Selasa, 5 Jun 2018

MAHATHIR KESIPUAN DENGAN KEKUATAN ANWAR @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Kecoh seluruh Malaysia tentang perlantikan peguam negara yang baharu menggantikan Tan Sri Apandi sehari dua ni dan yang paling ketara apabila seluruh rakyat Malaysia melihat bagaimana Perdana Menteri begitu mendesak DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menerima Thomas sebagai peguam negara yang baharu.

Kemelut juga berlaku apabila Yang DiPertuan Agong tidak memberi perkenan keatas nasihat untuk melantik Thomas sebagai peguam negara.

Namun semalam dikhabarkan bahawa Anwar Ibrahim telah pergi mengadap DYMM Agong dalam isu berkenaan.


Sejurus pertuan diatara Anwar dengan Agung, malam itu juga Yang Di Pertuan Agung telah perkenan akan perlantikan berkenaan dan sekaligus telah membawa kepada satu era baharu dimana orang bukan Islam dan bukan Melayu menjadi peguam negara.

Persoalan yang bermain di benak Sangkakala ialah, bagaimana Yang DiPertuan Agung boleh perkenan perlantikan berkenaan selepas pertemuan dibuat dengan Anwar Ibrahim?

Bukankah Mahathir selaku Perdana Menteri telah menasihatkan Yang DiPertuan Agung untuk menerima Thomas?

Bagi Sangkakala ianya amat mudah, Anwar mempunyai kelebihan dan lebih dipercayai oleh Seri Paduka Baginda berbanding dengan Mahathir.

Disini juga telah meletakkan air muka Mahathir dibawah tapak kaki Anwar Ibrahim yang tidak mempunyai apa apa jawatan malah mempunyai rekod bekas seorang banduan yang diberi pengampunan penuh.



Tiada ulasan: