Sabtu, 23 April 2011

BETUL KE PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT?

Hari ini ramai pemimpin PAS berbangga dengan kedudukan mereka didalam Pakatan Pembangkang dengan mengatakan bahawa mereka layak untuk menjadi pemimpin tertinggi jika Pembangkang berjaya menjadi kerajaan. Boleh ke PKR dan DAP memberI laluan yang begitu mudah terhadap PAS? Adakah PAS mampu untuk melaksanakan agenda yang di katakana oleh mereka selama ini untuk menubuhkan sebuah Negara islam yang menjalankan hukum hudud?
Rasanya PAS akan tetap menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR kerana selama ini PAS mempunyai pengikut yang ramai dikalangan orang-orang melayu, sedangkan DAP pula hanya ada segelintir pengikut. PKR pula hanya sebuah Parti yang lebih kepada unsur-unsur membalas dendam, dendam diantara Anwar Ibrahim dengan UMNO setelah rahsianya terbongkar.
Seperti yang kita lihat di PRN Sarawak baru-baru ini, PKR menang, DAP pun menang, tapi apa jadi dengan kerusi-kerusi yang PAS pertandingkan, semua mengalami kekalahan dan PAS masih lagi tidak melihat akan keadaan ini. PAS tidak ubah seperti  Pak Kaduk yang mempertaruhkan ayam laganya di tengah gelanggang dengan mempertaruhkan maruah agama islam. Kalau betul PKR dan DAP membantu PAS dalam Pilihanraya maka PAS tidak akan mengalami kekalahan. Atau mungkin juga cara pengagihan kerusi pembangkang, DAP dan PKR memang sengaja meletakkan PAS di tempat yang mereka rasakan mereka akan kalah dan jika PKR atau DAP di letakkan di tempat-tempat ini maka PKR atau DAP juga akan mengalami kekalahan dan ini tidak baik untuk agenda politik mereka. 
Alangkah malunya bila 5 kerusi habis kalah kesemuanya. Sedangkan DAP dan PKR meraikan kemenangan mereka. Ada juga kedengaran sekarang ni bahawa PKR dan DAP sudah mula merasakan bahawa PAS menjadi libiliti kepada Pakatan Pembangkang.
Yang sangakakala nampak, satu hari nanti PAS akan ditinggalkan oleh PKR dan DAP. Apa akan jadi dengan pengikut-pengikut PAS yang selama ini begitu taksub dengan cara mempertahankan Pakatan Pembangkang. Mereka juga mengatakan bahawa tidak ada masalah langsung untuk mengikuti DAP dan PKR. Tapi percayalah bahawasatu hari nanti PAS akan menyesal dan pengikut-pengikut PAS akan merasa malu untuk berhadapan dengan anak cucu mereka sendiri. Jadi nasihat sangkakala kepada semua rakyat Malaysia supaya fikir-fikirkanlah siapa yang layak untuk menjadi kerajaan.

Tiada ulasan: