Ahad, 29 April 2012

AMARAN DARI ANGKATAN TENTERA LAUT

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) meminta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengaitkan pasukan tentera dengan dakwaan komplot rampasan kuasa tanpa sebarang bukti.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu perlu menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya memandangkan beliau telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Jangan libatkan kami dalam perkara begini. Memandangkan beliau telah buat kenyataan, beliau perlu tunjukkan bukti. Kalau tidak, jangan undi dia.

"Ada laporan polis dibuat terhadap beliau dan biarlah pihak berkuasa siasat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Projek Jiwa Murni Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pembaikan Jeti Kampung Masjid di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya Ahad lalu, mengeluarkan kenyataan kononnya Perdana Menteri ada mengadakan pertemuan dengan para pemimpin tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perak itu juga menegaskan bahawa beliau bukan membuat dakwaan tetapi mahu mengetahui sama ada maklumat tersebut benar atau sebaliknya.

Ketika dihubungi pemberita semalam, Mohammad Nizar menyatakan beliau mendapat maklumat mengenai perkara tersebut daripada pegawai TLDM ketika mereka bertemu dalam beberapa program masyarakat di kawasannya serta sekitar Manjung.

Ditanya mengenai dakwaan Mohammad Nizar itu, Abdul Aziz menegaskan, pemimpin tersebut tidak wajar membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Beliau perlu menunjukkan bukti atau setidak-tidaknya mendedahkan identiti pegawai tentera yang dimaksudkannya," tegas beliau.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nizar tu bangsanya cina..cina bangsa sama yahudi tak boleh dipercayai...sekarang nak halau melayu..tak guna buat baik..malangnya melayu tak sedar sedar lagi..