Sabtu, 18 Ogos 2012

DIMANA KEPIMPINAN MELAYU DALAM DAP

Sangkakala menerima komen dari seorang sahabat apabila Sangkakala mengeluarkan artikel tentang Yb Nasharudin baru-baru ini.

Komen tersebut berbunyi
Saya merujuk kepada surat terbuka Ahli Pas dari Melaka kepada Ustaz Nasa. Saya tulisan Ahli PAS tersebut adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS. Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion' dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan bertentangan. Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah orang Islam, penjenamaan semula negara islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penentangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP. Seperkara lagi saya mohon jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah `confuse', penyokong PAS akan lebih `confuse' dan tukar sokongan)dalam semua perkara. Ketua Pemuda ketika berdebat mengatakan DAP sudah bersedia berlembut dan berbincang dengan PAS dalam hal hudud. Ketua Dewan Ulamak pula berkata DAP sudah setuju melaksanakan hudud. Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Pembohongan begini dilaknati Allah dan boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan.
Saya tidak berhasrat bercakap mengenai sangka buruk oleh pimpinan PAS (termasuk Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad)terhadap Ustaz Nasa yang berada di Mekah bersama PM Najib untuk penyatuan ummah Islam di dunia. Beliau sedang bertugas disana. Biarlah Ustaz Nasa memainkan peranan di sana kerana di Malaysia, sumbangan beliau tidak diperlukan serta dah terlalu ramai player.Cubalah memperbaiki keadaan.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Sangkakala tertarik juga dengan komen yang diberikan.

Namun apa yang Sangkakala ingin nyatakan disini ialah, kemana pergi kepimpinan Melayu dalam DAP?

Sangkakala tidak melihat ada kepimpinan Melayu Islam dalam DAP yang berani untuk menegur keceluparan Presiden DAP yang menyanggah setiap kali isu hudud di timbulkan oleh PAS.

Adakah kepimpinan Melayu ini takut untuk memperjuangkan saranan sahabat parti mereka sendiri?

Ini semua perlukan jawapan dari pihak kepimpinan Melayu DAP, kenapa, mengapa, sebab apa, hanya mereka yang lebih tahu.

Tiada ulasan: