Sabtu, 16 Jun 2018

HUJAH ANAK MUDA YANG MENYOKONG @Zahid_Hamidi

5 hujah kenapa Saya sokong DS Ahmad Zahid Hamidi dan beliau layak sebagai Presiden UMNO.
1. Allah swt berfirman di dalam Surah Al Imran ayat 122-123

إِذْ هَمَّت طَّائِفَتَانِ مِنكُمْ أَن تَفْشَلَا وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) *terasa lemah semangat* (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) *kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.*

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya *Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan* dalam peperangan Badar, *sedang kamu berkeadaan lemah* (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Dengan latarbelakang agama yg kuat saya yakin DS Zahid pasti boleh bawa kita dekat dengan Allah swt dan mendalami erti perpaduan dalam Islam.


2. DS Zahid juga merupakan pemimpin yg ISTIQOMAH dan tak pernah mengkhianati Parti. Datang krisis 1988, krisis 1999 sehingga beliau dipaksa letak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia beliau tetap duduk dalam perjuangan UMNO, sedangkan ada pemimpin yg keluar parti utk berperang dengan UMNO.

3. Selepas kekalahan BN dalam PRU14 juga, beliau telah memain peranan paling utama utk memanggil semua Ahli Parlimen UMNO & rakan ahli parlimen yg bersama BN utk tetap bersama utk menaikkan semangat dan kekal dalam SATU PASUKAN.
(Bil ahli parlimen - UMNO 54; MIC -2; MCA - 1; )
Ini menjadi blok yg besar dan ini MENJADIKAN BLOK UMNO / BN ini kuat dan terbuka utk SEBARANG PERBINCANGAN!

4. Sebagai ahli politik yg berpengalaman DS Zahid juga mempunyai hubungan yg baik dengan Ds anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohammad dan menjadiKAN blok UMNO ini sebagai blok yang bawa KEMENANGAN kepada yg boleh bersetuju dgn terma kita.

5. Kalau tidak pun, gandingan DS Zahid, TS Anuar Musa, Ismail Sabri, Mahadir Khalid, Johari Ghani dan rakan2 lain dlm kepimpinan baharu umno akan membentuk pembangkang yg cukup kuat dalam parlimen sedangkan pasukan satu lagi cuma menamakan seorang lagi sahaja ahli parlimen..dan calon2 yg bergandingan adalah mereka yg tak boleh berbahas di dalam parlimen ekoran bukan sebagai ahli parlimen.

6. Selain itu juga saya percaya, kita perlu mendahulukan waras berbanding logik. Andai kita mahu, setiap persoalan, pertanyaan dan hujah kita lihat di Parlimen adalah perlu kita memilih pasukan waras iaitu Presiden, Timb dan Naib naib dikalangan ahli parlimen. Tp kalau kita hanya bersandarkan logik, maka bukan ahli parlimen juga memang molek kita pilih sebagai Naib Presiden jadi tidak perlu bersilat dalam parlimen. Nampak janggal.

7. Maka, saya lebih memilih waras dr logik. Dan saya yakin, setakat mana pun hujah ini, ia adalah tidak penting kerana saudara saudara saya dalam UMNO jauh lebih matang dan bijaksana menilai. Kita berada dalam saat yg amat sukar, sudah barang pasti sukar juga dalam menentukan sesuatu keputusan. Sepatutnya, kita bertanya pd masa, apakah tiada lagi muafakat dan kekitaan, sehingga tidak mampu lagu kita bermusyawarah? Bukankah itu tuntutan? Apatah lagi dikala kita dlm pincang dgn rebah di kiri dan kanan bahu kita.

8. Saya tidak mahu kita berpecah lagi kerana orang. Saya juga tidak perlu mengungkit sejarah parti ini yg melalui sumpah-sumpah perpecahan tatkala ada pertandingan. Saya juga tidak pantas membuka sejarah individu kelak mengaibkan. Kita fokus sahaja kepada kebersatuan. Kita tumpukan pemulihan. Kita mesti waras. Logik sahaja tidak cukup andai pertimbangan dan angkubah hipotesisnya lemah.

9. Bersatulah, nanti kelak kuat landasan Bersetianya. Bersetialah, kerana dengan setia dan bersatu, kita mahu berfikir, bekerja, berbakti dan berjuang dgn cara cara dan pilihan pilihan tertentu dgn UMNO demi agama, bangsa dan tanah air.

10. Musuh kita bukan 'siapa', tapi musuh kita adalah 'apa', iaitu sikap dan sifat kita; sengketa, adu domba, membenci, iri, riak, ujub, takabur, malas, putus asa, takut, bimbang, ragu..marilah bersatu!

11. Zahid bukan lahir di sebuah bunglow atau sebuah Istana, tapi beliau lahir di sebuah rumah kampung dan dikelilingi oleh orang biasa2, ini juga membuatkan beliau lebih memahami kehendak dan denyut badi rakyat marhain di luar sana.

Memilih dengan bijak, memilih dengan akal, bukan memilih kerana sesuatu berada di depan sana.

Ikhlas daripada 

*ORANG MUDA MAHUKAN KESATUAN DALAM UMNO*

Tiada ulasan: