Khamis, 2 Ogos 2012

DAP SUDAH MULA BERMULUT LANCANG TERHADAP PAS


Benarkah DAP benar-benar ikhlas terhadap penyatuan mereka bersama-sama dengan PAS yang selama ini mengatakan mereka akan memperjuangkan islam dalam negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh mengatakan bahawa sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan itu kata-kata Karpal Singh.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin itu juga kata-kata beliau.

Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan ujar beliau.
 
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal.

Dengan kenyataan yang ada diatas, kita dapat membaca bahawa DAP hanya menggunakan PAS dalam usaha untuk mereka mendapat kuasa memrintah, tidak lebih dari itu dan mereka tidak kana berkompromi dengan PAS setelah apa yang dihajati oleh mereka terlaksana.

Tiada ulasan: