Rabu, 20 Jun 2018

JAHANAM !! PENCARUM KWSP BAKAL TERIMA BENCANA @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Dengan kerugian lebih RM 6 billion ringgit duit pencarum KWSP, sudah jelas menampakkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak mampu untuk mentadbir negara apatah lagi untuk membela nasib rakyat.

KWSP mengalami kerugian apabila saham dalam 10 buah syarikat merudum jatuh ekoran ketidak stabilan ekonomi dibawah pimpinan kerajaan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini laungan selamatkan Malaysia menjadi kegilaan kepada pengikut Mahathir nampaknya gagal apabila Guan Eng sebagai Menteri Kewangan gagal untuk menstabilkan bursa saham dan dengan beberapa polisi baharu membuatkan pelabur mengambil pendekatan menarik kembali pelaburan mereka.



Apa jawapan yang Mahathir akan berikan selepas ini? Adakah jawapannya akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional walaupun kerugian ini bermula selepas Pakatan mengambil alih tampuk pimpinan negara?

Apa yang pasti kini jika saham saham yang dipegang oleh KWSP terus menjunam akan memberikan satu bencana kepada pencarum yang mana wang mereka dipotong dari gaji dan majikan setiap bulan.

Dan jika ditakdirkan pula KWSP bankrap, maka kesemua wang pencarum juga akan lesap begitu sahaja dan siapa pula akan dipersalahkan selepas itu?


Tiada ulasan: