Sabtu, 30 April 2011

TERUK ANWAR KALI NI




Adalah amat memalukan apabila AMK telah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya berlaku tambahan pula di dalam masjid yang selama ini terpelihara kesuciannya.




Hanya kerana Datuk Eskay ingin membuktikan bahawa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan keji maka kesucian masjid dicemari oleh AMK. Bukan terlalu sukar untuk kita mencari kebenaran. Hanya dengan sumpah laknat maka terpadamlah kesangsian masyarakat tentang kesahihan sesebuah cerita jika itu di anggap fitnah.
Tapi pelik juga, apabila DS Anwar Ibrahim enggan untuk melakukan sumpah laknat dengan mengatakan bahawa orang yang ingin melakukan sumpah laknat haruslah tidak meminum arak, tidak berzina dan bebas dari melakukan sebarang dosa-dosa besar.
Adakah dengan kenyataan ini telah terbukti bahawa DS Anwar telah melakukan dosa-dosa besar, melakukan zina atau meminum arak sehingga beliau tidak boleh melakukan sumpah laknat.
Rakyat hari ini berfikir sekali lagi, tak lama dulu Saiful telah melakukan sumpah laknat dengan mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim telah meliwat beliau dan apabila Ds Anwar di minta untuk melakukan pekara yang sama, DS Anwar juga enggan berbuat demikian.
Kini terjadi sekali lagi, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz juga telah memberi saranan supaya DS Anwar melakukan sumpah laknat sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat dalam kes liwat Saiful. Tapi saranan tersebut tidak diambil perduli.
Kenyataan setiausaha Agung pula yang berbunyi PAS akan mengkaji semula untuk terus bersama PKR dan DAP dalam pakatan rakyat telah menimbulkan kemarahan Timb. Presiden PKR. Pada saya, kenyataan yang di keluarkan oleh Setiausaha agung PAS itu adalah benar, kerana PAS selama ini adalah parti yang membawa perjuangan islam dalam agenda politiknya.
Adakah Azmin merasa tertekan kerana beliau memandangkan kegelapan masa depan PKR jika PAS tidak lagi mahu bersekongkol dalam pakatan rakyat setelah terbukti DS Anwar adalah orang yang didakwa dodalam video klip tersebut.
Jadi kepada seluruh pengikut-pengikut PAS dan PKR, fikir-fikirkanlah untuk terus menyokong Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin jika terbukti kepincangannya jangan orang ini diambil sebagai khalifah atau pemimpin bukan sahaja bagi sebuah Negara, malah juga untuk memimpin sesuatu kaum juga adalah tidak layak.
Tahniah diucapkan kepada Datu Eskay kerana berani melakukan sumpah laknat semata-mata untuk membuktikan kebenaran.     

Tiada ulasan: