Jumaat, 19 Ogos 2016

HOSPITAL TANJUNG KARANG JADI BAHAN PANAS DI MEDIA SOSIAL @NajibRazak @nohomar #scs14

Semenjak menjawat jawatan Menteri di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar terus menerima kritikan.

Yang terbaru apabila beliau mengatakan bahawa pembinaan Hospital Tanjung Karang akan dimulakan sikit hari lagi mula menjadi panas di media sosial khususnya di laman facebook.


Portal Suara Rakyat dilihat cuba memutarbelitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Noh Omar tentang pembinaan tersebut.

Apa yang disebut oleh Tan Sri Noh Omar ialah, proses tender untuk pembinaan hospital tersebut telah selesai dan kontraktor sudah pun dilantik untuk melaksanakan projek berkenaan.

Tapi nampaknya, ada dikalangan rakyat, khususnya yang berkiblatkan kerajaan pembangkang di Selangor, jelas menunjukkan bahawa mereka tidak cerdik tetapi berhujah mengikut emosi politik kebangangan mereka.

Untuk membina sebuah bangunan bukan seperti membina sebuah titi menyeberang parit di kampung yang tidak memerlukan perincian, plan dan sebagainya.

Membina sebuah hospital memerlukan kerja kerja teknikal, segala aspek perlu diambil kira, bukan macam Mat Sabu menubuhkan PAN, bukan macam Wan Azizah menubuhkan KEADILAN, hanya berhimpun di Dataran Merdeka maka tertubuhlah sebuah parti yang hari ini lebih gagal mentadbir negeri Selangor.

Tapi apa nak buat, dah memang perangai puak pembangkang akan membangkang walau pun berkenaan dengan perkara yang baik.



Tiada ulasan: