Khamis, 27 Mac 2014

#MH370 CEO MAS TAK PERLU LETAK JAWATAN

Insiden kehilangan pesawat MAS MH370 dan dilaporkan telah menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi dikatakan telah membuatkan CEO Syarikat Penerbangan Malaysia meletakkan jawatan.

Ahmad Jauhari Yahya dikatakan meletakkan jawatan ekoran kejadian tersebut dan bagi Sangkakala ianya tidak patut dilakukan oleh beliau.


Bagi Sangkakala, insiden ini bukanlah salah sesiapa dan tidak sepatutnya kita menyalahkan sesiapa sehinggalah kita semua terutamanya pihak kerajaan mengetahui apa punca sebenar pesawat tersebut melencong dari laluan asal hingga dikatakan tenggelam atau menamatkan penerbangan di Lautan Hindi.

Jadi disini tidak perlu CEO MAS meletakkan jawatan kerana kita semua perlu mengambil pendekatan menerima takdir Allah SWT yang menentukan ajal maut manusia dan segala kejadian di muka bumi.

Bukan hanya MAS yang mengalami kemalangan sedemikian malahan banyak lagi syarikat penerbangan yang kehilangan pesawat dan terhempas melibatkan kehilangan nyawa.

MAS adalah syarikat penerbangan terbaik yang ada di rantau ini dan penyelenggaraan pesawat MAS telah mendapat pujian di serata dunia hingga negara negara yang mempunyai syarikat penerbangan besar juga meminta khidmat nasihat daripada penyelenggara pesawat negara ini.

Bagi kategori juruterbang pula, Sangkakala dengar banyak syarikat yang mencuri curi peluang sekiranya ada untuk menawarkan pekerjaan kepada juruterbang MAS dan ini terbukti bahawa MAS mempunyai sebaik baik perkhidmatan penerbangan.

Jadi kni sebenarnya adalah kekuatan yang ditunjukkan oleh MAS dan kemalangan seperti ini macam Sangkakala katakan tadi adalag ketentuan illahi.

Sekiranya sesiapa juga meletakkan jawatan ekoran kehilangan pesawat MH370 ianya tidak dapat mengubah apa apa dan untuk mengembalikan pesawat tersebut adalah mustahil.

Apa yang perlu kita semua lakukan sekarang ialah berdoa agar kotak hitam yang merakam segala pergerakan dan perbualan diantara juruterbang dengan pembantunya ditemui supaya segala misteri tentang pesawat ini dapat dirungkaikan.

Dan kepada mereka yang bijak pandai terutamanya pihak pembangkang yang mengatakan itu dan ini tentang pesawat malang ini, Sangkakala berani mengatakan bahawa kamu semua yidak membantu malah memburukkan lagi keadaan sedia ada.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AJ perlu letak jawatan setelah semuanya selesai.. He has dont his part sebagai CEO MAS dlm keadaan bencana begini. Kita sangat terhutang budi pada AJ kerana telah mwnjalankan tjawab dgn baik. MAS is a business entity. We need to recover. Ultimately he should hand over to someone competent to enable MAS to recover n move forward. A new leader would be needed to turnaround n restructure MAS.

Tanpa Nama berkata...

AJ perlu letak jawatan setelah semuanya selesai.. He has done his part dgn baik sebagai CEO MAS dlm keadaan bencana begini. Kita sangat terhutang budi pada AJ kerana telah mwnjalankan tjawab dgn baik. MAS is a business entity. We need to recover. Ultimately he should hand over to someone competent to enable MAS to recover n move forward. A new leader would be needed to turnaround n restructure MAS.

Tanpa Nama berkata...

AJ perlu letak jawatan setelah semuanya selesai.. He has done his part sebagai CEO MAS dlm keadaan bencana begini. Kita sangat terhutang budi pada AJ kerana telah mwnjalankan tjawab dgn baik. MAS is a business entity. We need to recover. Ultimately he should hand over to someone competent to enable MAS to recover n move forward. A new leader would be needed to turnaround n restructure MAS.

Unknown berkata...

Qolu bala'...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SolitaireHunter berkata...

Sala Sangkakalajari9

Kesatuan kakitangan MAS di ketahui tidak pernah setuju dengan mana-mana CEO yg kerajaan lantik. Dengan AJ pun mereka tidak mahu. Mari kita tengok barangkali banyak bencana berlaku kepada pesawat mungkin juga tindak balas ahli kesatuan sebagai tanda protes. Kerajaan mungkin boleh siasat dari sudut ini..