Rabu, 3 Ogos 2016

RIZAB KERAJAAN HANYA PENYEDAP TELINGA !!! @NajibRazak @NohOmar @tunfaisal #scs14

Berbillion duit kononnya tersimpan oleh kerajaan sehingga hari ini, namun ianya adalah omongan kosong bagi menyedapkan telinga yang mendengar.


Kononnya sebanyak RM 3.95 Billion telah dikumpul oleh kerajaan Selangor daripada pemerintahan Khalid Ibrahim sehingga ke Azmin Ali.

Persoalannya, kenapa dengan rizab uang sebegitu besar, kerajaan Selangor perlu menggunakan peruntukan MARRIS bagi menyelenggara PPR di sekitar Selangor?

Kalau tak silap Sangkakala, dalam pembentangan bajet yang lepas, Azmin Ali mengatakan bahawa kerajaan Selangor mengalami defisit sebanyak RM 400 juta.

Cuba bayangkan, jika ada simpanan berjumlah berbillion ringgit, kenapa perlu sampai defisit? Bukankah rizab berkenaan boleh digunakan untuk menghalang agar perbelanjaan tidak mengalami defisit?

Sebagai contoh, kita mempunyai duit sebanyak RM 3000 dalam bank, tapi untuk membuat pembelian, kita terpaksa berhutang sebanyak RM 400, apa guna duit simpanan yang ada dalam akaun kita?

Pembangkang di Malaysia kerap kali mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap apabila kerajaan membentangkan bajet defisit tapi bagaimana pula dengan kerajaan Selangor?

Dengan kehilangan aset aset kerajaan negeri yang satu persatu dijual adakah kerajaan Selangor hari ini berjaya membawa kepada pembangunan di Selangor?

Sebagai rakyat, persoalan ini seharusnya dijawab oleh kerajaan Selangor, jangan hanya mengkritik kerajaan pusat, tapi yang sebenarnya untuk menutup kepincangan kerajaan negeri.



Tiada ulasan: