Sabtu, 23 April 2011

KENAPA KELANTAN TAKDE AIR

Isu bekalan air bersih di Kelantan telah berlanjutan selama hampir 21 tahun, tahun lepas Pengerusi Jawatan kuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata masalah ini akan selesai selewat-lewatnya tahun 2027 nanti.
Kalau nak diikutkan, kerajaan pusat telah memberi pinjaman sebanyak RM 520 juta kepada kerajaan negeri Kelantan, tapi kerajaan Kelantan mengatakan Masih belum mencukupi. Pelik dan hairan, takkan langsung tak cukup untuk sebahagian negeri Kelantan dengan duit sebanyak tu.
Dengar cerita kakitangan Syarikat Air Kelantan SDN BHD juga telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap kepimpinan tertinggi AKSB. Kenapa boleh jadi macam tu. Apakah kerajaan negeri Kelantan memang sudah tidak mampu lagi mengurus tadbir bekalan air di Kelantan?
Jika kita perhatikan, sekiranya kerajaan Negeri Kelantan mengatakan bahawa rakyat Kelantan akan menikmati bekalan air bersih pada tahun 2027 adakah masa tu nanti Datuk Nik Aziz masih lagi menjadi MB Kelantan? Dan kenapa Kelantan memerlukan satu tempoh yang begitu lama iaitu hampir 40 tahun untuk menyelesaikan isu yang sebegini kecil?
Kepada rakyat Kelantan, diharap selepas ini jangan lah lagi memilih kerajaan yang hanya tahu berkata-kata, pilihlah kerajaan yang sentiasa melaksana..

Tiada ulasan: