Rabu, 15 Ogos 2012

APABILA SUDAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI



Sangakakala terkejut apabila membaca satu artikel dalam Malaysiakini hari ini, manakan tidak, Musyidul Am PAS mengatakan lebih baik Nasharudin Mat Isa keluar dari Parti.

Kenapa Nik Aziz sanggup berkata begitu? Bukankah satu masa dulu beliau adalah salah seorang pemimpin dalam PAS dan disegani?

Kenapa kini beliau dikatakan lebih baik keluar dari PAS?

Mungkin Nasharudin sudah tidak berguna lagi didalam PAS dan sudah tiba masanya beliau dihalau keluar dari parti tersebut.

Kesian juga nasib yang menimpa Nasharudin, mungkinkah ianya sama dengan nasib pemimpin-pemimpin lain yang tidak disenangi oleh komponen Pakatan Haram mereka.

Mungkin Nasharudin perlu memikirkan perkara ini sebelum ianya menjadi kemudaratan dalam karier politik beliau dimasa akan datang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekadar pandangan...

Saya merujuk kepada surat terbuka Ahli Pas dari Melaka kepada Ustaz Nasa. Saya tulisan Ahli PAS tersebut adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS. Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion' dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan bertentangan. Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah orang Islam, penjenamaan semula negara islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penentangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP. Seperkara lagi saya mohon jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah `confuse', penyokong PAS akan lebih `confuse' dan tukar sokongan)dalam semua perkara. Ketua Pemuda ketika berdebat mengatakan DAP sudah bersedia berlembut dan berbincang dengan PAS dalam hal hudud. Ketua Dewan Ulamak pula berkata DAP sudah setuju melaksanakan hudud. Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Pembohongan begini dilaknati Allah dan boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan.
Saya tidak berhasrat bercakap mengenai sangka buruk oleh pimpinan PAS (termasuk Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad)terhadap Ustaz Nasa yang berada di Mekah bersama PM Najib untuk penyatuan ummah Islam di dunia. Beliau sedang bertugas disana. Biarlah Ustaz Nasa memainkan peranan di sana kerana di Malaysia, sumbangan beliau tidak diperlukan serta dah terlalu ramai player.Cubalah memperbaiki keadaan.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com