Selasa, 16 Disember 2014

#haramjadah BELUM MATI DAH TUNTUT PUSAKA

Begitulah malangnya nasib seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Sebelum ini Anwar berhasrat untuk menjadi ADUN kawasan Kajang namun terbantut disebabkan kes liwat beliau didengarkan di mahkamah.

Lepas itu letak pula isteri beliau sebagai calun di Kajang dan seterusnya ingin menjadikan isteri beliau sebagai Menteri Besar dan bermulalah episod menghentam Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar pada ketika itu.

Namun sekali lagi berlaku kekecewaan dalam hidup Anwar Ibrahim apabila Wan Azizah tidak mendapat sokongan majoriti ADUN tetapi sokongan diberikan pula kepada Azmin Ali maka dinobatkanlah Azmin sebagai Menteri Besar yang baru.

Belum reda dengan kes berkenaan kini Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Nampaknya Azmin seolah olah mendoakan agar Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat dan akhirnya dihumban ke dalam penjara dan seterusnya beliau akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Begitulah besar hajat seorang lelaki bernama Azmin Ali yang ketika ini sedang bergembira dengan kejayaannya merampas negeri Selangor dari tangan Khalid Ibrahim tanpa perlu bersusah payah.

Sangkakala lihat Azmin kini mula mencatur permainan politik dengan memijak sesiapa sahaja demi untuk mencapai maksud serta keinginan beliau.

Belum mati (kena penjara) Anwar Ibrahim, Azmin dah berkira nak jadi Ketua Pembangkang.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu dia buat kat orang sekarang anak didik dia sendiri buat kat dia nampaknya Allah balas di dunia lagi

Mazlan berkata...

Allah bagi cash Kat KETUM