Khamis, 13 Mac 2014

POLITIK | #PRKKajang #WAWI4kajang CALON KITAR SEMULA BUKTI PKR MAKIN PARAH @tunfaisal

Sejak hari penamaan calon lagi sudah heboh diperkatakan tentang calon kitar semula yang digunakan oleh pakatan pembangkang dalam pilihanraya N25 Kajang.


Bermula di Permatang Pauh, Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana kononnya untuk memberikan tumpuan kepada keluarga, anak anak dan cucu beliau.

Kini dalam PRK Kajang pula, Wan Azizah telah diletakkan sebagai calon untuk ADUN menggantikan Lee Chin Cheh yang dipaksa meletakkan jawatan beliau.

Jadi apa makna semua permainan yang dilakukan oleh pakatan selama ni? Adakah pakatan pembangkang khususnya PKR sudah tidak mempunyai pemimpin untuk diketengahkan sebagai calon?

Macam yang Sangkakala tulis baru baru ini, Anwar telah menidakkan kepimpinan orang cina berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional yang masih mengekalkan tradisi untuk meletakkan Calon dari kaum Cina bagi mewakili suara kaum tersebut.

Ada juga ura ura yang disebut oleh pakatan pembangkang bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun tidak mampu untuk mengurus tadbir kawasan DUN Kajang sebenarnya langsung tidak tepat.

Mempertikaikan bahawa tiada dikalangan Menteri yang mewakili kaum tersebut, Sangkakala berani mengatakan bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun mampu berurusan terus dengan Perdana Menteri memandangkan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen dan pernah menjadi Timbalan Menteri serta Setiausaha Parlimen satu masa dulu.


Berbeza pula dengan Wan Azizah yang mengeluarkan beberapa menifesto seolah olah negeri Selangor ditadbir oleh parti lain sedanhkan Menteri Besar adalah salah seorang pemimpin dalam parti PKR.

Dengan mengeluarkan menifesto seperti manyelesaikan masalah sampah fan sebagainya, Wan Azizah sebenarnya gagal mengurus tadbir parti beliau dalam menangani permasaalahan rakyat.

Sepatutnya menifesto untuk meyelesaikan masalah sampah akan di Kajang tidak timbul jika Wan Azizah selama ini mengambil berat tentang permasalahan rakyat dibawah pentadbiran parti beliau.

Seperti yang telah lepas, Menteri Besar Selangor sendiri pernah mengatakan bahawa menifesto bukan satu janji membuatkan rakyat akan tertanya tanya dan seterusnya menjadi mangsa keadaan dan kepincangan kepimpinan kerajaan Selangor.

Jadi, untuk keselesaan rakyat dimasa mendatang, Sangkakala rasa Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon terbaik untuk menjadi ADUN di Kawasan N25 DUN Kajang.


Tiada ulasan: