Sabtu, 14 Mei 2016

#PRKSGBESAR KEDIAMAN PENDUDUK DI ROBOH !! KERAJAAN BERSIFAT ZALIM @NohOmar #scs

Kerajaan Barisan Nasional satu ketika dulu ada membuat program sifar setinggan di Negeri Selangor dengan cara menempatkan penghuni setinggan di beberapa kawasan kediaman yang dibina oleh kerajaan pada masa itu.

Bagi mereka yang mampu untuk memiliki rumah, kerajaan Barisan Nasional menyediakan kawasan perumahan dengan kadar yang amat minimum sekitar RM 45 ribu hingga RM 80 ribu pada ketika itu, dan bagi mereka yang tiada kemampuan pula, mereka akan ditempatkan di kawasan rumah PPR sekitar negeri Selangor.

Tapi apabila kerajaan Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada pilihanraya umum ke 12, satu perkara luarbiasa telah berlaku dimana penduduk yang mendiami kawasan setinggan ini telah dihalau dengan tanpa belas kasihan dan bukan itu sahaja, kediaman mereka dirobohkan dengan sesuka hati oleh kerajaan negeri.

Seperti yang berlaku di Kg Seri Aman, Ijok baru baru ini, lebih kurang 30 keluarga kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka dirobohkan oleh kerajaan negeri dibawah naungan YAB Azmin Ali selaku Menteri Besar.

Dan tengah hari tadi, YB Dato Sri Noh Omar pergi melawat kawasan kediaman yang dirobohkan ini dan jelas kelihatan bahawa beliau berasa amat dukacita dengan tindakan kerajaan negeri merobohkan kediaman di kampung tersebut tanpa memberikan apa apa pampasan kepada penduduk yang terlibat.


Tapi walau bagaimanapun, apa sangat yang mampu dilakukan oleh Barisan Nasional sebab kuasa kini berada di tangan Pakatan dan mereka ini boleh melakukan apa sahaja di negeri Selangor, cuma mungkin bantuan yang boleh dihulurkan adalah merupakan bantuan dari peruntukan kerajaan pusat.

Jadi kepada rakyat Selangor, sama samalah kita fikirkan, apa akan berlaku pula selepas ini dan jika pakatan masih memerintah pada PRU akan datang maka akan lebih lagi permasaalahan akan timbul.



Tiada ulasan: