Rabu, 30 Mei 2018

TUN MAHATHIR GAGAL TANGANI ISU HUTANG HINGGA SANGGUP MINTA DERMA @chedetofficial @muhyiddinyassin

Kerajaan PH hari ini mengumumkan kutipan derma daripada rakyat dalam usaha untuk membayar hutang kononnya.

Tapi bagi Sangkakala ianya adalah bukti bahawa Tun Mahathir bukanlah seorang pakar ekonomi dan pakar menguruskan negara seperti mana yanh disebut oleh pengikut PH.

Kenapa Sangkakala kata begitu? Selepas Tun Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri kali pertama pada tahun 2002, beliau juga meninggalkan hutang negara kepada Pak Lah selaku pengganti beliau dan Pak Lah tidak pula mengambil pendekatan sampai mengutip derma kepada rakyat.


Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa hutang zaman Tun Mahathir tidak setinggi hutang di zaman Datuk Seri Najib dan ini mungkin ada kemungkinan tetapi jumlah rizab negara dizaman Tun Mahathir tidak setinggi zaman Datuk Seri Najib.

Apa yang Sangkakala lihat, sebenarnya Tun Mahathir segaja mencetuskan keadaan ini supaya rakyat panik dan akhirnya beberepa menifesto PH akan perlahan lahan ditolak ke tepi.

Antara menifesto besar yang disebut oleh Tun Mahathir ialah, pemansuhan cukai GST, Pemansuhan Tol, penurunan harga minyak kenderaan dan pelupusan hutang PTPTN.

Menifesto ini dilihat menjadi punca kemenangan kepada kerajaan hari ini dan cara untuk mengelak daripada menifesto ini dilangsaikan ialah dengan mencipta kenyataan kenyataan bangang seperti hutang negara 1 trillion hingga membuatkan pelabur lari meninggalkan negara dan sehingga kini bursa saham mengalami penurunan.

Mungkin Tun Mahathir merasakan bahawa rakyat Malaysia pada hari ini kurang pendidikan (uneducated) seperti yang beliau katakan baru baru ini.

Untuk makluman Tun Mahathir, rata rata rakyat Malaysia hari ini sudah mempunyai tahap pendidikan yang baik dan tak perlulah PH memberikan alasan untuk mengelak daripada melaksanakan apa yang terkandung dalam menifesto PH sebelum pilihanraya yang lalu.

Hutang yang kononnya menjadi kerisauan Tun Mahathir hanya berjumlah 54% dari kadar Keuntungan Dalam Negara Kasar dan ini bukanlah sesuatu yang tinggi berbanding negara negara lain.

Dan satu lagi nak bagi tau pada Tun Mahathir, hutang tersebut bukanlah perlu dibayar sebelum hari raya haji yang aian datang hingga membuatkan Tun Mahathir begitu kelam kabut nak selesaikan hutang.

Kalau dah rasa tak mampu nak bertugas sebagai Perdana Menteri atas faktor lemah pemikiran akibat peningkatan usia, eloklah Tun Mahathir berehat, lupakan kroni dan anak anak yang sememangnya dah kaya raya tu.



Tiada ulasan: