Isnin, 2 April 2012

DIN PUDU TERSALAH KEM

Salahuddin Ayub atau Din Pudu nampaknya tersalah kem kali ni, oleh kerana terlalu kemaruk untuk mengejar kawasan Parlimen, beliau terlupa agaknya bahawa parlimen Muar yang kini dimiliki oleh UMNO adalah kawasan parlimen PKR.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga merupakan ahli parlimen Muar, Dato' Razali Haji Ibrahim berkata, "tidak mungkin PKR akan melepaskan kerusi kawasan tersebut kepada PAS melainkan Din Pudu menyertai PKR untuk bertanding."

Din Pudu yang kini menjadi ahli parlimen bagi kawasan parlimen Kubang Kerian di Kelantan sememangnya anak jati Johor tetapi tidak diterima oleh anak-anak atau pengundi negeri itu kerana sikap dan perangai buruk beliau hingga mendapat gelaran Din Pudu.

Beliau dikatakan pernah ditangkap khalwat di sebuah hotel di kawasan Pudu suatu masa dulu hingga mendapat gelaran Din Pudu tersebut.

Apa yang penting kini, anak-anak Johor sendiri yang selama ini telah terbukti bersama-sama dalam membantu kerajaan dalam peningkatan serta penaikkan ekonomi negeri itu perlu menolak secara total dengan kehadiran Din Pudu sebagai calon ahli parlimen, ini kerana kawasan Kubang Kerian tidak mempunyai apa-apa kemajuan selama di pegang oleh Din Pudu, dan janganlah perkara tersebut terjadi pula di Johor.




Pssttt..lepas ni nak kena gelar Din apa pulak agaknya?





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: