Nama seperti Aaron Aziz, Zizan Razak memang tidak asing lagi sebagai aktor yang menghiasi industri seni tanah air.
Nama nama ini sering digunakan oleh syarikat perniagaan bagi melariskan barang dagangan mereka tidak kira sama ada ianya berkualiti atau tidak.
Syarikat jualan pakaian Jakel tidak terlepas darimpafa menggunakan nama dua orang artis ini dalam perniagaan mereka dan dua jenis baju melayu telah dinamakan dengan dua orang aktor ini.
Tahu atau tidak bahawa pelanggan selama ini ditipu oleh Jakel hanya dengan menggunakan nama dua orang artis ini?
Hanya dengan membayar royalti dan imbuhan kepada artis berkenaan, maka Jakel mengaut keuntungan jutaan ringgit setahun tanpa memikirkan kualiti barangan yang di jual.
Perkara ini telah pun didedahkan dulu oleh sebuah laman blog (baca sini) namun nampaknya ia tidak memberikan kesan mendalam dan Sangkakala baru baru ini diminta oleh orang yang masih berada dalam Jakel supaya mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Jakel.
Satu lagi yang dimaklumkan kepada Sangkakala ialah darimana datangnya pakaian yang dijual oleh Jakel?
Menurut maklumat yang Sangkakala terima, ianya semua berasal dari negara China dan telah siap dijahit sebelum dihantar ke Malaysia menggunakan kontena.
Menurut makkumat juga, tahap kebersihan pakaian yang dijuak oleh Jakel juga agak meragukan memandangkan ianya datang dari negara China sedangkan seperti yang kita semua maklum bahawa pakaian ini kebanyakannya akan digunakan oleh orang lelaki untuk menunaikan solat Aidilfitri atau Aidiladha.
Jika tahap kebersihan ia meragukan adakah sah disisi agama jika ianya dibawa untuk bersolat?
Sangkakala diminta supaya mendedahkan banyak lagi perihal yang dilakukan oleh Jakel dalam usaha membolot keuntungan melalui penipuan kepada pengguna, malah penipuan terhadap kerajaan juga ada disebut dan itu akan Sangkakala buka dimasa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan