidak mengatakan mereka ini merbahaya kepada pemerintah sahaja, ianya juga turut membahayakan rakyat.
Sangkakala mengambil pendekatan bahawa, tidak kira walau parti mana memerintah sekalipun, mereka ini dilihat seoerti api dalam sekam atau gunting dalam lipatan atau boleh juga diibaratkan seperti duri dalam daging yang menjadi parasit kepada negara.
Kita bayangkan jika mereka ini menjual maklumat serta rahsia negara kepada negara luar hanya semata-mata mereka akan mendapatkan imbuhan yang tidak seberapa, tetapi dijanjikan dengan pelbagai janji serta keselamatan jika mereka berbuat demikian.
Sangkakala berharap, agar kerajaan kita pada hari ini mecari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini, mungkin dengan cara mengeluarkan pengkhianat-pengkhianat ini dari dalam kementeria mahupun jabatan agar ianya dapat dibendung serta dikekang sebleum ianya merebak dengan lebih parah.
Tidak hairan pada Sangkakala jika satu masa nanti semua rahsia kewangan, keselamatan serta yang lain-lain akan jatuhnke tangan negara lain apatah lagi apabila ianya jatuh ke tangan pembangkang yang hanya menanti masa untuk memusnahkan negara demi mencapai niat mereka untuk menjadi pemerintah.
Rabu, 20 Jun 2012
KEDAH TERUS ALAMI KEGAGALAN
"Bandar berkeluasan 400 ekar (160 hektar) itu juga dirancang sebagai pusat pentadbiran daerah Pokok Sena yang baru diisytiharkan sebagai daerah kecil pada Februari 2009," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Katanya ketika pihaknya melakukan tinjauan di tapak projek berkenaan beberapa hari lalu tiada sebarang kerja infrastruktur dimulakan dan kawasan itu juga sudah ditumbuhi semak samun manakala papan tanda projek sudah rosak.
Tan berkata projek berkenaan dikendalikan oleh anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) (yang dimiliki 55 peratus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) iaitu Darulaman Realty.
BETUL KE NI ARMAND-JANGAN SUMPAH-SUMPAH
Sangkakala tertarik tentang satu artikel dalam Malaysiakini tentang Armand Azha yang merupakan bekas Ketua Wira Perkasa Kebangsaan yang kini merupakan Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional tentang beliau hanya mendapat RM 1'700.00 sahaja sepanjang penglibatan beliau didalam pertubuhan tersebut.
Sepanjang perkenalan Sangkakala dengan Armand, Sangkakala dapata merasakan apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar, bukan kerana seorang sahabat, tetapi Sangkakala sendiri telah beberapa kali terlibat dengan beberapa program bersama beliau.
Sepanjang tempoh itu juga, Armand seringkali merungut tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dalam melaksanakan program-program, namun beliau bersyukur apabila pada akhirnya masih ada rakan-rakan dan sahabat seperjuangan tampil untuk menghulurkan bantuan disamping beliau menggunakan wang simpanan beliau sendiri.
Kenyataan sumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang diucapkan beliau dalam artikel Malaysiakini itu adalah satu kenyataan dan bukanlah bersifat diada-adakan.
Ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan beliau memperolehi AP kenderaan dan sebagainya, tapi Sangkakala lihat beliau tidak pula membuka kedai menjual kenderaan tersebut, beliau hanya bekerja dengan sebuah syarikat menjual kenderaan sebagai jurujual.
Jadi pada Sangkakala, tuduha-tuduhan begitu juga tidak berasas sama sekali, perjuangan Armand telah Sangkakala lalui bersama-sama beliau semasa himpunan patriot, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa dalam ramai-ramai yang ada disitu, Armand telah tampil ke hadapan dan akhirnya melihatkan beliau (bersama Sangkakala) ditembak dengan meriam air oleh FRU yang mengawal keadaan pada masa itu.
Sangkakala ucapkan tahniah pada Armand kerana beliau juga meninggalkan PERKASA kerana hasrat beliau untuk memberikan laluan kepada muka baru bagi menerajui pertubuhan itu.
Ahad, 17 Jun 2012
ADAKAH SIFAT INI MELAMBANGKAN ISLAM
Mungkin Tuan Guru Nik Aziz Patut berasa malu, bukan sahaja dengan manusia, malah perlu malu dengan Allah SWT.
Bukankah sifat riak dan takbur itu adalah sifat Syaitan?
Gambar diatas jelas kita lihat bahawa Nik Aziz gagal mendidik pengikutnya sendiri hingga gambar beliau memperhambakan diri dengan Allah juga dipertontonkan, diambil gambar dan di siarkan dalam laman sosial seperti facebook dan sebagainya.
Kenapa perlu ibadah ini ditunjuk-tunjuk seolah-olah hanya Nik Aziz melakukan ibadah sembahyang?
Atau mungkin orang disekeliling Nik Aziz merasa pelik dengan apa yang sedang dilakukan oleh Nik Aziz ini.
Mungkinkah juga Nik Aziz hanya melakonkan solat semata-maaata untuk diambil gambar dan dimasukkan dalam laman sosial?
Hanya Allah yang tahu semua itu, kita sebagai manusia juga boleh menilai akan gambar diatas.
DAKWAAN UMMI HAFILDA BENAR ATAU MENGIKUT ARUS
Mana tidaknya, apabila Datuk Nalla mengatakan bahawa ada bukti tentang skandal melibatkan Anwar dengan Shamsidar, maka Ummi juga mengatakan bahawa dia tau apa yang terjadi dengan hubungan mereka itu.
Pernah dulu dikeluarkan video seks Anwar, maka Ummi juga mengatakan bahawa beliau tahu dengan hubungan Anwar dengan china doll dan memang Anwar suka melakukan perkara-perkara tersebut.
Apabila gambar kontroversi Azmin dikeluarkan, Ummi hadir sekali lagi dengan mengatakan bahawa beliau tahu dengan apa yang terjadi sebenarnya.
Apa yang telah dikeluarkan, semua diketahui oleh Ummi, tetapi kenapa Ummi sendiri tidak mengeluarkan perkara-perkara tersebut? Mungkin alasan Ummi cukup mudah iaitu tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
Jika itu alasan yang dikatakan oleh Ummi, bagi Sangkakala lebih baik Ummi berdiam diri terus, dan jangan mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas ianya dikeluarkan.
Seperti juga semalam, apabila cerita Anwar mempunyai 20 akaun bank, Ummi juga tampil memberikan bukti terbaru kononnya, kenapa selepas didedahkan baru Ummi mendakwa mempunyai itu dan ini?
Adakah Ummi sengaja mencari publisiti dengan berbuat begitu? Jika Ummi benar-benar untuk memperjuangkan serta mendedahkan segala rahsia Anwar dan cuba untuk menyelamatkan abangnya Azmin dari terus dicengkam Anwar, Sangkakala nasihatkan buatlah betul-betul, jangan sampai orang jadi muak dengan apa yang dikeluarkan oleh beliau setelah isu tersebut meletup.
Sangkakala tidak mengatakan bahawa Ummi tidak mempunyai bukti dengan segala dakwaan beliau, tapi Sangkakala lihat Ummi hanya mengikuti arus dan tidak konsisten dengan apa yang diperkatakan oleh beliau untuk mendedahkan segala rahsia Anwar Ibrahim yang didakwa ada dalam simpanan beliau.
Sabtu, 16 Jun 2012
ANAK JAGAAN JKM PERLU TAHU STATUS DIRI SENDIRI
Presidennya Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM Noraini Mohd Hashim berhubung perkara itu kelmarin bertujuan untuk memanipulasikan fakta.
Disini Sangkakala nak bagi tu sikit, bukan tujuan menghina atau sebagainya, tidak terlintas langsung niat di fikiran Sangkakala untuk menghina mereka ini.
Cuma apabila Sangkakala lihat kembali yang presiden PERBAK ini seolah-olah ibarat kacang lupakan kulit, tidak berterima kasih dengan pihak JKM yang memberikan tempat tinggal untuk mereka berlindung, makan minum untuk mereka meneruskan hidup, pelajaran untuk masa depan mereka semua dia jaga oleh JKM.
Tetapi setelah mereka dewasa, sudah ada pekerjaan, sudah kenal dengan dunia luar, mereka lupa akan JKM yang membantu mereka selama ini.
Berbalik kepada cerita Kad Pengenalan tadi, Sangkakala ingin memberitahu disini, kepada sesiapa yang terasa Sangkakala minta maaf banyak2, tidak ada niat untuk membuka cerita sebegini.
Sebelum mempertikai JKM yang dikatakan tidak memberikan status warganegara kepada mereka ini, pada Sangkakala adalah satu tindakan tepat dari JKM dan JPN, ini kerana JPN sendiri tidak dapat memastikan bahawa ibu bapa mereka ini adalah warganegara mana.
Ini adalah amat menyukarkan JPN, kita semua selalu diperdengarkan oleh pembangkang yang mengatakan kerajaan memberikan taraf kerakyatan kepada warganegara asing.
PERBAK tidak LAYAK untuk mengatakan bahawa mereka adalah warganegara Malaysia kerana status ibu bapa mereka tidak dapat dikesan, jika perkara ini berlaku, maka akan terjadilah kebanjiran anak warga asing yang mendapat kerakyatan Malaysia apabila pasangan-pasangan rakyat asing ini meninggalkan anak-anak mereka di tepi jalan dan sebagainya.
Seperti kita lihat muka presiden PERBAK seperti diatas, Sangkakala tidak menafikan jika bapa beliau adalah seorang warga negara asing seperti Bangladesh, Pakistan atau negara-negara seperti itu memandangkan rupa beliau ada seperti iras-iras mamak, jangan kata made from penang ya.
Jadi disini kita semua perlu fikir sedalam-dalamnya dan sewaras-warasnya dimana kedudukan JKM dan JPN dalam menjaga taraf kerakyatan di negara ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 15 Jun 2012
NIZAR KETAKUTAN PAS JOHOR MAKIN TERTEKAN
Semasa merasmikan sidang DUN negeri Johor semalam, Sultan Johor melahirkan rasa murka baginda terhadap keceluparan Timbalan Pesuruh Jaya PAS negeri Perak yang mempertikaikan pembidaan nombor plate WWW1.
Baginda Sultan bertitah bahawa tindakan Nizar Jamaluddin itu adalah satu penghinaan buat negei Johor serta kedaulatan baginda sebagai Sultan yang memerintah sekalian kawasan jajahan takluk baginda.
Ini telah membuatkan Nizar bertambah risau dan dalam keadaan serba salah hingga membuatkan beliau bertindak menghantar surat untuk mengadap baginda di Istana negeri.
Namun surat itu masih belum menerima sebarang jawapan balas sama ada baginda Sultan berkenan untuk menerima Nizar mengadap atau sebaliknya.
Dalam pada itu, yang menjadi gusar serta gundah gulana kini sudah pastinya PAS negeri Johor yang bercadang-cadang untuk meletakkan Salahuddin Ayub sebagai ADUN di Johor dan sekaligus meletakkan nama beliau sebagai menetri besar sekiranya PAS memenangi kerajaan negeri itu.
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, itulah terjadi dalam PAS kini, kerana keceluparan mulut longkang Nizar, seluruh hamba rakyat yang kasihkan Sultan Johor kini berang denagn tindakan beliau, apatah lagi Sultan Johor baru-baru ini turun mencemar duli untuk menerima sumpah taat setia anak-anak serta rakyat Johor hingga baginda menitiskan air mata menahan sebak.
PAS perlu ditolak sepenuhnya demi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara ini, kerana kini kita dapat melihat bahawa PAS hanya menjadi boneka kepada DAP dan PKR hingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat pangkat tetapi bukan memperjuangkan agama seperti yang diwar-warkan.
CERITA RASUAH? IJAZAH NURUL IZZAH MACAM MANA PULA
Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Ketua Umum dan Presiden PKR, Nurul Izzah meroyan lagi nampaknya, kali ni Nurul Izzah mempertikaikan satu lagi projek kerajaan berkenaan dengan projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.
Kenapa Nurul Izzah beriya-iya sangat tentang semua ni? Tidakkah beliau ingat bahawa semasa bapa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menteri Kewangan yang memberikan konsesi bas kepada datuk beliau satu masa dulu?
Mungkin ada yang lupa tentang semua ini, mungkin juga Nurul Izzah lupa tentang kekayaan yang dicipta oleh Anwar Ibrahim yang juga bapa beliau semasa didalam UMNO dan Barisan Nasional dulu?
Nurul Izzah hanya mempertikai kenapa dan mengapa diberikan kepada keluarga menteri atau bekas keluarga meneteri, jawapannya cukup mudah, syarikat-syarikat berkenaan didapati berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam melaksanakan tugasan yang diberi oleh kerajaan.
Seperti juga kontrak penyelenggaraan Hospital Besar Ipoh yang di beri kepada bekas Menteri Besar Perak yang juga dari kalangan Pakatan Rakyat
Projek tersebut tidak dipertikaikan kenapa diberi kepada bekas Menteri Besar Perak. Kenapa perlu ada double standard tentang pemilikan kerja?
Seperti juga satu masa dulu, apabila Pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan tentang pemberian projek NFC kepada Datuk Seri Salleh yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, Pakatan Rakyat mengatakan bahawa NFCorp tidak mempunyai kepakaran dan kerana itulah projek tersebut bermasalah.
Adakah semua rakyat tahu kepakaran yang dimiliki oleh Datuk Seri Salleh dalam pelaksanaan tersebut?
Sangkakala akan sebutkan disini tentang hal tersebut, Datuk Seri Salleh pernah berkhidmat dalam beberapa pertubuhan dunia dalam proses makanan halal dan pertanian, maka dengan kepakaran ini juga, beliau telah memohon untuk mendapatkan pinjaman dari kerajaan berjumlah 250 juta dan pinjaman itu diluluskan untuk memastikan pengeluaran daging lembu negara mencukupi.
Tetapi, belum sampai masa untuk membuat pembayaran, maka pakatan pembangknag sudah mengeluarkan kenyataan dimana NFC tidak membayar pinjaman tersebut dan mengatakan bahawa NFC dilindungi dari membayar pinjaman.
Mereka juga mengatakan bahawa semua ini ada unsur-unsur rasuah oleh kerajaan, betul ke Nurul? jangan sampai sendiri dapat mali nanti, adalah amat mengecewakan apabila Nurul Izzah yang juga mendapat ijazah melalui rasuah yang Sangkakala tahu dan miliki begitu bodoh sekali rupanya dalam hal pentadbiran negara.
Adakah ini yang akan menjadi bakal pemimpin kita nanti?
Opsss..terlepas juga ayat RASUAH tu..takpe, nanti satu hari Sangkakala akan dedahkan siapa Nurul Izzah dan semua pembaca diminta untuk tunggu satu masa nanti.
SERUAN PAS LEBIH HEBAT DARI SERUAN ALLAH
Baru-baru ini kita telah di perdengarkan oleh satu seruan dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta supaya ahli PAS menangguhkan ibadat haji bagi tahun ini jika pilihanraya umum diadakan semasa musim haji nanti.
Adakah ini diperkatakan pegangan PAS yang mana mereka mengatakan bahawa mereka mendokong agama Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka memperkotak-katikkan panggilan haji ke tanah suci Mekah.
Semalam Tuan Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan beliau sebelum ini telah di manipulasikan oleh akhbar milik Barisan Nasional yang mana, beliau berkata hanya mereka yang terlibat secara langsung diminta untuk tidak menunaikan ibadah haji pada tahun ini jika pilihanraya diadakan pada masa itu.
Beliau juga berkata, tidak ada kerisauan dalam PAS kerana semua pemimpin parti itu telah menunaikan fardhu haji kerana kebanyakan dari mereka adalah veteran dalam parti tersebut.
Pelik juga Sangkakala apabila membaca kenyataan Tuan Ibrahim ni, kalau dah kata majoriti meraka sudah ke Mekah, kenapa perlu dirisaukan?
Lagi satu yang menjadi kemushkilan, adakah PAS takut jika pengikut-pengikutnya menunaikan fardhu haji mkaa sokongan terhadap parti itu akan berkurangan?
Apa yang Sangkakala tau, jika pilihanraya diadakan pada musim haji nanti, orang yang paling gembira sekali ialah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kerana dalam parti mereka (DAP) sudah tentu majoriti ahlinya tidak akan pergi ke Mekah dan sudah pasti mereka akan mendapat kelebihan dalam perkara ini.
Sudah-sudah la PAS, seruan Allah itu lebih penting dari seruan duniawi demi mengejar pangkat< jawatan serta kuasa, Balik lah ke landasan Islam yang sebenar, bukan mengejar segala yang boleh ditinggalkan kelak.
Khamis, 14 Jun 2012
DIN PUDU MEREPEK LAGI
Manakan tidak, dalam beliau bercita-cita untuk bertanding di Johor dan dikatakan bakal menjadi Menteri Besar negeri itu, Nizar lambai potong jalan dengan mempertikaikan DYMM Sultan Johor membida nombor plate pendaftaran kenderaan WWW1 baru-baru ini yang membangkitkan rasa murka Sultan serta kemarahan rakyat negeri itu.
Beliau berkata dalam ceramah tersebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan lumpuh jika tiga buah negeri seperti Johor dapat dirampas oleh Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya nanti.
Adakah Din pudu mimpi di siang hari? mahukah rakyat negeri tersebut menerima pakatan pembangkang setelah apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS dalam laman twitternya baru-baru ini?
Seperti biasa, pembangkang akan mnegatakan bahawa kenytaan tersebut adalah pendangan peribadi Nizar lambai, seolah-olah mereka ini tidak mengendahkan atau bertanggung jawab dengan apa yang diperkatakan oleh kepimpinan mereka sendiri.
Adakah ini parti yang akan membawa kepada kebaikan untuk negeri Johor? Din pudu juga tidak berkata apa-apa seolah-olah mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Nizar terhadap Sultan Johor baru -baru ini.
RAHSIA DISEBALIK PENYERTAAN BEKAS KAKITANGAN KERAJAAN KE DALAM PAKATAN RAKYAT
Setelah Sangkakala kaji secara dalam, penyertaan mereka ini sebenarnya bukanlah sebagai pejuang untuk rakyat atau cuba untuk berjuang demi negara bangsa dan agama, mereka ini menyertai pembangkang hanya kerana mereka merasakan apabila mereka menyertai pembangkang, maka peluang mereka untuk menjadi ADUN atau Ahli Parlimen bagi pembangkang amat cerah disebabkan pembangkang kekurangan ahli-ahli profesional untuk diketengahkan.
Sangkakala kata begini setelah mengkaji, jika mereka merasakan kerajaan tidak memenuhi kehendak rakyat selama ini, kenapa mereka sanggup berkhidmat selama puluhan tahun dengan kerajaan dan mengapa mereka tidak meletakkan sahaja jawatan yang mereka sandang didalam kementerian atau jabatan selama mereka berkhidmat?
Mungkin juga apabila sudah pencen atau bersara dari kementerian atupun jabatan, mereka sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk mengisi masa lapang atau mungkin juga ada agrnda-agenda lain disebalik semua ini.
Paakatan Rakyat mengatakan bahawa terdapat banyak kes-kes rasuah didalam kementerian serta jabatan, tidakkah pakatan rakyat terfikir bahawa rasuah ini sebenarnya dilakukan oleh orang-orang atau pesara-pesara ini semasa mereka didalam perkhidmatan?
Jika pembangkang menunding jari kearah kerajaan dalam membanteras kesalahan rasuah, kenapa mereka sendiri menerima kemasukan pegawai-pegawai ini kedalam parti mereka? Tidakkah nanti jika mereka bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, maka gejala ini akan menular pula didalam pakatan rakyat?
Sangkakala tidak bermaksud mengatakan bahawa semua pegawai atau kakitangan kerajaan ini bersikap seperti itu, masih ada lagi yang baik dan jujur, tetapi kebaikan serta kejujuran itu tidak terpahat di muka kakitangan kerajaan dan ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita semua kesan.
Mungkin kita biasa dengar dengan perkataan bahawa kemasukan mereka ke dalam parti pembangkang adalah kerana tidak tahan dengan rasuah dan sebagainya, tetapi pembangkang merisik siapa mereka ini yang sebenanya? Adakah pembangkang mengkaji latar belakang mereka dengan sebaik-baiknya?
Pembangkang hanya menerima kemasukan mereka dengan merasakan ini adalah cara untu menawan putrajaya, dengan tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.
Sangkakala amat yakin jika pembangkang menjadi kerajaan maka kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan kerajaan ini tidak dapat dibendung dan dihapuskan malah mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.
Kerajaan pada hari ini begitu komited dalam melaksanakan program-program membanteras kegiatan rasuah, tetapi seperti biasa tidak akan ada kegiatan jika tidak ada permintaan, maka dengan itu juga adalah amat sukar untuk kerajaan membanteras kegiatan ini, dan kini pembangkang pula mengambil mereka sebagai ahli parti dengan cara dijaja keasa kemari kononnya untuk membongkar segala kejahatan kerajaan sedangkan kejahatan itu semuanya berpunca dari mereka sendiri.
Bak kata pepatah 'lempar batu sembunyi tangan' itulah yang boleh diibaratkan kepada kakitangan-kakitangan ini. Seperti yang Sangkakala katakan tadi, tidak semua yang bersifat begitu, tetapi yang mnaa berpaling melawan arus kita senidir perlu fikir-fikirkan kenapa, menagapa dan sebab apa.
Cuma jangan sesekali mengatakan bahawa mereka sudah jemu muak atau sebagainya kerana seperti juga yang Sangkakala katakan tadi, mereka ini semua mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan selama mereka nerkhidmat dalam kerajaan.
Rabu, 13 Jun 2012
CHUA JUI MENG JUGA DIJANJIKAN SYURGA
Dalam ceramah itu juga, beliau turut mengatakan menyebut maksud sebuah hadis yang mengatakan bahawa 'orang yang memberi dan menerima rasuah tidak akan masuk syurga'.
Kenapa Chua cakap begitu? Adakah Nik Aziz telah memberikan beliau pilihan untuk pergi ke syurga melalui pintu VVIP ciptaan Nik Aziz?
Dalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa syurga itu adalah untuk orang Islam dan bukannya untuk orang bukan islam. Adakah Chua telah diislamkan oleh Mursyidul AmPAS hingga beliau boleh berkata begitu?
Chua agaknya malu untuk menyatakan bahawa beliau sendiri bertahun-tahun didalam kerajaan Barisan Nasional dan keluar akibat kekecewaan kerana tidak mendapat sokongan dalam pemilihan Agung MCA dan ini diketahui oleh semua rakyat di negara ini.
Dan hari ini apabila beliau menyertai PKR sudah mula pandai nak bercerita tentang Syurga neraka halal dan haram.
Sudah-sudah le tu Chua, jangan baru bertatih mahu berlari, sikit hari lagi jadi macam Zaid Ibrahim baru tau nak lompat parti lain pulak, atau mungkin akan menyertai parti KITA.
Beliau juga ada menyatakan bahawa beliau pernah ditawarkan untuk memegang jawatan di dalam syarikatsyarikat milik kerajaan dan ditawarkan dengan gaji lumayan tetapi beliau menolak jawatan tersebut kerana beliau memikirkan apa guna emas dan perak jika satu masa ditinggalkan juga.
Yang sebenarnya, Chua memikirkan bahawa gaji tersebut lebih tinggi dari gaji seorang menteri namun apabila mengetahui bahawa peluang untuk mendapat gaji seperti menteri adalah amat tipis maka semua tawaran tersebut ditolak dan beliau memilih untuk menyertai parti pembangkang yang kononnya akan berjaya meletakkan diri sebagai kerajaan di PutraJaya namun semua itu bakal meleset di pertengahan jalan.
KHALID GAGAP TERUS BUAT DUIT DI SELANGOR
Kita semua tahu bahawa baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan arahan supaya PTPTN menarik semula pembekuan bagi pinjaman pelajar-pelajar UNISEL, ini berikutan kerajaan memandang kepada kebajikan pelajar-pelajar yang agak sukar untuk mendapat pembiayaan dari pada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri Selangor.
Sebelum itu, kerajaan nebegri Selangor telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menjual tanah milik UNISEL dengan harga RM Tiga Puluh Juta yang kononnya untuk menampung pembelajaran penuntut-penuntut IPT tersebut.
Tetapi setelah kerajaan memberhantikan pembekuan ini, kenapa masih perlu kerajaan negeri menjual hartanah milik UNISEL itu? Adakah nilai tiga puluh juta mampu untuk menampung setiap kemasukan pelajar di dalam UNISEL?
Jika seorang pelajar memerlukan belanja RM Tiga Puluh Ribu, maka wang tersebut hanya mampu untuk menampung seribu orang pelajar, dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain selepas penerima yang ke seribu tersebut?
Sangkakala nampak ada kepincangan disini, Khalid Gagap yang memang terkenal begitu bijak menjadi broker hartanah ini mungkin akan mengambil komisen atau duit lebihan dari hasil penjualan tersebut.
Jika tidak begitu, masakan Khalid beriya-iya untuk menjual tanah milik UNISEL tersebut? Apakah kerajaan negeri Selangor kini begitu daif selama di perintah oleh Pakatan Rakyat sedangkan selama Barisan Nasional memerintah negeri itu, tidak terlihat mana-mana tanah milik UNISEL terjual, semua masih ada lagi sehinggalah kerajaan negeri bertukar tangan pada tahun 2008.
Ini bukan saja melibatkan tanah milik UNISEL, bahkan tanah-tanah lain juga turut terlibat seperti tanah-tanah Yayasan Selangor hinggakan ada ura-ura mengatakan bahawa kerajaan negeri juga bercadang untuk menjual bangunan Yayasan tersebut.
Jika ini dibiarkan berterusan maka Sangkakala percaya satu masa nanti negeri yang begitu indah ini akan hanya tinggal kenangan dan tidak akan ada lagi tanah-tanah milik kerajaan negeri, sebaliknya semua akan dijual dan mereka yang berada di tampuk pemerintahan akan menyamun semua hasil yang ada di negeri Selangor
Selasa, 12 Jun 2012
PAS JOHOR TERDESAK
Dengan apa yang telah dilakukan oleh Nizar lambai baru-baru ini ternyata PAS negeri Johor kini dalam keadaan terdesak, ini dapat dilihat daripada kenyataan keyua pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat yang kini cuba mencari alternatif bagaimana untuk memenangi kerusi di negeri tersebut.
Suhaizan dalam kenyataan beliau meminta supaya Dr Puad Zarkashi menyertai parti itu semula, ini hanya kerana Dr Puad mengatakan bahawa PAS Johor kini berpecah dan tidak mungkin dapat memenangi kerajaan negeri itu pada pilihanraya yang akan datang.
Ini semua salah Nizar yang gatal mulut dengan mempertikaikan pembelian nombor plate WWW1 oleh KeBawah Duli Sultan Johor yang telah membangkitkan kemarahan rakyat di negeri itu.
Sangkakala dapat merasakan pemuda PAS pusat melihat jika Dr Puad menyertai semula parti tersebut maka kemarahan rakyat Johor setelah Sultan yang mereka kasihi dipertikaikan akan kembali reda semula.
Sangkakala yakin bahawa rakyat Johor tidak akan menerima parti yang mempunyai pemimpin seperti pemimpin-pemimpin PAS yang secara terang-terangan menghina Sultan, bukan sahaja Johor malah pernah terjadi di Perak satu ketika dulu.
Jadi rakyat Johor sudi-sudikanlah untuk menghalau parti yang kurang sopan ini keluar dari negeri JOhor Darul Takzim.
PATUT LE AISHAH BERIYA-IYA SANGAT
Setelah Sangkakala meneliti sebab kedua-dua selebriti ini menyertai PAS, rupanya kedua-dua mereka mempunyai agenda yang sama, iaitu untuk menjadi calon.
Setelah Bob Lokman menyertai PAS, bapa beliau pernah berkata bahawa beliau meminta supaya Bob Lokman diberikan peluang untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Semalam pula, Aishah yang satu masa dulu terkinja-kinja diatas pentas mungkin turut mempunyai hasrat sama seperti Bob Lokman.
Tapi apa yang Sangkakala nampak, kes Aishah adalah lebih seronok di perlihatkan, mungkinkah Aishah ingin menjadi calon serta mencari calon untuk beliau yang telah lama kesunyian?
Haha..dah kena sangat tu, mak janda sorang ni, lepas mendengar bahawa ada ustaz dari Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan kaunseling pukul 2 pagi terus menyertai PAS, mungkin dengan harapan di beri kaunseling serupa agaknya.
Aishah yang telah gagal beberapa kali dalam perkahwinan kini akan mencari calon-calon dikalangan orang-orang PAS yang kita ketahui pandai untuk memberikan kaunseling kepada isteri masing-masing hingga membolehkan mereka bernikah lebih dari satu.
Dan mereka ini juga pandai memberikan kaunseling hingga isteri-isteri mereka meyakini bahawa apa yang dilakukan oleh mereka seperti ditangkap basah dan sebagainya adalah fitnah, walaupun mereka secara terang-terangan di tangkap di bilik hotel, di dalam keretapi dan sebagainya.
Bijak Aishah mencari tempat untuk mencari secangkir kasih.
Kakak-kakak yang ada dalam PAS, insyaallah anda nanti akan dapat madu seorang selebriti yang dulunya duduk diluar negara dan sudah pastilah kehidupan secara sosial tiada batasan tambahan pula bergaul dengan artis-artis bukan islam disana satu masa dulu.
Mungkin juga Aishah termakan pujukan dari PAS yang mengatakan bahawa dengan menyertai parti tersebut, segala dosa-dosa beliau akau terhapus dan perkara ini dapat di sahkan oleh Nik Aziz.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 11 Jun 2012
PAKATAN RAKYAT MULA BENCI NIZAR LAMBAI
Mereka juga mempertikaikan pembelian tersebut dengan mengatakan bahawa Sultan Johor menggunakan wang rakyat dalam membeli nombor yang penuh kontroversi itu.
Tetapi sesuatu telah berlaku apabila ramai orang dikalangan rakyat Johor mahupun negeri-negeri lain memarahi kenyataan Nizar tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah hak Sultan.
Ini ditambah lagi dengan kenyataan Sultan Johor sendiri bahawa baginda tidak menggunakan wang rakyat dalam pembelian nombor tersebut.
Nizar telah di panggil oleh pasukan polis yang membuat siasatan apabila begitu ramai yang membuat aduan polis berkenaan dengan kenyataan yang di buat oleh Nizar didalam laman akaun twitter milik beliau tidak lama dulu.
Semalam telah diadakan satu himpunan secara aman oleh rakyat negeri Johor yang menyatakan sokongan mereka kebawah Duli Tuanku Sultan.
Menurut laporan juga, Sultan Johor merasa sebak semasa berucap di majlis menjunjung kasih yang turut di sertai oleh NGO-NGO bukan melayu di perkarangan Istana Rasmi Sultan.
Ini juga satu kejutan buat pakatan rakyat, kerana kita semua perlu maklum bahawa rakyat Johor amat kasih kepada Sultan mereka yang dianggap berjiwa rakyat dan begitu prihatin dengan masalah rakyat selama ini.
Apa bila perbuatan Nizar telah menitiskan air mata Sultan mereka, Sangkakala rasa adalah agak mustahil jika rakyat Johor boleh menerima kehadiran Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
Perbuatan Nizar ini juga membuatkan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu bagaimana untuk menembusi kawasan-kawasan di Johor.
Sangkakala rasa tak perlu rakyat Johor memilih pakatan rakyat yang tidak menghormati institusi Raja di negara ini.
Belum mereka memerintah, mereka sudah berani untuk mempertikai hak keistimewaan Raja dan Sultan, jika mereka memerintah, tidak mustahil Raja atau Sultan di perlakukan lebih dari itu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 10 Jun 2012
ANWAR IBRAHIM GAGAL MATEMATIK
Anwar jelas menunjukkan bahawa beliau gagal dalam matematik apabila mengatakan bahawa jika kerajaan menghapus kira pinjaman PTPTN sebanyak RM 5 Billion negara tidak akan bankrap.
Anwar kata begitu kerana apa? Adakah Anwar bin Ibrahim ini bercita-cita untuk menjadi perdana menteri sepenggal dan kemudiannya akan melarikan diri setelah berjaya menghancurkan negara?
Sangkakala lama tak menulis, kerana sibuk dengan tugasan yang diamanahkan. Kini Sangkakala menulis lagi seperti biasa.
Baik, kita sambung semula cerita Anwar tadi, Anwar mengatakan bahawa pendapatan negara melalui pasaran minyak berjumlah RM 80 billion maka jika RM 5 billion diberi kepada pelajar makan negara ini tidak akan bankrap.
Nampaknya Anwar hanya mengira dari segi setahun atau sepenggal jika beliau menjadi perdana menteri.
Anwar mengatakan jika pendapatan negara sebanyak RM 5 billion diberikan kepada peminjam PTPTN untuk menghapus kira pinjaman bagi setahun, bagai mana pula dengan tahun-tahun yang mendatang?
Adakah minyak kita akan kekal selama-lamanya tanpa susut atau kehabisan? Bagaimana pula nanti jika kita kehabisan stok minyak sedia ada? Siapa pula yang akan memberikan bantuan sebanyak RM 5 billion tersebut?
Anwar hanya mengira selama dia boleh hidup atau dia memerintah untuk mengaut keuntungan, tetapi tidak mengira kebajikan untuk anak-anak muda atau pelajar dimasa hadapan.
Jika ini orang yang dipilih untuk menjadi perdana menteri ianya kemungkinan baik untuk generasi sekarang, tetapi bagaimana dengan anak-anak serta cucu-cucu kita nanti? Adakah mereka juga akan dapat seperti yang kita dapat pada hari ni?
Fikir-fikirkanlah, jangan kegembiraan yang kita perolehi pada hari ini tidak dapat kita warisi kepada waris yang akan datang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 6 Jun 2012
SERONOK USTAZ PAS TENGOK SELUAR DALAM CHINA DOLL YANG DALAM SELUAR PULAK MACAM MANA
Sampai betongkat kain jubah ngan seluar kalau macam ni. Dulu kata orang UMNO jahat, suka tengok bukan-bukan tapi cuba kita tengok pula gambar di atas, siapa yang hadir ke majlis tu?
Yang Sangkakala dapat tau, majlis ni turut dihadiri oleh Yang DiPertua PAS Kepala Batas, rupanya kepala tanpa batas ni.
Tak lama lagi mesti ada perkara yang nak dikeluarkan atau ada fatwa dari Nik Aziz, mungkin juga Nik Aziz akan mengatakan bahawa tidak berdosa kita melihat seluar dalam wanita sebab masih belum memperlihatkan alat sulit wanita berkenaan.
Haha, apa dah jadi ni PAS woii? Takbir apa yang korang pekikkan ni? Takebeer ke?
Jawab PAS jawab, jangan tak jawab.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 3 Jun 2012
PENEROKA BERI DUIT DURIAN RUNTUH UNTUK BANTU MAZLAN ALIMAN
Dengar khabar seramai 16 orang peneroka Felda akan memfailkan saman terhadap Tan Sri Isa Samad berhubung keahlian beliau didalam Koperasi Peneroka Felda.
Cuba pembaca fikir, Felda baru sahaja memberikan duit hasil dari penyenaraian FGVH ke bursa saham sebanyak Ringgit Malaysia 5'000 dan untuk isteri peneroka akan diberikan pada bulan Julai nanti.
Apa bila peneroka seramai 16 orang ini memfailkan saman di mahkamah sudah tentu mereka akan menggunakan khidmat peguam dan sudah pastilah peguam yang diambil dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dan seperti kebiasaannya, peguam akan mengenakan bayaran permulaan atau bayaran untuk membuka fail kes.
Agak-agaknya berapa bayaran yang dikenakan ye? Kalau 16 kali dengan 5 ribu maknanya ada 80 ribu duit durian runtuh tersebut, berapa pula komisen untuk ejen peguam macam Mazlan ni dapat? Kalau 20 peratus pun dah mencecah 16 ribu, pakcik kayo.
Sangkakala nasihatkan kepada peneroka, Mazlan Aliman dan PAS khususnya Pakatan Rakyat sudah kehabisan idea untuk mengelirukan peroka Felda ni, jadi baik ambil duit tersebut gunakan sebaik mungkin dan bukannya diberikan kepada orang-orang yang tidak bertanggung jawab macam si Mazlan Aliman yang ada agenda tersendiri demi karier politik beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 2 Jun 2012
KASIH AZMIN KEPADA ANWAR LEBIH DARI KASIHKAN SHAMSIDAR
Kenapalah begitu singkat pemikiran si Azmin ni? Tapi mana taknya, nak kasihkan Shamsidar isteri beliau pun dah tak guna, sebab ada ura-ura yang mengatakan Shamsidar milik Anwar, jadi nak taknak kena lah kasihkan Anwar baru dapat Shamsidar.
Adalah sesuatu ytang malang apabila Azmin berkata begitu, mungkin juga beliau tidak menjengah ibu kandungnya sendiri iaitu mak tom pun sebab Anwar tak bagi agaknya.
Tapi pelik juga kenapa Azmin boleh mengatakan dalam kenyataan sama yang beliau telah melakukan ujian DNA kepada anak perempuannya, bila agaknya tu? Sebab setahu Sangkakala hanya kenyataan dibuat tetapi tiada bukti dilampirkan bersama untuk menguatkan bukti tersebut.
Kadang-kadang Sangkakala juga ada rasa kesian pada si Azmin ni, dia mengatakan bahawa UMNO sengaja membongkar kisah lama, yang sebenarnya UMNO tidak membongkar apa-apa pun kisah Azmin, cuma rakyat perlukan bukti nyata dan sahih bahawa segala cerita yang disebut tentang ANAK beliau itu benar-benar ANAK beliau bersama-sama Shamsidar.
Azmin juga berkata bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan adiknya, Umi Hafilda Ali yang kini sedang giat melakukan ceramah bagi membongkar siapa Anwar dan Azmin, kenapa tidak bersetuju? Adakah kerana semua yang dikatakan oleh Umi Hafilda itu tidak betul atau ianya memang betul dan Azmin tidak mahu perkara itu merosakkan karier politik beliau selama ini?
Beliau juga berkata semasa Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada tahun 1998 beliau diminta untuk membuat pilihan sama ada memilih Anwar atau Tun Mahathir yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri, dan beliau mengatakan bahawa beliau memilih Anwar demi untuk membela rakyat, pelik tu, kenapa semasa Anwar di pecat baru nak cerita pasal rakyat? Atau ada sesuatu yang tersembunyi diantara Anwar dan Azmin serta Shamsidar hingga membuatkan Azmin serba salah, dan akhirnya memilih untuk terus bersama-sama Anwar?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 1 Jun 2012
HIMPUNAN HIJAU TAMPARAN BUAT AMBIGA DAN ANWAR
Tahniah kepada PAS kerana telah berjaya membuktikan kepada Ambiga dan Anwar bahawa PAS mampu untuk mengumpulkan pengikut mereka dalam sebuah stadium.
Ini yang sebenarnya adalah tamparan hebat buat Ambiga dan Anwar yang menganjurkan BERSIH di Kuala Lumpur baru-baru ini.
PAS sebenarnya ingin membuktikan kepada Ambiga dan Anwar bahawa himpunan BERSIH adalah sesuatu yang gagal hingga menyusahkan semua pihak.
Tapi apa yang Sangkakala nak persoalkan disini, kenapa PAS mampu pula kali ni untuk berkumpul dalam stadium sedangkan semasa himpunan BERSIH dulu, unit amal PAS juga ramai yang terlibat?
Lagi satu, tak haram ke berhimpit-himpit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dalam himpunan tersebut?
Cuba PAS tolong jawab sikit.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
KENYATAAN AKHBAR DARI KBS TIADA WANG RAKYAT DIGUNAKAN
Kepada mereka yang agak ragu-ragu sila baca betul-betul dan jangan menunding jari menyalahkan kerajaan semata-mata.
Jika ianya menggunakan duit rakyat, tidak ada apa salahnya kerana ianya juga untuk golongan belia yang juga rakyat Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
HIMPUNAN BELIA NEGARA ANTARA PROGRAM PALING MENARIK DIDUNIA
Himpunan Jutaan Belia yang berlangsung selama lima hari di PutraJaya bermula dari 23 hingga 27 mei lalu adalah antara program paling menarik didunia. Ini berikutan program ini telah di ishtiharkan sebagai antara sepuluh program terbesar didunia.
Walaupun ada sesetengah pihak cuba untuk memanipulasikan bahawa program ini satu pembaziran dan dengan pelbagai tuduhn lain lagi, namun ianya terbukti dapat mengumpulkan belia dari seluruh pelusuk tanak air tidak mengira bangsa atau agama.
Rata-rata pengunjung yang hadir merasakan program ini adalah yang terbaik di dalam negara dan ianya perlu diteruskan tanpa mengira pendapat segelintir orang yang cuba menghasud rakyat demi kepentingan politik.
Kita telah banyak kali mendengar bahawa ada sesetengah pihak mengatakan bahawa program ini adalah sesuatu yang merugikan, kerana ianya dikatakan menggunakan duit atau wang rakyat.
Persoalannya ialah, adakah belia ini bukan rakyat dan adakah salah jika kerajaan menggunakan wang ini untuk menghargai golongan belia dengan mengdakan program yang begitu baik yang mana ianya telah berjaya mencapai objektif program.
Seramai 2.4 juta orang telah hadir ke program ini dan ianya telah melebihi sasaran 2 juta orang yang hadir. Golongan-golongan yang hadir bukan sahaja dari golongan belia bahkan ianya turut dihadiri oleh golongan pertengahan dan warga emas yang sama-sama menghadirkan diri sempena sambutan hari belia negara.
Ramai pelancong asing juga merasakan bahawa progrm sebegini amat mengagumkan dimana di negara mereka tidak terdapat program yang diadakan di pusat pentadbiran negara untuk para belia atau golongan-golongan lain, ramai diantara mereka merasa kagum dan amat bertuah keran berada di Malaysia semasa himpunan itu berlangsung.
Seperti kata Perdana Menteri, Putrajaya adalah milik belia dan ianya akan digelar sebagai bandar belia selama lima hari program tersebut, jika pada hari-hari lain, semua prasarana di kawasan putrajaya adalah terpelihara dan terjaga namun dalam lima hari sepanjang program berlangsung, para belia ini bebas untuk melakukan apa sahaja selagi tidak melanggar undang-undang negara.
Jadi kepada para pengkritik diharap supaya dapat mengkritik secara profesional, golongan belia ini diberi pengiktirafan oleh kerajaan dan ianya tidak menyalahi undang-undang kerana kerajaan kita sentiasa akan menjada kebajikan setiap rakyat tidak kira mereka berada di golongan mana sekalipun.
AZMIN ALI MAKI HAMUN RAFIZI RAMLI
Apa yang terjadi sebaliknya ialah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah membuka semula kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikatakan mempunyai harta melebihi pendapatan sekitar tahun 1995.
Azmin yang dikatakan pada ketika itu memiliki rumah, kereta dan aset bernilai lebih dari satu juta Ringgit Malaysia, selain itu beliau juga dikatakan mempunyai wang tunai serta cek bernilai sepuluh juta Ringgit Malaysia.
Rafizi yang juga adalah Pengarah Strategi PKR kali ini tersalah strategi dalam usaha untuk menjatuhkan bekas senator tersebut, tapi Allah maha kaya , setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan dan begitu juga dengan keburukan, ianya pasti akan dibalas dengan keburukan.
Keburukan yang Sangkakala maksudkan disini ialah, Rafizi memfitnah Shahrizat dan kini Shahrizat didapati tidak bersalah dan kini apa yang terjadi ialah Azmin Ali pula yang akan didakwa semula oleh SPRM.
Dalam keadaan ini Rafizi sudah pasti akan di maki hamun oleh Azmin kerana kebodohannya membuka pekong yang akhirnya membawa kepada siasatan semula kes beliau dan turut sama akan diheret oleh SPRM, sudah pastilah Anwar Ibrahim, jadi pengarah strategi ini boleh dikatakan gagal dalam menjalankan tugas yang diberi oleh ketua pembnagkang tersebut.
SURUHANJAYA DITUBUH PEMBANGKANG TERDIAM
Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia.
"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau melawat untuk kali kedua tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Dalam kejadian 27 Mei lepas, 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.
Ahmad Shabery berkata kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.
Ditanya mengenai pampasan yang akan diberikan, beliau berkata soal itu tidak timbul kerana tiada pihak bersalah dalam kejadian itu, bagaimanapun pihaknya serta penganjur perlumbaan akan membantu misalnya untuk kos perubatan serta kos lain yang berkaitan.
Sementara itu, katanya, mulai tahun depan Himpunan Jutaan Belia akan dijenamakan menjadi Festival Belia Putrajaya, bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap baru.
Berhubung teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai penganjuran konsert K-Pop yang disifatkannya sebagai kurang sopan, Ahmad Shabery berkata pihaknya menerima teguran itu dengan positif dan akan memperbaiki kelemahan di masa akan datang.
"Saya minta maaf sekiranya ada satu dua perkara dirasakan tidak sesuai, dan pada masa sama, saya hendak menjadikan himpunan itu satu festival yang merangkumi semua aspek, bukan sukan dan hiburan sahaja, tetapi modal insan dan pembangunan intelektual,"
Pihak pembangkang yang selama ini memberikan gambaran buruk tentang Himpunan Jutaan Belia sebagai sesuatu yang gagal serta menggembar-gemburkan sesuatu yang tidak baik ternyata meleset sama sekali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Khamis, 31 Mei 2012
APA KATA ORANG YANG PERNAH MENGATA KAK IJAT
SPRM membebaskan Shahrizat setelah mendapati bahawa beliau tidak bersalah dan kes tersebut ditutup oleh SPRM.
Jadi bagaimana pula dengan individu-individu yang pernah mengata Shahrizat serta melemparkan segala tuduhan serta tohmahan terhadap beliau?
Mahukah mereka ini meminta maaf secara terbuka kepada Shahrizat? Dimana mereka akan letakkan muka mereka selaku pemimpin-pemimpin yang begitu lantang serta angkuh dalam menghentam beliau.
Bukan sahaja pembangkang malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri telah bersuara hingga ada yang meminta Shahrizat melepaskan jawatan menteri dan ada juga yang meminta beliau melepaskan jawatan ketua wanita UMNO Malaysia.
Tapi hari ini ternyata bahawa Shahrizat tidak langsung terlibat dalam kes pemberian pinjaman oleh kerajaan kepada NFCorp yang mana ianya juga dimiliki oleh suami Shahrizat sendiri.
Kepada Rafizi yang begitu berani menuduh Shahrizat berkenaan kes tersebut, sekarang Rafizi perlu berhadapan bukan sahaja dengan tindakan undang-undang oleh Shahrizat, malah juga undang-undang dibawah akta BAFIA, kerana telah memaparkan laporan kewangan NFCorp kepada umum.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
CITA-CITA AZMIN MUSNAH
Dalam sidang media tadi wartawan telah di maklumkan bahawa siasatan terhadap kes tersebut ditutup.
Manakala dalam sidang media yang sama Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM,Tan Sri Dr Hadenan Jalil arah SPRM buka semula siasatan kes AZMIN ALI ekoran dakwaan Raja Petra.
Haha..nampaknya kes kak ijat selesai, kes Azmin lak meletup, lepas ni mak lampir ngan Rafizi Jambu pulak standby, cukup masa kena le tu.
Satu masa dulu ramai yang dok hentam kak ijat, sampai ada di kalangan orang-orang UMNO yang sepatutnya memberi semangat kerana belum tentu kak ijat salah meminta beliau melepaskan jawatan.
Seperti Datuk Kamelia, Naib beliau sendiri pun suruh beliau letak jawatan, sekarang macam mana? Ada berani minta maaf tak? Atau letak jawatan je sebab dah rasa malu.
Tapi walau bagai manapun, Sangkakala harap pihak pembangkang jangan lak kata itu semua konspirasi UMNO BN, pandai korang buat pandai le korang jawab ye tak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
NIZAR JAMALUDDIN BUKAN LAGI RAKYAT NEGERI PERAK
Beliau berkata kepada portal Malaysiakini bahawa beliau taidak berniat untuk menghina Sultan Johor tetapi ianya hanyalah pandangan seorang rakyat.
Kenapa Nizar yang perlu memberi pandangan atau pendapat? Dia bukan rakyat Johor, sepatutnya yang memberi pandangan atau pendapat adalah rakyat negeri tersebut.
Apakah Nizar sekarang sudah berada dalam ketakutan hingga mengeluarkan kenyataan berikut setelah mempertikaikan hak keistimewaan Raja-Raja Melayu?
Memang dasar kalau dah ada darah keturunan DAP tu tetap DAP juga Nizar ni walau pun duduk dalam PAS.
Dulu pun macam tu juga, sampai mohon untuk sembah derhaka terhadap Sultan Perak, sekarang dengan Johor pulak. Saja nak cari pasal atau nak cari populariti yang kian merudum?
Sekarang Nizar dikatakan memang dalam ketakutan apabila sokongan terhadap beliau merudum jatuh di negeri Perak, mungkin juga sebab itu dia cuba untuk mencari populariti di negeri lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Rabu, 30 Mei 2012
KETELUSAN KERAJAAN SELANGOR DALAM KES PERUMAHAN EXCO KERAJAAN NEGERI
Tujuan perumahan ini dibina adalah untuk meletakkan semua exco di satu kawasan dan ianya boleh dikatakan baik dan tepat dengan sistem penempatan berkelompok bagi exco-exco kerajaan negeri.
Tapi setelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008, ada kedengaran bahawa kawasan perumahan ini akan dibida untuk jualan.
Namun pada hari ini, ianya telah menjadi satu kerugian apabila sebuah syarikat di lantik untuk menjadi syarikat penyelenggara bagi kawasan perumahan tersebut.
Kos untuk penyelenggaraan ini dikatakan mencecah kepada RM 1.95 juta setahun dan jika di bahagikan kepada 10 unit maka ianya membelanjakan sebanyak RM 195 ribu setahun bagi setiap unit dan ianya memakan belanja sebanyak RM 16'250 sebulan bagi setiap unit.
Yang menjadi persoalannya sekarang ialah, adakah ianya berbaloi bagi rumah yang tidak didiami? Duit siapa yang digunakan bagi perbelanjaan ini?
Sangkakala mendapat tahu bahawa syarikat yang dilantik ini bernama Adilop Sdn Bhd, siapakah pemilik syarikat ini? Adakah syarikat ini mempunyai apa-apa hubungan dengan kerajaan negeri, dan adakah berbaloi syarikat ini menerima imbuhan sedemiikian rupa?
Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh exco perumahan dan kerajaan tempatan negeri Selangor YB Tuan Iskandar bin A.Samad atau perlu dijawab oleh YAB Menteri Besar sendiri.
Pakatan Rakyat selalu dan kerap kali mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional membelanjakan duit rakyat, adakah duit untuk perbelanjaan penyelenggaraan itu menggunakan duit Pakatan Rakyat atau menggunakan duit rakyat negeri Selangor.
Jawapn bagi soalan-soalan ini hanya mampu dijawab oleh rakyat Selangor yang di kelabukan mata mereka dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang jelas menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 28 Mei 2012
POPULASI RAKYAT DI SELANGOR MENURUN
Tidak sampai seminggu selepas itu, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengishtiharkan bahawa seramai 3000 orang kanak-kanak akan diberi bantuan berupa wang sebanyak RM50 setiap seorang.
Apa yang Sangkakala rasa pelik sangat disini, kenapa 3000 orang sahaja yang menerima bantuan? Takkan Selangor yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi hanya mempunyai populasi kanak-kanak sebanyak itu?
Atau adakah kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberikan bantuan kepada anak-anak pengikut Pakatan Rakyat di Selangor dan ianya tidak diberikan kepada kanak-kanak lain secara keseluruhanya?
Ini persoalan yang bermain-main di fikiran Sangkakala ketika ini. Jadi penduduk dan rakyat di negeri Selangor perlu memikirkan adakah ini jumlah yang ada pada hari ini ataua ada sesuatu disebalik pemberian ini.
Apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada YB Khairy yang berjaya membuka mata Pakatan Rakyat supaya jangan hanya pandai menunding jari itu dan ini kepada kerajaan sedangkan mereka sendiri tidak telus dalam pemerintahan serta tidak langsung menepati janji yang meraka taburkan.
Sabtu, 26 Mei 2012
KEBAJIKAN KERAJAAN SELANGOR TERBUKTI
Diantara yang terjadi ialah tentang menifesto kerajaan Pakatan Rakyat semasa dalam kempen pilihanraya tahun 2008 dimana, kerajaan tersebut telah menjanjikan pengurangan cukai pintu sebanyak 20%.
Cukai pintu bagi Majlis Perbandaran Subang Jaya dulunya RM120 untuk 6 bulan.
Apa yang menghairankan sekarang ialah, kerajaan Selangor sekarang mengenakan cukai sebanyak RM288 untuk tempoh yang sama, pelik juga kebajikan depa ni.
Rakyat dan pengundi di negeri Selangor harus peka dengan permasalah seperti ini, ayuh kita buktikan bahawa kita mampu mengusir mereka dari negeri Selangor.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MASJID JAMEK SRI ANDALAS DALAM MASALAH
Apa yang mengejutkan Sangkakala ialah, beliau mengatakan bahawa Masjid Jamek Ar Rahimiah dalam Parlimen Kota Raja Klang sudah lebih 2 bulan tiada saf utama kerana karpet rosak akibat banjir.
Apa Kerajaan PR Selangor buat? Rakan Sangkakala bagi tau bahawa kerajaan Selangor mahu tunggu depa menang Pilihanraya baru nak bagi sumbangan dan tukar yang baru.
Bagaimana rakyat terutama di DUN Sri Andalas nak menunaikan solat di Masjid tersebut?
Sangkakala harap rakyat disekitar kawasan terutamanya pengundi di kawasan tersebut sedar dengan kelemahan kerajaan Selangor hari ini.
Jauh sungguh perbezaan dengan pemerintahan Barisan Nasional dulu, kalau kali ni pun rakyat atau pengundi di kawasan tu masih pilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan, maka semua akan mendapat masalah nanti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Khamis, 24 Mei 2012
KEMPEN HALAU AMBIGA 1.0
Kami berkumpul secara aman mewakili belia-belia negara yg cintakan keamanan, kemakmuran pada hari ini untuk menyuarakan kebencian terhadap kekejaman dan keganasan Ambiga dan BERSIH yang KOTOR.
Ambiga harus dihalau keluar dari Malaysia kerana dia adalah pengkianat, penghasut kpd pengikutnya supaya melanggar perintah Mahkamah, tidak menghormati institusi raja-raja dan perlembagaan undang-undang negara.
Dia juga merupakan penjajah dan musuh dalam selimut yg bekerjasama dgn negara asing yg tidak senang hati dgn kejayaan pembangunan, kestabilan ekonomi dan keamanan serta keharmonian yang dinikmati setiap lapisan masyarakat di negara kita.
Ambiga harus meminta maaf secara terbuka serta bertanggung-jawab terhadap segala kekejaman dan kemusnahan pada 28 April 2012.
Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin
Presiden
Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selasa, 22 Mei 2012
PENGANIAYA SAIFUL DIKENAL PASTI
Namun itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah menjadi lumrah ketua pembangkang bersama-sama pemimpin PKR diseret ke mahkamah kerana kegilaan mereka dalam merebut kuasa.
Apa yang mengejutkan sebenarnya hari ini ialah kehadiran bekas Pendakwaraya kes Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat Saiful Bukhari satu ketika dulu yang begitu hangat diperkatakan dan akhirnya kita melihat Anwar dibebaskan serta Saiful tidak mendapat pembelaan sepenuhnya.
Semua itu terjawab hari ini, apabila ekas ketua pendakwa kes tersebut, Mohd Yusof Zainal Abiden, tampil dan bertindak sebagai peguam Anwar dlm kes cetus rusuhan Bershit 3.
Apa makna semua ni? Adakah ketua pendakwa tersebut sengaja untuk mencari jalan bagi membebaskan Anwar dalam kes liwat Saiful?
Sangkakala seperti dapat merasakan ada udang disebalik batu yang mana satu ketika dulu saiful dikatakan berhubungan dengan salah seorang pendakwa kes tersebut di mahkamah dan beliau digugurkan dari menjadi pendakwa bagi kes tersebut.
Kesian Saiful, anak muda ini teraniaya oleh orang yang dipercayai dapat memberi pengadilan kepada beliau akhirnya didapati sebagai dalang dalam proses membebaskan Anwar Ibrahim.
Berapa agaknya Anwar bayar pada bekas ketua pendakwa ni agaknya?
Walau bagaimanapun, apa juga yang terjadi, pengikut-pengikut fanatik pembangkang tetap akan menyalahkan Barisan Nasional dalam setiap apa juga kesalahan yang dialkukan oleh pemimpin mereka.
Tapi ingat, Saiful juga sekarang dikatakan sedang bersiap-sedia dalam mendapatkan keadilan untuknya. Teruskan Saiful, kita dah nampak siapa kacang hantu dalam mahkamah dulu, lepas ni Saiful perlu lebih berhati-hati dalam membuat pilihan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 21 Mei 2012
PERJUANGAN HINDRAF ADA UDANG SEBALIK BATU
Jika satu masa dulu HINDRAF mengatakan bahawa mereka berjuang untuk kesamarataan, tetapi kini sudah nampak dengan jelas serta ketara bahawa HINDRAF hanya inginkan tempat untuk meletakkan calon bagi tujuan berpolitik.
Ketua HINDRAF, Uthayakumar akan bertanding di dua kerusi – parlimen Kota Raja dan di DUN Sri Andalas.
Kawasan parlimen Kota Raja kini diwakili oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) manakala Sri Andalas oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR).
Inilah perjuangan HINDRAF yang sebenar, untuk menjadi calon serta menjadi wakil rakyat, jika mereka berjaya, HINDRAF sudah pasti akan melupakan perjuangan asal yang kononnya mereka berjuang untuk kesamarataan kaum India di Malaysia.
Lagi satu, Sangkakala dapat rasakan mereka ini akan bergaduh sesama sendiri memandangkan kawasan yang ingin ditandingi oleh Uthayakumar kini dimiliki oleh PAS serta PKR dan HINDRAF bercadang untuk menjadi calon bebas.
Persoalannya, adakah PAS dan PKR akan membiarkan Uthayakumar datang ke dua-dua kawasan ini?
Persoalan hanya boleh dijawab oleh pengikut Pakatan Rakyat dia kawasan-kawasan tersebut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 19 Mei 2012
KAUM INDIA AKAN SERAH MEMORANDOM KEPADA KERAJAAN KEDAH
Memorandom ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Kedah tidak dapat menunaikan segala janji atau menifesto kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah.
Kepada semua NGO-NGO dan Orang Ramai Negeri Kedah dijemput ke penyerahan Memorandum terhadap Kerajaan Negeri Kedah yg tidak tunaikan janji-janji PRU-12.
Pada : 20/5/12
Masa : 10pg
Tempat : Bersebelahan Jam Besar Sg Petani.(Dekat Dataran MPSP Sg Petani)
Diminta semua NGO-NGO dan orang ramai memberi kerjasama dan datang beramai ramai untuk memberi soköngan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BETAPA BIADAPNYA PEREMPUAN BERNAMA IRSHAD MANJI INI
Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.
"Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan," kata Irshad dalam Malaysiakini.
Awal bulan ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan umat Islam diharamkan menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Fatwa yang dikeluarkan seminggu selepas himpunan BERSIH itu dilihat sesetengah pihak sebagai dipengaruhi agenda politik tertentu.
Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.
"Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan," kata Irshad sinis.
Cabar doktrinisasi tanpa penilaian kritis
Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.
"Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita," katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.
Irshad dikenali sebagai penulis yang mencabar pemikiran Islam yang diindoktrinasikan tanpa sebarang penilaian kritis.
Kehadirannya di Malaysia adalah untuk mempromosikan buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Bukunya sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.
APABILA ULAMA MEMPERTIKAIKAN PAS DIMANA LAGI TEMPAT MEREKA
Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.
Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.
Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:
“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.
“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.
Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.
“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.
“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).
“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.
Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.
“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal) dimakan.
“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.
Untuk bacaan lanjut sila <klik>
UNTUK BACAAN LANJUT
MASYARAKAT INDIA TOLAK HIMPUNAN HARAM YANG MEMBAWA KEMUSNAHAN HARTA BENDA AWAM
Presiden Malaysia Hindu Dharma Prof Dr N.S Rajendran berpendapat masyarakat India faham bahawa mereka mempunyai hak untuk bersuara tetapi perbuatan mereka tidak seharusnya berasaskan emosi atau keganasan, apatah lagi jika diapi-apikan oleh pihak berkepentingan politik.
"Perhimpunan seperti itu tidak digalakkan di dalam mana-mana agama termasuk Hindu. Jika ada sesuatu yang ingin dituntut, sebenarnya perlu melalui semua langkah-langkah aman untuk berbincang secara damai," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya, agama Hindu tidak menggalakkan sebarang tindak tanduk keganasan apatah lagi yang boleh mengancam nyawa, menimbulkan kekecohan dan kerosakan harta benda awam.
"Mengapa kita perlu melalui jalan keganasan terutamanya bagi golongan muda? Golongan ini adakalanya terlalu mengikut perasaan dan emosi tetapi saya rasa kini mereka mulai sedar bahawa cara ini tidak dapat memenuhi kehendak mereka dan menjadi sia-sia, malah merugikan," katanya.
Kenyataan itu turut disokong Presiden Hindu Sangam R.S Mohan Shan yang menegaskan perhimpunan atau demonstrasi hanya boleh diadakan dengan syarat ianya dijalankan secara aman serta menghormati setiap umat manusia, malah haiwan sekalipun dan tidak boleh menyusahkan orang lain.
Sesuatu perhimpunan itu hanya akan dihormati majoriti rakyat apabila ia mempunyai sebab yang wajar dan bukannya untuk mewujudkan kacau-bilau mahupun dimanipulasi pihak lain, katanya.
Selain itu, beliau juga berharap tiada pihak yang cuba mengaitkan sentimental keagamaan ke dalam isu politik yang akan lebih memburukkan lagi keadaaan.
Perunding kanan perhubungan awam Nevash Nair, 26, berkata pemuda zaman sekarang perlu berfikir wajar sebelum melibatkan diri dalam mana-mana perhimpunan atau demonstrasi.
"Saya mempunyai sebilangan kawan yang pro dan anti kumpulan yang menamakan diri mereka Bersih 3.0 itu. Saya berbual dengan mereka dan mendapatkan pelbagai pandangan...saya dengar apa yang mereka katakan dan saya membuat kesimpulan sendiri," katanya yang percaya sesetengah pihak menggunakan Bersih untuk kepentingan politik mereka sendiri.
Justeru kedegilan pihak penganjur perhimpunan menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium bagi memastikan keadaan terkawal, masyarakat India kini dikatakan telah sedar dan tidak lagi memilih untuk bersama pembangkang. Ini ditambah dengan hakikat bahawa sebahagian besar permintaan mereka telah dilayan oleh kerajaan.
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) baru-baru ini dalam satu kenyataan berkata perhimpunan kali ini membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat India sudah meninggalkan pembangkang dan kembali menyokong kerajaan.
Kenyataan itu mendakwa hanya segelintir daripada peserta perhimpunan yang bertukar menjadi kerusuhan itu adalah daripada kaum India dan ini secara tidak langsung memberi amaran 'gelombang bahaya' untuk pakatan pembangkang.
"Apa yang pakatan mahu ialah undi kaum India tetapi kebajikan dan kesejahteraan tidak dijaga seperti yang dijanjikan selepas mendapat undi kaum India pada pilihan raya 2008, mereka dibuang seperti lampin pakai buang," menurut kenyataan itu.
Perhimpunan itu terbukti bukan sahaja tidak menjanjikan kebajikan masyarakat India malah memberi impak negatif kepada majoriti perniagaan komuniti itu.
Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia Datuk K.K Eswaran dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini berkata para peniaga India mengalami kerugian besar berikutan perhimpunan itu.
Katanya, kedai-kedai di sekitar kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman terpaksa ditutup bagi mengelakkan kerosakan oleh penunjuk perasaan, manakala 13 cawangan negeri dan 14 organisasi perdagangan merasakan bahawa perhimpunan itu mempunyai kesan negatif ke atas perniagaan.
Golongan ibu bapa juga berpendapat perhimpunan seumpama itu lebih memudaratkan apabila golongan belia dan pelajar pusat pengajian tinggi dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu.
"Saya tidak ingin melihat anak-anak saya menyertai perhimpunan haram seperti itu, tidak kiralah perhimpunan itu ada matlamat yang wajar atau sebaliknya. Apa salahnya kalau kita memperjuangkan hak kita secara aman?," kata S.Vikneswaran, 40, dari Kajang.
Bapa kepada tiga anak lelaki itu berkata penglibatan golongan muda akan memberikan impak negatif atau titik hitam dalam hidup mereka kalau ditahan oleh pihak polis.
MUZAKARAH - TANDA UMNO LEBIH TERBUKA
Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.
Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbezan ideologi.
"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.
Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata, pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.
Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.
"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.
"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.
Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.
"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.
"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya
Jumaat, 18 Mei 2012
TERIMA KASIH PVTM AMBIGA SUDAH KEGELISAHAN
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mendakwa, tindakan mereka menyebabkan Ambiga mengumumkan tidak akan mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 buat masa ini.
"Terima kasih pada Ambiga kerana dengar keluhan dan suara veteran," katanya ketika dihubungi semalam.
PVTM Selasa lalu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" - dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga di Bukit Damansara dengan ibu negara.
Selain itu, Mohd Ali terus mempertahankan tindakan mereka walaupun dikritik banyak pihak dan menegaskan kehadiran mereka tidak lebih daripada sekadar membuat senaman dan tindakan
"Setiap senaman akan ada tonggek punggung. Jadi kami lakukan dengan cara yang betul.
"Kami datang secara aman... Ini adalah senaman untuk menjaga punggung," katanya sambil mencabar Ambiga mendakwanya di mahkamah jika tidak berpuas hati.
'Kalau tak suka kenapa buka pagar?'
Ketika ditanya mengenai dakwaan Ambiga yang menyifatkan 'senaman' yang dilakukan mereka sebagai gangguan seksual, Ali turut menafikannya.
"Itu luahan hati dia... Jika dia betul-betul tak mahu saya ada di depan rumahnya kenapa dia buka pagar, bagi air 100 Plus? Kalau tak mahu saya di depan rumahnya, sepatutnya dia tak buka pagar.
"Bukan saya yang pergi buka pintu pagar tu. Lagi pun kami di luar kawasan, bukan dalam kawasan rumah....
"Sebenarnya senaman itu adalah simbolik untuk jaga kesihatan punggung... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya," kata Ali.
MAZLAN ALIMAN TERIMA TAMPARAN HEBAT
Semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.
Dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan peneroka Jengka 14 Abdullah Mohd dan peneroka Jengka 15 Idris Mat Sah menerima cek durian runtuh fasa pertama bernilai RM5,000.
Dilaporkan, modus operandi mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke pejabat pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan segera meninggalkan pejabat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.
Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.
Permohonan injunksi yang dikendalikan oleh peguam ANAK, Haris Abdullah, bertujuan menghalang FGVH dan bank terbabit daripada meneruskan rancangan penyenaraiannya, sehingga tuduhan serius peneroka mengenai penipuan disiasat namun kini di dapati gagal kerana semua peneroka kembali bersetuju dengan cara mengambil "wang durian runtuh tersebut"
Rabu, 16 Mei 2012
BAJET UNTUK BELIA TIDAK DIHANTAR KE KBS
Apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, Bajet tersebut dihantar ke kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan Belia.
Susah juga kalau nak fikir semua ni, adakah kerajaan terlepas pandang atau ada ulasan-ulasan lain dari pihak Kementerian Kewangan.
Walau bagaimana pun, Sangkakala berharap agar kemnetrian kewangan menimbang semula pemberian bajet tersebut dan biarlah ianya pergi ke kementrian yang sepatutnya.
Kementerian Belia sepatutnya menerima bajet tersebut untuk membangunkan para belia masa kini dan bukan di hantar kepada mana-mana kementerian yang tidak berkenaan dengan belia.
MAJLIS PEGUAM MULA GOYANG
Majlis Peguam kini dilihat seperti cacing kepanasan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyokong tindakan segelintir peguam yang mahu kerajaan membentuk satu lagi badan profesional guaman sebagai alternatif kepada Majlis Peguam sedia ada.
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung cadangan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" dan Majlis Peguam patut terbubar sendiri.
Kenapa perlu takut? Kan ke badan guaman seperti Majlis Peguam mempunyai kekuatan dan keahlian yang ramai?
Sangkakala teringat dengan kata seorang rakan, bahawa Majlis Peguam sebenarnya adalah alat kepada pembangkang dalam bidang perundangan, itu sebab mereka takut jika ada sebuah lagi badan seperti itu diwujudkan oleh kerajaan.
Sangkakala amat menyokong penuh kenyataan serta sokongan Datuk Seri Nazri tersebut, patut ada satu lagi badan yang boleh menyaingi kekuatan Majlis Peguam.












