Ahad, 3 Jun 2012

PENEROKA BERI DUIT DURIAN RUNTUH UNTUK BANTU MAZLAN ALIMAN

Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman memang bijak untuk memanipulasi pemikiran peneroka Felda.

Dengar khabar seramai 16 orang peneroka Felda akan memfailkan saman terhadap Tan Sri Isa Samad berhubung keahlian beliau didalam Koperasi Peneroka Felda.

Cuba pembaca fikir, Felda baru sahaja memberikan duit hasil dari penyenaraian FGVH ke bursa saham sebanyak Ringgit Malaysia 5'000 dan untuk isteri peneroka akan diberikan pada bulan Julai nanti.

Apa bila peneroka seramai 16 orang ini memfailkan saman di mahkamah sudah tentu mereka akan menggunakan khidmat peguam dan sudah pastilah peguam yang diambil dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dan seperti kebiasaannya, peguam akan mengenakan bayaran permulaan atau bayaran untuk membuka fail kes.

Agak-agaknya berapa bayaran yang dikenakan ye? Kalau 16 kali dengan 5 ribu maknanya ada 80 ribu duit durian runtuh tersebut, berapa pula komisen untuk ejen peguam macam Mazlan ni dapat? Kalau 20 peratus pun dah mencecah 16 ribu, pakcik kayo.

Sangkakala nasihatkan kepada peneroka, Mazlan Aliman dan PAS khususnya Pakatan Rakyat sudah kehabisan idea untuk mengelirukan peroka Felda ni, jadi baik ambil duit tersebut gunakan sebaik mungkin dan bukannya diberikan kepada orang-orang yang tidak bertanggung jawab macam si Mazlan Aliman yang ada agenda tersendiri demi karier politik beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: