Sabtu, 9 Jun 2018

ZAHID HAMIDI MENGADAP MAHATHIR ATAU MAHATHIR JEMPUT ZAHID ?? @Zahid_Hamidi @chedetofficial @Muhyiddinyassin

Sejak semalam tular di media sosial tentang gambar pertemuan diantara Datuk Seri Zahid dengan Tun Mahathir dan diikuti pula dengan laporan dari portal fitnah nombor 1 negara, MalaysiaKini yang mengatakan bahawa Zahid berjumpa dengan Tun untuk meminta nasihat dan Mahathir pula mengatakan bahawa UMNO sudah terpalit dengan pelbagai masalah.


Persoalannya kini, betul ke Zahid jumpa Mahathir atau Mahathir yang minta Zahid berjumpa dengan beliau?

Sangkakala seolah olah bermimpi bila heboh dikatakan Zahid pergi mengadap Mahathir sedangkan UMNO adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam parlimen iaitu sebanyan 54 kerusi berbanding 222 kerusi keseluruhan dalam dewan.

Jika dipecahkan kerusi ini mengikut block parti, sudah tentu UMNO mampu untuk menjadi kerajaan tetapi, UMNO tidak mempunyai sokongan majoriti dalam parlimen yang membolehkan untuk menubuh kerajaan.

Kalau Mahathir nak jumpa dengan Zahid bagi Sangkakala ada kemungkinan sebab Zahid kini mengetuai sebuah parti yang menguasai hampir 1/4 kerusi dalam dewan rakyat dan sudah pastilah kerajaan mahu memperkukuhkan kedudukan dengan menjemput parti lawan untuk bersama.

Satu lagi, Maharhir mengatakan bahawa Zahid bertanya dengan beliau bagaimana untuk mengukuhkan UMNO, itu yang dilaporkan oleh MalaysiaKini dan ini juga membuatkan Sangkakala rasa geli hati.

Bukankah 54 itu lebih besar dari 12? Jadi bagaimana pula Zahid yang mempunyai 54 kerusi boleh dilaporkan meminta nasihat dari pada orang yang hanya ada 12 kerusi dalam Dewan Rakyat?

Dan jawapan kepada semua ini ada pada Zahid Hamidi dan rasanya beliau hendak melihat sejauh mana Tun Mahathir hendak menjual nama UMNO demi kepentingan politik beliau.


Tiada ulasan: