Walaupun kini kita berada dalam suasana panas dan kering, itu tidak memustahilkan bahawa sekali.sekala.hujan lebat akan melanda dan apabila perkara ini berlaku, ianya akan menjadi igauan ngeri bagi penduduk kampung melayu Subang apabila kediaman mereka akan dinaiki air.
Ini semua berpunca daripada permasaalahan sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik dan teratur hingga mengakibatkan banjir kerap melanda kampung tersebut dan kawasan berhampiran hingga memusnahkan harta benda.
Persoalannya sekarang, kemana peruntukan MARRIS yang beratus juta diperuntukkan kepada kerajaan Selangor oleh kerajaan pusat bagi menjalankan kerja kerja penyelenggaraan jalan dan sistem perparitan di Selangor?
Begitu juga dengan PBT, segala cukai yang dikutip dari rakyat kemana dibawa sampai penyelenggaraan perparitan dan laluan air ni tak terurus dengan sempurna?
Bila masalah perparitan ini timbul, bukan hanya masalah banjir dihadapi, ianya juga mengakibatkan penambahan kes denggi apabila tempat tempat ini menjadi sarang nyamuk yang mana kita semua ketahui bahawa Selangor adalah negeri yang melihatkan kes denggi tertinggi di Malaysia.
Mungkin kerajaan negeri sekarang hanya berpolitik lebih sangat sampai masalah rakyat langsung tidak diambil peduli walaupun melibatkan nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan