Selasa, 9 Disember 2014

#bangang ADUN PAS DAKWA EXCO KERAJAAN BAWA SAMSENG LAWAT KAWASAN

Memang tepat kalau ada yang mengatakan bahawa PR dan samseng berpisah tiada, ini bukan Sangkakala yang cakap, tapi ADUN dari PAS sendiri yang maklumkan dalam sidang DUN baru baru ni.

ADUN Meru naik angin apabila EXCO kerajaan negeri tidak memaklumkan kepada beliau tentang kehadiran EXCO berkenaan ke kawasan Meru dan dilaporkan di dalam akhbar berbahasa tamil.

Klik gambar untuk video

Sejak dari dulu kita asyik mendengar bahawa Pakatan Pembangkang tidak lekang dari insiden yang melibatkan gaya ala ala samseng hinggakan pergaduhan juga terlihat dalam pemilihan PKR sampai ada yang mengalami kecederaan.


Pelabagai spekulasi dibuat untuk menyalahkan pihak Barisan Nasional kononnya Barisan Nasional yang menjadi dalang hingga mengakibatkan pergaduhan dalam pemilihan tersebut tapi kali ini ianya didedahkan sendiri oleh ADUN dari PAS yang turut sama dalam PR.

Adakah YB Rani juga merupakan orang UMNO atau Barisan Nasional? Hingga mengatakan EXCO kerajaan Selangor ini membawa samseng apabila melawat kawasan beliau?

Pembaca boleh nilaikan sendiri bagaimana ADUN PAS ini tidak berpuas hati dengan tindakan atau pendekatan yang dilakukan oleh EXCO kerajaan negeri Selangor dan adakah ini yang mampu untuk mengharmonikan keadaan di Selangor jika EXCO kerajaan mendampingi samseng dalam menjalankan tugasan mereka?



Tiada ulasan: