Ahad, 14 Disember 2014

ZAHID HAMIDI SEDARKAN GUAN ENG

Nampaknya Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa beliau memberi kebenaran kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah telah mendapat respon dari Menteri Dalam Negeri.


Yb Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa Guan Eng tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan berkenaan penggunaan kalimah Allah.

Mungkin selama ni Guan Eng merasakan bahawa beliau mempunyai kuasa penuh terhadap negeri Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan dan beliau terlupa bahawa Negeri yang tidak mempunyai Sultan berada di bawah naungan DYMM Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agung.

Peruntukan penggunaan kalimah Allah telah ditetapkan hanya untuk orang Islam dan ianya juga telah di fatwakan.

Adakah Guan Eng sengaja mahu mencabar Institusi Raja yang selama ini menjaga kepentingan agama Islam?

Tapi dari segi politiknya, PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa mereka memperjuangkan agama Islam langsung tidak berani bersuara untuk mempertahankan kalimah tersebut dan PAS dilihat pada hari ini sengaja diam membisu seribu bahasa.

Adakah PAS hanya mementingkan politik serta kuasa dan membiarkan hal hal berkaitan dengan agama dipermain main kan oleh DAP?

Jelas PAS tidak mampu mempertahankan Islam dan kata kata mereka memperjuangkan serta mempertahankan Islam hanyalah gimik politik semata mata.


1 ulasan:

Din Tungau berkata...

Ni sumer POYO! Kah kah kah...