Jumaat, 27 Mei 2016

VIDEO PERTEMUAN PERTAMA ROZANA MISBUN SELEPAS DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK

Berikut adalah kenyataan Rozana Misbun, bekas isteri penyanyi terkenal, Awie.

* Saya sebenarnya sudah terlalu lelah untuk membalas balik setiap tohmahan Awie yang hanya bersifat andaian semata-mata. Tapi saya sedar saya terpaksa juga tampil ke depan bagi memperbetulkan dakwaannya yang tidak pernah berdasarkan fakta. Zaman untuk saya berdiam diri sudah berakhir!

* Pada Aidilfitri tahun lalu, sebenarnya saya sendiri yang menghubungi Awie bagi membolehkan puteri tunggal saya, Qasseh bercakap dengan 'daddy'nya itu sempena Aidilfitri. Ketika itu kami anak beranak termasuk anak kedua saya, Rezzki mengikut ibu saya beraya di kampungnya di Pahang. Apa maksud Awie seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada Qasseh berdasarkan nada suaranya di corong telefon? Memanglah tidak dapat dinafikan Qasseh juga mungkin rindukan bapanya itu. Masakan tidak rindu? Semenjak saya mengambilnya dari sekolah pada 10 Februari 2015, sekalipun Awie tidak pernah menghubungi dua beradik itu! Jauh sekali untuk menjenguk mereka di kediaman kami sebagaimana diperintahkan makhamah. Jadi apabila tiba hari raya, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk menghubungi Awie sendiri memandangkan Qasseh yang merayu-rayu saya untuk bercakap dengan abang Merrahnya, anak sulong saya. Rezzki pula walau puas dipujuk, tetap enggan untuk bercakap dengan bapanya.

* Seperkara lagi, saya ada satu rahsia yang terpaksa didedahkan disebabkan Awie sendiri yang bersikap melampaui batas. Pernahkah dia terfikir bahawa tindakannya yang membuat laporan palsu ke JKM pada pertengahan tahun lalu bahawa Rezzki dan Qasseh telah didera secara fizikal telah benar-benar menghancurkan perasaan saya sebagai seorang ibu? Laporan palsunya itu telah memaksa kami tiga beranak berada di HKL sehari suntuk bagi membolehkan kedua-dua anak saya yang tidak berdosa itu menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pakar kanak-kanak bagi membuktikan kebenaran akan tuduhan Awie itu. Ternyata kesihatan fizikal, mental dan emosi anak-anak saya berada pada tahap terbaik dan rekod HKL yang dikeluarkan untuk JKM kini berada dalam simpanan peguam syarie saya, Jamal Lokman untuk dikemukakan pada makhamah bila sampai masanya.

* Sebagai artis terkenal, Awie boleh terus meraih simpati masyarakat akan kerinduannya terhadap anak-anak. Tapi bagaimana pula perasaan saya sebagai IBU yang melahir dan membesarkan Putra Ahmad Merrah dari sebesar telapak tangan? Kedegilan Awie untuk tidak menyerahkan Merrah kepada saya walau diperintahkan makhamah bukan saja meletakkan dia dalam posisi 'menghina makhamah' yang boleh mengundang padah tapi lebih buruk lagi kesan terhadap emosi yang terpaksa dideritai Merrah akibat terpisah dari ibu kandungnya sendiri dan adik-adiknya yang merinduinya.


******************************************

Dibawah pula adalah video pertama kali Rozana bertemu dengan anaknya Qasseh selepas mahkamah memberikan hak penjagaan kepada beliau.






Tiada ulasan: