Jumaat, 25 Mei 2018

SISTEM PENGGAJIAN PEKERJA ASING DIMILIKI OLEH JAKEL ??

Jabatan Emigresen Malaysia telah memperkenalkan satu sistem iaitu Sistem Penggajian Pekerja Asing atau SPPA secara online dan telah dimulakan pada 17 Februari 2017.

Pada asalnya sistem ini dikatakan dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama Datuk Amin Bangla yang mana setiap pekerja warga asing yang ingin memasuki negara ini perlu melalui sistem berkenaan.

Apa yang menarik perhatian ialah, syarikat Jakel dikatakan telah membeli sistem ini daripada Datuk Amin Bangla dengan nilai jutaan ringgit dan kini segala urusan kemasukan pekerja asing perlulah melalui sistem yang dimiliki oleh syarikat berkenaan.


Persoalannya kini, kenapa sistem ini di berikan kepada syarikat swasta? Dan apa pula jaminan bahawa sistem ini tidak disalahguna oleh syarikat berkenaan dalam kemasukan pekerja asing?

Sistem SPPA ini pernah menjadi igauan ngeri dan ianya masih berlaku sehingga kini dimana, pekerja asing Bangladesh dikatakan perlu membayar sehingga RM 15 ribu untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

Namun atas campur tangan politik pada ketika itu, maka kisah ini disenyapkan kerana dikatakan juga pemilik Jakel mempunyai hubungan baik dengan pembesar negara.

Nampaknya sistem SPPA ini saling tak tumpah sebagai satu sistem memperdagangkan manusia namun ianya dihalalkan kerana melibatkan Jabatan dalam kerajaan.

Ramai dikalangan warga tempatan masih tidak mendapat pekerjaan di Malaysia dan dengan adanya sistem ini maka kemasukan warga asing dilihat akan lebih menyukarkan keadaan.

Berapa pula keuntungan yang Jakel perolehi dengan pembelian sistem ini daripada Amin Bangla dan bagaimana pula dengan syarikat syarikat pembekal pekerja asing yang lain? Adakah mereka terjamin dimasa akan datang?

Ada beberapa perkara lagi yang Sangkakala akan bongkar tentang sistem yang dijalankan oleh Jakel ini dimasa akan datang dan pada ketika itu nanti kita semua dapat melihat bagaimana Jakel mempergunakam kekuatan kewangan dalam usaha untuk menakluki empayar pembekalan pekerja asing ke dalam negara.

Cerita ini tak habis lagi dan akan terus bersambung kerana banyak lagi masalah Jakel ni akan dibongkar satu persatu.


Tiada ulasan: