Selasa, 9 Disember 2014

TAJUK AKHBAR MENGELIRUKAN !! HANYA KERANA NAK LARISKAN PERNIAGAAN

Nampaknya pihak penerbit surat khabar pun tak sensitif dengan isu yang nak dimainkan dalam akhbar mereka, adakah ini bermakna mereka hanya mementingkan perniagaan dan hanya untuk menghangatkan berita di dada akhbar yang diterbitkan?


Tajuk akhbar dalam Berita Harian jelas menunjukkan tajuk 'SEORANG LAGI MILITAN KITA MAUT'.

Persoalannya, bila Malaysia menghantar militan hingga perkataan 'KITA' tu wujud?

Setahu Sangkakala, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak menyokong mana mana individu rakyat Malaysia yang bertindak menjadi gerila untuk berperang di mana mana sahaja dan kita ( Malaysia) mengutuk sekeras kerasnya tindakan yang diambil oleh mereka mereka ini.

Bagi Sangkakala, penggunaan ayat yang digunakan oleh akhbar ini akan mencerminkan bahawa kerajaan Malaysia seolah olah menaja mereka (militan) ini untuk pergi berperang dan ini akan memberikan persepsi buruk terhadap negara.

Sangkakala harap agar pihak yang bertanggungjawab tampil untuk membuat penjelasan atau membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta kerajaan sekiranya mereka merasakan bahawa telah berlaku kesilapan dalam penggunaan bahasa tersebut.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kali ni aku sokong ayat sangkakala....

Tanpa Nama berkata...

Setuju...