Jumaat, 22 Mei 2015

HANYA DI SELANGOR !!! MOHON NAIK GAJI DAPAT SURAT BERHENTI

Masih ingat lagi kisah seorang ustaz yang merayu agar kerajaan Selangor menunaikan janji sebelum pilihanraya dengan menaikkan gaji guru guru KAFA yang berjumlah lebih 6 ribu orang di Selangor? 

Semalam secara rasminya beliau telah menerima surat pemecatan akibat daripada rayuan yang dikemukakan kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri.


Semasa ustaz ini pergi ke bangunan SUK, beliau telah dihalang untuk berjumpa dengan Menteri Besar dan gagal menyerahkan surat rayuan yang mewakili semua guru guru KAFA seluruh negeri Selangor untuk menuntut kenaikan gaji.

Tapi selepas itu Azmin Ali selaku Menteri Besar mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa ustaz ini datang untuk berjumpa dengan beliau dan Azmin mengatakan bahawa jika dia tahu ustaz ini datang, beliau sendiri akan menerima kunjungan tersebut.

Persoalannya, jika benar Azmin ikhlas mengatakan seperti apa yang dinyatakan, kenapa ustaz ini menerima notis berhenti dari mengajar? 

Tapi seperti biasa, kita tahu bahawa Azmin hanya bermain dalam ruang lingkup politik semata mata dan ayat yang dikeluarkan oleh beliau hanya untuk menjadi halwa telinga.

Akhirnya nanti, apabila pilihanraya umum yang akan datang sudah hampir, Azmin akan memberikan kelulusan kenaikan gaji demi untuk meraih undi dari golongan guru guru KAFA.

Apa yang pasti, janji yang dibuat sebelum pilihanraya umum yang lepas, tidak akan ditunaikan dalam masa terdekat kerana guru guru KAFA ini tidak akan memberikan apa apa sumbangan kepada kerajaan negeri.

Inilah yang akan berlaku dan terus berlaku di Selangor dan guru guru ini tetap akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 1300 itu pun setelah ditambah dengan elaun dari kerajaan pusat sebanyak RM 800 sedangkan kadar gaji atau pendapatan garis kemiskinan sebanyak RM 1500 sebulan.


Tiada ulasan: