Isnin, 4 Jun 2018

KESIAN !! KERAJAAN DAH BUAT PENEROKA MACAM PENGEMIS MEJNJELANG HARI LEBARAN @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Selalunya apabila menjelang hari raya puasa atau aidilfitri, seluruh peneroka Felda dan penjawat awam akan merasa gembira ekoran ada bonus atau duit raya yang akan diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka.

Namun pada tahun ini ianya bakal menjadi mimpi ngeri kepada peneroka felda yang tidak menerima duit raya dari kerajaan dan penjawat awam yang bukan sahaja hanya kurang duit raya malah ada yang ditamatkan perkhidmatan serta merta.

Seluruh peneroka felda kini sedang merayu kepada kerajaan Pakatan Harapan dengan harapan mereka ini akan diberikan duit untuk belanja raya.


Kerajaan Pakatan hari ini akan mencari helah demi helah dalam menunaikan janji yang mereka berikan dan segala apa yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu dihentikan atau dikurangkan jumlahnya dengan alasan bahawa hutang kerajaan tinggi.

Sangkakala nak maklumkan disini bahawa, dengan kenyataan hutang negara yang tinggi membuatkan kerajaan hari ini tidak mampu untuk memberikan duit belanja hari raya kepada peneroka adalah bukti bahawa mereka (kerajaan pakatan) tidak layak menerajui kerajaan.

Kerajaan Pakatan tidak mempu untuk menguruskan kewangan negara kerana semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah, negara juga mempunyai hutang tetapi masih mampu untuk memberikan bantuan berupa BR1M kepada rakyat dan pelbagai pembangunan rancak dijalankan.

Bagaimana sebuah kerajaan yang mempunyai seorang Perdana Menteri yang pernah menjadi Perdana Menteri sebelum ini selama 22 tahun tidak mampu menangani perkara tersebut?

Apa yang pasti hari ini, peneroka juga telah termakan gula gula yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Harapan kerana dapat kita lihat kalah di beberapa kawasan felda.

Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya, bersabar dan tunggulah 5 tahun yang mendatang.


Tiada ulasan: