Ahad, 17 Mei 2015

@datosahol KESILAPAN PELAJAR SELFIE DALAM KONVOKESYEN PERLU DIMAAFKAN

Dalam akhbar hari ini ada didedahkan seorang pelajar jurusan fotographi yang digantung selama 2 tahun pengajian setelah didapati mengambil gambar 'SELFIE' semasa majlis Konvokasion di UITM.


Bagi Sangkakala, tak perlu pelajar ini digantung selama 2 tahun memandangkan beliau telah pun menerima diploma dalam bidang pelajaran yang diikuti dan satu lagi, pelajar ini telah menyatakan bahawa beliau tidak tahu dalam majlis tersebut perbuatan itu adalah salah.

Jika kita perhatikan, pelajar ini mungkin terlalu taksub atau teruja apabila beliau berjaya menamatkan pengajian di sebuah Universiti tempatan dan berjaya dalam pengajian yang beliau ikuti.

Jika dilihat dari sudut lain pula, Sangkakala berpendapat tindakan tidak sengaja ini adalah lebih kepada kes terpencil dan amaran sudah memadai jika diberikan kepada pelajar tersebut dan pelajar akan datang diberikan pengetahuan bahawa tindakan mengambil gambar sendiri (SELFIE) ini adalah salah supaya tidak lagi menjadi ikutan dimasa akan datang.

Kita juga dapat melihat bahawa banyak gambar gambar yang memburukkan kerajaan dan menghina seseorang pemimpi  tapi ianya akan dibiarkan begitu sahaja tapi kes pelajar ini lain dan beliau telah pun menyatakan bahawa kesilapan tersebut berlaku kerana beliau tidak tahu ianya menjadi satu kesalahan.

Dengan penggantungan ini, bukan sahaja pelajar berkenaan menerima tekanan, malah kaum keluarga juga mungkin akan mendapat tekanan yang sama.

Sangkakala nyatakan disini cukup sekiranya pelajar ini diberi amaran dan pelajar akan datang diberikan amaran keras agar tidak melakukan kesilapan sama dimasa mendatang.

Mungkin pihak Universiti mempunyai pendapat yang berbeza tapi tak salah jika ianya dikaji semula demi kepentingan pelajar ini.



Tiada ulasan: