Rabu, 6 April 2011

Ketua UMNO Cawangan Terlampau

Pada 3 april hari tu, saya pergi untuk melihat mesyuarat agung UMNO cawangan di salah satu cawangan dalam satu bahagian di Wilayah Persekutuan, Alhamdulillah dari apa yang saya tengok semua berjalan dengan lancar.
Seperti biasa ucapan aluan telah di lakukan oleh ketua cawangan tersebut yang mana telah begitu banyak memuji akan hasil kerja ketua bahagian yang turut hadir pada malam itu. Saya Nampak satu kombinasi yang baik diantara cawangan dan bahagian.
Ucapan perasmian pula telah disempurnakan oleh ketua bahagian itu sendiri, dengan penuh semangat beliau telah memuji ketua cawangan yang begitu kuat serta gigih berusaha dalam mendapatkan tanah setinggan yang mereka diami.
Ketua bahagian juga saya tengok begitu semangat dalam memberi nasihat kepada semua ahli berhubung dengan penempatan mereka, begitu juga dalam usaha untuk mencari pengundi-pengundi baru di sekitar bahagian demi membantu parti BN dalam pilihanraya akan datang.saya Nampak kepala ketua cawangan terangguk-angguk menandakan setuju untuk melakukan kerjasama diantara cawangan dan bahagian
Masa jamuan makan juga saya lihat ketua cawangan tak lekang dengan ketua bahagian. Wah!! Pada pendapat saya alangkah baiknya ketua cawangan ni dengan ketua bahagian tersebut.
Sampailah masa mesyuarat dijalankan, saya lihat begitu aman dan makmur. Banyak pendapat dan pandangan walau pun pada saya pandangan yang diberikan tidak masuk akal, tapi itu di kira cukup baik sebab ada hubungan diantara cawangan serta ahli di cawangan tersebut.
Sampailah pula ucapan penangguhan, alangkah terkejutnya saya bila mendengar ucapan penangguhan dari ketua cawangan, beliau mengatakan bahawa beliau seakan kurang yakin dengan dakwaan bahawa ketua bahagian yang nampaknya begitu baik dengan dia tadi ada berjumpa dengan Menteri Wilayah untuk menyelesaikan isu tanah setinggan yang mereka diami sekarang ni. Apa yang lebih mengejutkan bila dia berucap sambil memberi cadangan dihadapan ahli cawangan untuk meminta ketua bahagian bercakap dengan Menteri Wilayah di hadapan mereka semua, dan jika ketua bahagian enggan atau tidak bercakap bagi mendapatkan tanah mereka maka semua ahli kena faham-fahamlah. Ayat beliau lebih kurang begini “kita akan minta Datuk ………….. untuk bercakap dengan Menteri Wilayah tentang tanah kita ni, kalau dia tak boleh atau taknak becakap rasanya tuan2 dan puan2 kena faham-faham lah”..Aduh!! tersentak saya sekejap bila dia cakap macam tu. Dan dia berkata lagi lebih kurang begini “ kita yang pilih Menteri Wilayah ni, kalau rasa dia tak boleh nak selesaikan masalah tanah kita kat sini, pun tuan2 dan puan2 kena faham2 lah”.
Ini ke ketua cawangan yang boleh memimpin cawangan dengan baik.,bermuka2 dan hipokrit..bila di depan puji melangit, bila di belakang kutuk sampai hangit, bikan kataa ketua bahagian je yang kena, menteri pun kena juga. Kalaulah menteri wilayah dengan apa yang dia kata ni. Alangkah kecewanya beliau. Kalau saya ketua bahagian ni rasanya dah lama terbang jawatan ketua cawangan ni. Apa yang menyedihkan jawatan AJK bahagian yang di sandang oleh ketua cawangan ni pun di lantik oleh ketua bahagian ni. Tak ke kacang lupakan kulit namanya tu. Sungguh malang ketua bahagian bila dapat ketua cawangan yang mcm ni. Harap2 takde lagi lah ketua cawangan yang macam ni di tempat lain. Berjuanglah dengan ikhlas wahai ketua cawangan. Jangan jadi hipokrit.

Tiada ulasan: