Selasa, 9 Ogos 2016

PREMIUM TANAH BAKAL DINAIKKAN UNTUK PPR @NajibRazak @nohomar #scs14

Menteri KPKT, Tan Sri Noh mengatakan bahawa kerajaan Selangor diminta supaya tidak menaikkan harga premium tanah untuk pembinaan rumah PPR di Selangor.

Baca DISINI..


Persoalannya hari ini, mau ke kerajaan Selangor menurunkan harga premium tanah bagi pembinaan rumah PPR di Selangor?

Sedangkan nak bina balai bomba yang sudah terang terangan untuk kemudahan rakyat pun dinaikkan sehingga premium tanah tersebut mencecah RM 4 juta sedangkan pembinaan balai bomba tersebut bernilai RM 3 juta.

Azmin Ali pernah mengatakan bahawa premium yang dikenakan adalah amat berpatutan dan ianya adalah mengikut harga pasaran.

Yang menjadi kesalan ialah, Selangor pernah di tadbir oleh kerajaan Barisan Nasional dan pembinaan PPR atau PPRT tidak menjadi masalah kerana dimasa itu, kerajaan Barisan Nasional mengambil pendekatan mengurangkan harga premium tanah bagi memenuhi keperluan rakyat.

Sangkakala tak nampak yang kerajaan Selangor akan memberikan pengecualian kepada kerajaan pusat walaupun ianya untuk keperluan rakyat.



Tiada ulasan: