Isnin, 18 Jun 2018

ASTAGHFIRULLAH !! ISLAM MAKIN TERPINGGIR DIBAWAH PEMERINTAHAN MAHATHIR @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Sudah dijangka dan kerap kali disebut sebelum pilihanraya umum yang lalu bahawa jika Pakatan memerintah maka keagungan agama Islam di Malaysia akan terhakis.

Perkara ini telah diterjemahkan dengan penangguhan projek projek pembinaan dan menaik taraf masjid di Pulau Pinang.


Empat buah projek diatas diluluskan pada zaman Barisan Nasional memerintah dan memang telah terbukti di zaman Barisan Nasional menjadi kerajaan, banyak masjid telah dinaik taraf dan ada juga pembinaan baharu demi keselesaan dan kemudahan orang Islam di negara ini.

Namun apabila Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tanggal 9 Mei 2018, projek projek sebegini ditangguhkan tanpa alasan munasabah.

Ada kemungkinan apabila diajukan soalan maka jawapan yang diberi ialah kemelut hutang negara yang tinggi sedangkan alasan berkenaan hanyalah alasan retorik oleh Mahathir dalam menuruti kehendak DAP yang menjadi parti dominan dalam pakatan.

Selepas ini ada kemungkinan projek projek berkaitan dengan masjid dan surau di seluruh negara akan di hentikan atau dikurangkan walaupun jelas dalam perlembagaan mengatakan bahawa agama Islam itu adalah agama persekutuan dan boleh didakwahkan serta mendapat peruntukan dari kerajaan.

Walau apa pun, rakyat Malaysia sudah memilih dan yang dipilih adalah sebuah kerajaan yang diberitakan akan menentang penyebaran agama Islam di Malaysia.



Tiada ulasan: