Ahad, 27 Mei 2018

WAYANG MUKHRIZ MAHATHIR YANG BOLEH BUAT ORANG KEDAH MENANGIS !! @chedetofficial @muhyiddinyasin

Kenaikan harga barang didalam bulan ramadhan nampaknya makin membimbangkan disambut pula dengan kenyataan dari pihak KPDNKK yang mengesahkan bahawa 99 jenis barangan telah diiesan mengalami kenaikan harga.

Persoalannya kini, apa fungsi kementerian yang diterajui oleh Azmin Ali dalam menangani krisis kenaikan harga barangan?

Yang paling kelakar Sangkakala tengok sekarang ni adalah kenyataan dari Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang kononnya terkejut harga daging mencecah RM 36 sekilogram.


Kenapa Sangkakala kata kelakar? Dengan kekayaan Mukhriz dan adik beradiknya yang lain pada hari ini, agak mustahil jika Mukhriz makan daging yang dijual di pasar basah.

Daging yang dimakan oleh Mukhriz mungkin dari jenis terbaik yang harganya mencecah ratusan ringgit sekilogram.

Lakonan terkejut itu sebenarnya mampu membuatkan orang Kedah menangis kerana selama ini mereka mungkin tidak pernah nampak Mukhriz di Pasar Pagi atau Pasar Tani membeli barangan keperluan harian dan bagaimana pula Mukhriz boleh terkejut?

Pesan Sangkakala, kalau nak wayang pun agak agak, jangan sampai orang meluat.



Tiada ulasan: